MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

30.3.13

Jakarta '13

Tiket bas Airport Liner dari Nilai ke LCCT cuma RM2.50 saja tetapi perjalanan selama 1 jam 20 minit. Dengan kereta cuma 30 minit saja. Penerbangan AirAsia ke Jakarta ambil masa 2 jam 30 minit dengan tamabang RM252 pergi balik (termasuklah semua caj)
Jejak saja ke Jakarta International Soekarno Hatta Airport, dapat gambarkan Jakarta semakin menganjakkan ekonominya. Terminal tambang murahnya lebih hebat daripada LCCT (untuk masa ini).

MONAS @ Monumen Nasional
Seawal 8.00 pagi (waktu Indonesia) dah sampai sini..... perjalanan dari Hotel Amaris, Mangga Dua tidak macet..... dalam 15 minit dah sampai..... sewa kereta sehari RM150.00..... supirnya Mas Fadil. 
Dan aku menjadi orang pertama menaiki MONAS yang dibuka jam 8.30 pagi.... di puncaknya boleh menikmati panorama  sekitar Jakarta..... di aras bawah MONAS pula terdapat Museum Sejarah Indonesia, yang menceritakan sejarah negara Indonesia dari zaman lampau sehingga sekarang..... tiketnya murah aje cuma IR15.000 (RM4.50) saja. Di sini juga banyak dijual cenderamata dengan harga yang murah.
MONAS ni setinggi 132 meter dan dibina pada tahun 1961 oleh Presiden Sukarno. 


Masjid Istiqal
Solat sunat sebentar di masjid yang terbesar di Asia Tenggara dan ketiga besar di dunia..... di hadapan masjid ini pula terdiri sebuah gereja terbesar di Indonesia. Foto masjid yang diambil daripada puncak MONAS.
Mulai dibina pada tahun 1961 dan kemudian dirasmikan pula oleh Presiden Suharto pada tahun 1978. Arkiteknya adalah seorang kristian protestan.


Museum Nasional 
Kalau pergi mana-mana..... muzium adalah tempat yang mesti aku lawati dan lawatan selanjutnya adalah ke Museum Nasional Indonesia..... Memang menarik muzium ini..... banyak artifek pra-sejarah dipamerkan..... tiket masuk murah.... cuma RM2.50 saje....
Merupakan yang terbesar di Asia Tenggara yang dilahirkan pada tahun 1778. Juga dikenali sebagai Muzium Gajah kerana patung gajah yang telah dihadiahkan oleh Raja Chulalongkom pada tahun 1871.


Shopping @ Jakarta
Petang ni..... jom shopping di Jakarta..... APA YANG ADA?

Pasar Antik di Jalan Surabaya. Menteng - untuk peminat barangan antik, di sini bermacam-macam barang antik boleh didapati..... pinggan-pinggan antik zaman dulu-dulu, perhiasan, radio lama, jam lama dll..... dan kita kena pandai memilih sebab ada yang dibuat semula..... harganya dikira berbaloi juga..... Terbeli juga hiasan pinggan ayat suci Al-Quran sebagai kenang-kenangan datang ke sini.

Thamrin City, Tanah Abang - untuk para ibu-ibu shopping, di sinilah barang-barang textile terutama batik dan pakaian muslim dijual dengan harga yang lebih murah berbanding di Bandung..... dan boleh tawar menawar lagi..... aku boronglah juga kain batik dan baju untuk famili aku sorang satu.

Sharina Plaza, Jalan MH Thamrin - dikatakan sebuah kompleks membeli-belah yang pertama di Jakarta..... tak ada apa yang boleh dibelanjakan di sini sebab harganya lebih kurang dengan harga di Ampang Park (juga kompleks membeli-belah yang pertama di Kuala Lumpur)..... dah dapat DVD original filem Tanah Surga.... Katanya..... harganya IR40.000 (RM12.00).

Plaza Indonesia, Jalan MH Thamrin - sebenarnya nak ke sini untuk ke Hardrock Cafe Jakarta tetapi telahpun ditutup dan akan dibuka pada May ini di The Riz Hotel..... last-last makan J.Co donut di sini..... murah berbanding di Malaysia.

Senayan City, Jalan Asia Afrika - saje-saje nak window shopping di sini.... nak buat perbandingan..... ianya standard macam di Pavilion Mall, Kuala Lumpur.... untuk elit-elit berbelanja.

Ambassador Mall, Kuningan - di sini boleh didapati semua kelengkapan dan fesyen terkini dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kompleks membeli-belah yang lain di Jakarta. Bertabur juga rupiah aku di sini.

Mangga  Dua Square, Jalan Gunung Sahari - di sinilah hotel penginapan aku..... Hotel Amaris, Mangga Dua ni sememamgnya tersangatlah kecil tapi interior design tersangat moden..... di bawah hotel ni ada shopping mall.....selain itu terdapat juga medan selera, Carefour, J.Co donut, cinema SuryaM2...... apa nak buat pukul 8.00 malam ni?..... layan karaoke je.

Ancol Dreamland
Bersiar-siar dengan famili Bapak Tedy di Ancol Dreamland...... senang sekali gobrol sama mereka...... Ancol ni luas juga dan terletak di tepi laut..... berdekatan sangat dengan pelabuhan utama Indonesia, Pelabuhan Tanjung Priuk..... oleh kerana masa dah singkat, jadi kami semua naik kereta kabel...... dapatlah lihat-lihat di sekitarnya... lepas tu makan di Ancol Mall.

Keretapi Jakarta - Bandung
Awal pagi hari ke 3, Wisata ke Bandung pula..... naik keretapi di Stasiun Gambir (stesen keretapi utama Jakarta) yang bersebelahan MONAS, perjalanannya ambil masa 3 jam dan tiketnya cuma RM28.50 bagi koc VIP..... agak selesa juga dan ada pelayan.....
Semasa pulang semula ke Jakarta keesokannya, kami terpaksa naik kos eksekutif sebab tiket koc VIP dah habis..... kurang selesa namun kurang harganya, cuma RM18.00..... daripada gerabak keretapi dapat melihat pemandangan sawah padi di cerun-cerun bukit, air terjun dan hutannya...... ada rumah-rumah yang jarak dengan landasan keretapi hanya 1 meter sahaja...... memang mempersonakan.

18 jam @ Bandung
Memang singkat..... tiba di Bandung 12 tengahari dan esoknya 6 pagi akan kembali ke Jakarta. Sampai sahaja di sini, terus sahaja ke Pasar Baru..... di sini semuanya murah, telekong, pakaian, beg & cenderamata...... seterusnya ke Matahari Mall, di sini terdapat kain ela & aku beli kain untuk baju melayu.... seterusnyanya ke Factory Outlet Heritage..... semua pakaian di sini memang berbaloi beli, separuh harga daripada KL..... kemudian ke Paris Van Java..... dan ke akhirnya Cihempelas Walk, di  sini aku membeli T-Shirt & key chain sebagai cenderamata untuk rakan-rakan.

Selamat Tinggal Jakarta
Ada rezeki berjumpa lagi..... walaupun singkat tapi seronok.

JOM JIMAT JELAJAH 4H 3M
Flight + Hotel + Meals + Transport + Entrance Fees + Indonesia Tax = IDR 3,243,070 @ MYR 928.02 / pax (without shopping)

ANDA BERMINAT? SAYA BOLEH URUSKAN PERCUTIAN ANDA DENGAN KOS YANG JIMAT - 0192635645

17.3.13

Mekah Jun 2012

Dari Cairo International Airport Terminal 3 terbang ke Jeddah International Airport Hajj Terminal dengan pesawat Egypt Air..... Argh! Selesanya sebab penumpang tak ramai.

Sesampai saja di Jeddah, bas dah pun tersedia untuk di bawa ke Madinah. Syukur Alhamdullillah..... akhirnya sampai juga aku di bumi ini...... Teruja apabila dapat menjejaki Masjid Nabawi, Raudhah dan Makam Nabi Muhammad S.A.W.

16.3.13

Egypt May 2012

Rabu, 30 May 2012 : 10.22pm.
Gerak dari KLIA dan transit di Suvarnabhumi International Airport sambil dihidangkan Mee Kicap, Cheese Cake dan Jus Manggo. Sedap juga. Tapi kerusi Egypt Air ini, rapat sangat. Kematu kepala lutut. Kemudian 12.05am Egypt Air meninggalkan Bangkok ke Cairo. Sekali lagi pada pukul 3.00am, dihidangkan Nasi Ikan Stim, Cheese Cake dan Jus Maggo sambil layan filem Avatar. Pukul 7.00am pula disajikan sarapan Roti, Pastri dan Kopi Panas. Kemudian aku sambung tidur. Sedar-sedar dan pun mendarat di Cairo International Airport pada pukul 10.22am. Fuhh! 12 jam dalam penerbangan. Aku segera tukarkan masa ikut  waktu Egypt, rupa-rupanya pukul 4.22am waktu Egypt.


Khamis, 31 May 2012 : 7.00am
Bermulanya rombongan seramai 30 orang meredah Cairo @ Kaherah....sebelum tu sarapan dulu di Soiree Restaurant & Cafe....kebab, salad, manisan arab & tea arab.



Khamis, 31 May 2012 : 8.00am
"Check in" di Hotel Horizon Pyramid....yang bertaraf 4 bintang. Argh! Dahaganya....pembelian pertama gunakan LE (Eygpt Pound) ialah air mineral.....LE9.50 sebotol 500ml. Kadar matawang semasa adalah LE100 = RM65.00


Khamis, 31 May 2012 : 10.30am
Suhu tengahari di sini ialah 44C tapi taklah panas berbahang. Piramid Agung Kufu adalah yang terbesar dan paling terkenal serta yang tertua berbanding Khafre dan Menkaure. Dulu-dulu asalnya menempatkan mayat Firaun. Sebelum ini, ahli arkeologi mendapati piramid dibuat dripada batu kapor dan basalt tetapi kajian terkini mendapti piramid diperbuat daripada tanah.
Selepas itu, melawat pula Sphynx, patung batu yang menyerupai singa dan separa manusia. Hidung Sphynx telah dihancurkan oleh bola meriam tentera Napoleon sebangai tanda keangkuhan mereka memusnahkan hidung tuhan orang Mesir. Hahahaha.


Khamis, 31 May 2012 : 12.30pm
Fuhh! Panas dan penat..... kami singgah makan tengahari di La Cuisine. Menu western memang betul-betul western..... Meatball Spagetti, Roast Chicken, Kebab, Salad dan Manisan Arab. Selepas kekeyangan kami mula dibawa shopping. Resepi Sup Tomato Bunga Kobis sempat dipelajari.


Khamis, 31 May 2012 : 2.30pm
Hanya tinjau-tinjau saja di Kedai Kulit Egypt. Memeng kulit original tapi fesyen yang dah ketinggalan zaman. Sambil tunggu makcik-makcik shopping..... aku bergambar dengan bendera Egypt. Lalu lintas di Cairo ini kelam-kabut sikit..... dan bandar Cairo memang banyak sampah..... pukul 3.30pm kami dibiarkan berehat di hotel.


 Jumaat, 1 Jun 2012 : 7.00am
Selepas subuh..... ronda-ronda di sekitar hotel sambil perhatikan gelagat orang Cairo pergi bekerja dan sarapan. Aku belilah sedikit buah apricot & plum..... memang segar-segar..... cuma LE5.00 sekilo. Selera aku sungguh besar..... terlihat roti sebesar 32"..... cuma LE2.5 saja!..... dan kuah kacang yang dijual oleh Pak Arab tu..... memang selera Arab dan bukannya aku.


Jumaat, 1 Jun 2012 : 8.00am
Destinasi pertama hari ini..... ke Perfume Factory dan Golden Eagle Crystal. Punyalah lama taklimatnya..... nasiblah dihidangkan Air Bunga Raya..... bergelas-gelas juga aku minum. Daripada 3000 jenis pati minyak wangi..... aku beli minyak wangi, Hajar Asward dan Sakura..... harganya USD100.


Jumaat, 1 Jun 2012 : 11.00am
Lawatan ke Kubu Pertahanan Sultan Salahudin Al-Ayubbi memang dinanti-nantikan. Didalam kubu ini berdiri megah Masjid Mohamed Ali Pasha dan Istana El Gawhara. Biar aku cerita sedikit..... Sultan Salahudin Al-Ayubbi ialah seorang pahlawan Islam yang terkenal dengan keberanian dan sifat kesatriaan dalam Perang Salib dan berjaya merebut kembali Baitulmuqadis daripada Kristian. Masjid Muhamad Ali Pasha yang terletak di dalam kubu ini didirikan oleh Raja Muhammad Ali Pasha, pemimpin Mesir moden pada akhir abad ke-19. Rekebentuk masjid ini seakan masjid-masjid di Albania dan Turki kerana mempunyai kubah setinggi 52 meter dan menara setinggi 84 meter. Dari sini kita dapat melihat pemandangan seluruh penjuru kota Kaherah.


Jumaat, 1 Jun 2012, 2.00pm
Selepas makan tengahari di Soiree Restaurant & Cafe, kami dibawa melawat ke Masjid Al-Hussien..... di sini bersemadinya raja terakhir Mesir, King Farouk dan raja terakhir Iran, Shah Iran.


Jumaat, 1 Jun 2012, 4.00pm
Makcik-makcik yang dah tak sabar taburkan duit telah dibawa ke Bazar Khan Khalili..... terdapat pelbagai barangan daripada makanan, pakaian, beg, hiasan, mainan dan barang antik..... menariknya, tawar menawar dalam bahasa Melayu. Aku borong juga cenderamata dan T-Shirt untuk famili dan kawan-kawan. Bazar ini berhampiran sangat dengan Masjid Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar. Oleh itu, memang ramai pelajar-pelajar Malaysia & Indonesia yang berada di sini.


Jumaat, 1 Jun 2012, 7.00pm
Hari ini, kami akan makan malam di atas sebuah kapal yang menyusuri Sungai Nil. Sungai Nil merupakan delta yang subur sejak 5000 tahun dulu dan menjadi sumber pengairan yang amat penting sehingga kini. Deretan bangunan dan tanah pertanian mengindahkan pemandangan di sini. Hembusan angin sejuk, lagu gelek meninggalkan pengalaman yang baru. Sambil menikmati makan malam..... sambil dihiburkan aksi tarian gelek yang mengasyikan. Opps! OMG.


Sabtu, 2 Jun 2012, 7.00am
Gerak ke Bandaraya Iskandariah, bandar kedua terbesar di Egypt. Orang Egypt menyebut sebagai Alex. Perjalanan mengambil masa 3 jam itu membelah padang pasir Sahara. Iskandariah yang berhadapan Laut Mediterranean yang membiru memang bandar yang cantik. Antara tempat bersejarah di sini ialah Kota Iskandar Zulkarnain (dibina semula) dan Istana Raja Farouk. Mengikut info, baginda ialah raja terakhir Mesir yang mengamal hidup yang sangat mewah dan pernah memerintahkan semua lampu rumah rakyat Mesir dimatikan bagi membolehkan kesemua lampu-lampu istana dihidupkan.


Sabtu, 2 Jun 2012, 12.00pm
Seterusnya melawat Perpustakaan Iskandariah, perpustakaan tertua di dunia. Makan tengahari di Alex yang memang terkenal dengan makan lautnya..... Ikannya sedap.


Sabtu, 2 Jun 2012, 3.00pm
Dalam perjalanan pulang dari Alex, singgah di Zoo Mesir..... kecil sahaja tetapi kebanyakan haiwan adlah harimau, singa dan haiwan liar benua Afrika. Sebelum balik ke hotel, singgah juga di Kedai Cotton Egypt..... belilah juga 6 helai T-Shirt jenis yang berkualiti.


Ahad, 3 Jun 2012, 10.00am
Hari terakhir sebelum "check out" hotel..... keluar sekejap, tinjau-tinjau di kedai-kedai yang berhampiran hotel. Pengalaman ini akan aku abadikan di sini. Entah bila boleh berkunjung lagi?..... di bumi Allah ini masih banyak belum dijelajahi lagi.