MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

27.4.13

Rembau Dan Tampin Apr 2013

Y&Z Bajet Hotel, Tampin cuma RM70. Agak selesa dan semua sudut dindingnya dilapisi oleh kayu....bertambah sejuklah biliknya. Hampir sangat dengan GIANT Tampin, Hospital Tampin dan tempat makan tidak menjadi masalah.
Hutan Lipur Gunung Datuk hanya 15km dari sini.... begitu juga Hutan Lipur Gunung Tampin cuma 3km sahaja dari hotel ini.

APA ADA DENGANNYA
Nak telor murah.... di sinilah. Sesiapa yang melintasinya mesti akan singgah di Zul Tolo. Memang murah...dari harga RM3 hingga RM10 sepapan.

Pasar Tani di Rembau pada setiap sabtu memang menjadi tumpuan masyarakat setempat dan aku sarapan dengan kuih apam bungkus daun, cekodok kelapa & pisang serta murtabak 1 inci....boleh tahan rasanya.
Pasar Malam di Chengkau pula setiap hari Isnin.... taklah bosar tapi gerai jual masak lomak cili api makcik tu menarik untuk dibeli.

Hutan Lipur Gunung Datuk merupakan kemuncak tertinggi di Rembau dengan ketinggian 870meter dari aras laut..... anak aku pergi mendaki tapi aku setakat di kakinya ajer.....


13.4.13

Bagan Lalang '13

Pantai mana yang dekat dengan rumah aku? Emm..... Jom kita ke Pantai Bagan Lalang. Berehat di Camar Laut Resort yang tidak mendukacitakan..... Selesa sangat-sangat.
CAMAR LAUT RESORT, www.camarlaut.com.my - 03-31411912

Bagan Lalang memang terkenal sebagai destinasi seafood di Selangor. Jika hendak makan di sini pada hari cuti, mestilah datang awal-awal. Kalau pukul 8.00 malam, semua meja akan penuh dan kadar tunggu makanan dalam 1 jam.... dan aku dah terpacak di Restoran Terapung HM Sri Bagan pada jam 6.30 petang.... Fuh! Memang sedap & segar.... Kalau pandai pilih menu memang berbaloi.... RM136 untuk 1Famili - Tom Yam Campur, Siakap Bakar, Ketam Masam Manis, Pepahat Bercili, Sotong Goreng Tepung, Siakap Stim Asam Boi, Kepah Rebus Serai dan Nasi Putih.
RESTORAN TERAPUNG HM SRI BAGAN - 03-31412895

Dah nama pun pantai.... kena mandi laut le..... Pantai Bagan Lalang ini memang sesuai untuk berkelah bersama-sama keluarga.... tidak sesak seperti di Port Dickson.... pantainya pun cantik dan selamat untuk kanak-kanak mandi-manda. Terdapat juga kemudahan tempat persalinan, tandas dan medan selera yang selesa dan bersih.
SEPANG GOLD COAST, mengamit hatiku untuk kembali lagi.