MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

14.1.14

K. Kinabalu & Kundasang '14


HARI 1, JAM 7.00PM
KOTA KINABALU, Sabah adalah lokasi pelancongan yang terbaik di Malaysia dengan alam semualajadi lautan dan daratan amat menarik untuk diterokai...... Hah! 8 orang tak bersayap telah terbang dari KLIA ke KKIA selama 2:30 minit.



HARI 2, JAM 9.00AM
JAMBATAN TAMPARULI mempunyai nilai sejarahnya.... Lagu Jambatan Tamparuli telah mengamit aku ke sini.... memang tidak ada apa yang menarik..... hanya ada sebuah jambatan gantung yang telah menggantikan jambatan asal yang musnah semasa perang dunia kedua...... sebelum tu melantak sarapan di Hotel sepuas-puasnya..... kan nak jalan jauh.....


HARI 2, JAM 11.00AM
GUNUNG KINABALU merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Memang merujakan dengan panorama yang terindah ciptaan Allah ini..... walaupun kabus telah menutupi puncak Gunung Kinabalu.


HARI 2, JAM 12.00PM
BUNGA REFFLESIA disebut juga dengan nama Bunga Pakma merupakan bunga yang terbesar di dunia..... dan menjadi bunga rasmi negara Indonesia..... dan juga di negeri Sabah. Dalam perjalanan ke Poring Hot Spring, pemandu pelancong kami singgah sebentar di sebuah perkampungan..... dan terpaksa meredah hutan untuk melihatnya..... dan anaknya.


HARI 2, JAM 12.30PM
PORING HOT SPRING ini betul-betul mendamaikan.... hutan belantara, sungai dan air terjun.... semua setempat..... di Hot Spring ini disediakan beberapa kolah kecil untuk berendam air panas..... Gerai cenderamata juga terdapat di sini.... aku sambar beberapa barang buat kenangan.


HARI 2, JAM 1.30PM
REKREASI KIPUNGIT tidak jauh dari Hot Spring.... beberapa meter jer. Fuhyoo! ada air terjun..... Air Terjun Kipungit!....Giler!.... sejuk sampai ke tulang. Hah!....segar nyer.... cantik nyer.


HARI 2, JAM 4.30PM
DESA CASTLE FARM KUNDASANG umpama ladang ternakan lembu susu New Zealand di Malaysia..... memang wajib berkunjung ke sini jika ke Kundasang..... panorama di sini subhanallah sangat-sangat cantik..... semua lembu di sini berwarna hitam putih daripada baka Holstein-Freisian yang diimpot dari New Zealand..... boleh lihat daripada proses pemerahan susu lembu sehingga proses pembungkusan.


HARI 2, JAM 5.30PM
MESILAU NATURE PARK berada pada ketinggian 2000 meter dari paras laut..... kiri kanan perjalanan ke puncaknya berdiri tegak pokok-pokok pine dan kelihatan umpama di Eropah jer.... memang panoramanya cantik sekali..... dengan kabus..... dan memang damai..... memang nyaman..... memang cantik.....


HARI 2, JAM 8.30PM
MEDAN SELERA MAKANAN LAUT yang terletak di Pasar Filipina..... gerai yang menghadap Laut China Selatan ini memang sampoi tapi amat menyelerakan..... semua makanan laut yang dibakar itu makan dengan nasi putih panas...... lepas tu ada rumpai laut..... lepas tu sambal pencicah..... simple je sambal tu..... sambal belacan diperah limau lepas tu letakkan kicap manis..... Mak! Ooi! Sedapnya.... Segar dan murah pulak itu.


HARI 3, JAM 8.30AM
MASJID NEGERI SABAH DAN MUZIUM SABAH tidaklah jauh daripada hotel tapi perlu naik kenderaan juga..... sembahyang sunat Tahiyatul Masjid sebentar di Masjid Negeri..... Apakah tempat wajib dikunjung setiap percutian aku? Cuba teka..... Muzium ler..... daripada muzium dapat kita mengetahui budaya setiap tempat kan..... dan banyak lagi..... tengok secara maya tak ada kepuasan.


HARI 3, JAM 12.30PM
PASAR FILIPINA DAN PASAR BESAR KOTA KINABALU cuma 400 meter dari hotel..... macam-macam ada di Pasar Filipina ini..... mutiara menjadi pilihan kebanyakan yang dicari di sini selain kraftangan..... aku lebih berminat nak beli udang kering, ikan bilis, ikan masin dan buah-buahan..... sekotak besar juga hasilnya. Makanan laut seperti lobster, udang hidup dan ikan tuna boleh di bungkus khas untuk dibawa pulang ke semenanjung.


HARI 3, JAM 5.30PM
DETIK-DETIK TERAKHIR percutian bersama keluarga di Sabah ini memang singkat masanya tapi agak puas juga..... petang tu hanya ronda-ronda di persisiran pantai yang berangin kuat..... lepas tu makan malam di sebuah gerai makanan laut ala Thai..... terbaek rasanya.....fresh pulak tu..... Dengan ini Jijah mengucapkan selamat tinggal Sabah..... JUMPA LAGI.

4.1.14

Kek Pisang Emas Almond


BAHAN-BAHANNYA = RM8.00
RM1.20 = 4 biji pisang
RM1.60 = 4 biji telur
RM1.00 = 1 1/2 cawan gula
RM1.00 = 2 cawan tepong gandum
RM1.00 = 1 1/2 cawan minyak masak
RM2.00 = 1/2 cawan kacang almond dihiris
RM0.10 = 1 sudu kecil soda bikarbonat
RM0.10 = 1/2 sudu kecil esin vanilla

CARA-CARANYA
Adunkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan kedalam loyang. Kemudian masak diatas dapur gas dengan api yang sangat kecil sekali sehingga 50 minit.

JIMAT JIKA MASAK SENDIRI
Satu loyang bersaiz 24 inci ini boleh menghasilkan 30 potong kek pisang. Di kedai kebiasaanya dijual sepotong berharga RM1.00 di tempat saya. 
Kos cuma RM8.00 sahaja berbanding membelinya di kedai dengan harga RM30.00 sebiji kek