Aku kembali lagi.
Antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Memang tiada beza.
Bukan sekadar serumpun tetapi bersaudara
"Bukan begitu Pak Uwat."
Supir yang akan menemani kami sepanjang berada di Jakarta dan Bandung.
Yang akan membawa bebanan seramai 13 orang.
Selama 4 hari 3 malam.
Selama 4 hari 3 malam.
Jakarta dan Bandung.... telah sering aku ke sini dan kali ini penerokaan lebih tertumpu tempat-tempat yang belum pernah dikunjungi. Tetapi MONAS dan Masjid Istiqlal masih menjadi tempat wajib.
HARI PERTAMA - MONUMEN NASIONAL INDONESIA
Memang meriah di sekitar Monas. Macam-macam aktiviti ada di sini......dengan gelagat warga Indonesia yang mencari rezeki halal seperti cenderamata, alat-alat keperluan dan makanan tradisi Indonesia.
HARI PERTAMA - MASJID ISTIQLAL
Solat di masjid ini sebentar sebagai muqadimah untuk memulakan destinasi Jakarta dan Bandung ini. Memang ramai yang mengunjungi masjid ini terutama rombongan murid-murid sekolah Indonesia.
MAKAN DI SINI
Mungkin kebanyakan pelancong dari Malaysia akan was-was bab kebersihan makan di warung-warung di sekitar Indonesia. Tapi aku dan sekeluarga nak juga merasa dan ubat-ubat dah dibekalkan jika sakit perut. Alhamdulillah... ok je. KETOPRAK ini adalah seketul ketupat nasi dicampurkan dengan taugeh dan kobis. Kemudiannya diletakkan kuah pecal dan kicap ABC. Dihias pula dengan keropok. Harganya IDR10000 sahaja. Enak juga dan yang penting tak sakit perut pun.

HARI KEDUA - TAMAN SAFARI INDONESIA
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun teruja mahu ke Taman Safari Indonesia yang terletak di Jalan Raya Puncak, Cisarua Bogor. Dari Jakarta ke sini cuma 87km tetapi akibat macet, perjalanan menjadi 3 jam. Zoo safari ini dibuka jam 9.00am sehingga 5.00pm waktu Indonesia. Tiket masuk bagi pelancong luar ialah IDR300,000 (6 tahun keatas), IDR250000 (6 tahun kebawah) dan IDR15,000 bagi kenderaan kecil. Alhamdullillah..... Pak Supir berjaya dapatkan diskaun 50%.
Taman Safari Indonesia yang terbesar di Asia Tenggara ini memang unik dengan ketinggian 1800m dari aras laut dengan suhu sekitar 16 Celcius. Semua haiwan dibiarkan hidup dengan bebas dan pengunjung boleh gunakan kenderaan masing-masing. Bagi haiwan yang jinak, kita boleh membuka tingkap kenderaan untuk memberi makan pisang atau karot. Tetapi awas bagi haiwan liar. Diwajibkan tutup tingkap, jika kalian mau hidup....
Selain safari zoo, ada juga Funzone & Water Park. Anak-anak aku apa lagi..... "Jom naik Roller Coaster", kata Faiz. "Yeah! Jom naik kerete langgar", Jerit Jijah. "Jomlah gi rumah hantu", Farzana mengajak Farah. "Jom naik kapal terbang pusing-pusing", teriak Faiq. "Hai! Budak-budak....korang mainlah puas-puas, ayah dengan mama nak tengok show akrobatik".
MAKAN DI SINI
Nasi Padang memang sinonim dengan Indonesia dan senang di cari.... yang penting halal. Kali ini kami makan siang di Rumah Makan Sederhana....."Tapi harganya enggak sederhana" kata supir kami. Sekali makan, lebih kurang IDR750000.....standard la tu. Lauk pilihan aku.... semestinya rendang daging, sambal hijau dan gulai kulit lembu.....Wow! Kalestrol tu.
HARI KETIGA - KAWAH PUTIH
Kawah Putih ini memang cantik dan menakjubkan. Dibuka setiap hari jam 7.00am sehingga 5.00pm dengan tiket masuk IDR15000 seorang dan IDR150000 bagi membawa kenderaan. Kawah Putih adalah sebuah danau yang terbentuk daripada letusan Gunung Berapi Patuha yang berketinggian 2400m dan suhu adalah sekitar 8-22 Celsius. Tanah di sini berwarna putih akibat percampuran unsur belerang dan airnya pula berwarna putih kehijauan disebabkan kadar belerang, suhu dan cuaca. Dari Bandung cuma 50km tetapi disebabkan macet perlu 3 jam untuk ke sini.
MAKAN DI SINI
Kami cuba pula makanan Sunda di perjalanan turun dari Kawah Putih di Saung Gawir, Jalan Raya Ciwidey. Makanan set yang terdiri daripada tempe goreng, tauhu goreng, ayam goreng, ikan garumi goreng, sambal hijau, sambal berapi, sambal kicap, keropok, ikan masin dan otak-otak memang menyelerakan. Makan dengan suhu yang sejuk di lereng bukit yang dikelilingi kebun strawberi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Wow! Enaknya membayar IDR700000.
HARI KEEMPAT - SELAMAT TINGGAL
Dari Bandung jam 6.30am dan tiba di Jakarta jam 10.30am dan penerbangan ke KLIA2 tepat jam 1.15pm. Terima kasih Pak Uwat, supir kami dan juga Mawan dan juga Encang kerna telah memberikan perkhidmatan yang baik, berpatutan dan selesa terutama di Hotel Neo, Jakarta dan Apartment Homestay, Bandung.
"Kapan lagi mau ke sini?, Pak Uwat udah tidak sabar mau kembali ke Bandung untuk pelancong seterusnya.
"Ada rezeki aku akan ke sana lagi. Kamu doa akan aku....iya Pak Uwat"