MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

28.11.16

Ada Apa Dengan Johor

Meh.... makan apa yang sedap-sedap di negeri Johor Darul Takzim (JDT).

 RESTORAN SUP TULANG ZZ 
Makanan yang paling popular di sini adalah Mee Rebus Tulang Gearbox dan Sup Tulang Gearbox serta Sup Ayam dan Sup Daging. Selain itu ada juga masakan Thailand dan western. 
 PILIHAN 
Sup Tulang Gearbox Kambing - Fuhh!!! Pekat dan berempah.....memang berpeluhlah dahi sambil sedut sum-sum dengan straw. Harga pun boleh dikatakan berbaloi - RM10.50. 
Mee Rebus Tulang Gearbox Kambing - Pergh!!! Kuahnya memang pekat dan likat. Memang terasa kemanisan keledek. Berlainan daripada Mee Rebus Utara atau Mee Rebus Mamak. Harga pun tidaklah mahal sangat - RM10.50. 
 LOKASI  - Restoran ini terletak di No 20 Jalan Sungei Chat, Off Jalan Mamoodiah, Johor Bahru.
 WAKTU BISNES  - 7.00am sehingga 2.00am
 KOMENTAR  - Servis memang lambat dan kena banyak-banyak bersabar. Sambil tu cubalah otak-otak RM0.70 yang sedap 
 STEAMBOAT LOTUN VAN  
Medan selera ini amat unik yang mana semua peniaga menggunakan van latun dan suasana di situ amat meriah. Semua peniaga menjual menu yang sama iaitu hidangan yang popular ialah steamboat, beraneka jenis sup, cakoi bakar, tauhu bakar dan rojak buah.
 PILIHAN   
Steamboat - harga berbeza diantara RM1 sehingga RM3 mengikut warna lidi.
Cakoi dan Tauhu Bakar - sepinggan berharga RM7 dan boleh tahan rasanya.
Sup Berempah Gearbox - semangkuk sup ada 2 ketul gearbox dengan harga RM10.50
 LOKASI  - Terletak di Dataran Bandaraya JB yang agak meriah juga. 
 KOMENTAR  - jika hujan turun terpaksa angkat punggung.
 ASAM PEDAS JJ 
Asam pedas di sini memang terkenal sehinggakan Sultan Johor pun pernah singgah makan. Ketika saya sampai dah pukul 2.00pm, yang tinggal asam pedas ikan mayong, ikan merah, ikan sembilang dan ikan pari. Selain itu ada juga hidangan lauk-lauk kampung dan juga jemput-jemput nasi.
 PILIHAN   
Asam Pedas Ikan Mayong - Kuah asam pedasnya memang ummh!!! Sampai boleh hirup macam sup. Tak pedas sangat dan cukup rasa. Harga separuh kepala ikan mayong tu hanya RM10. 
Sayur Keladi Asam Pedas - Wow!! Sedapnya. Terasa cukup bahan-bahannya.
 LOKASI  - No 45, Jalan Junid, Muar, Johor (atau google map ke 2.03925,102.55205). Berhampiran juga dengan Medan Selera Tanjung Emas. Senang je cari.    .
 KOMENTAR  - Keadaan restoran ini tidak berapa kemas dan selesa. Kalau dicantikkan lagi. Satu Malaysia mesti datang.
 ROSLIN BERIANI HOUSE 
Nasi Beriani Gam memang amat popular di negeri Johor kerana di sinilah bermulanya resepi Nasi Beriani Gam. Tetapi untuk mencari restoran Nasi Beriani Gam yang sedap agak sukar juga dan di Roslin Beriani Gam adalah antara yang tersedap di JB.
 PILIHAN   
Nasi Beriani Kambing, Nasi Beriani Daging, Nasi Beriani Ayam - Memang puas hati kerana nasinya menggunakan beras basmathi panjang. Rasanya pula lembut dan tidak muak untuk dimakan. Lauk beriani yang pekat dan rasanya pula tidak mendukacitakan. Harga pun sekitar RM9 sehingga RM11 sahaja. 
 LOKASI  - Restoran ini terletak di No 14 Jalan Rebana, Kebun Teh, Johor Bahru (atau google map ke 1.495499,103.760123)
 WAKTU BISNES  - 8.00am sehingga 8.30pm (ahad tutup)




9.11.16

Sambal Tumis Ikan Bilis Yayah

Sambal Tumis Ikan Bilis adalah antara menu kegemaran anak aku yang pertamaSering ada permintaan daripadanya dan akan makan dengan penuh selera. Kenapa aku namakan SAMBAL TUMIS IKAN BILIS YAYAH? Sebab semasa kecilnya, dia memanggil aku dengan panggilan YAYAH. Yayah nak Yayan....
 1  KISAR
Bawang besar  2  biji
Bawang putih  3  biji

 2  TUMIS
Panaskan minyak masak di kuali.
Masukkan yang bahan yang telah dikisarkan sehingga naik minyak atau bau wangi
Masukkan  9  sudu besar cili kering yang telah dikisarkan sehingga naik minyak.
Masukkan  3  sudu besar gula perang sehingga kelihatan tumisan itu berkilat.
Masukkan  1  genggam ikan bilis gred terbaik dan gaul sehingga sebati.

 3  MASAK
Masukkan air panas 1 liter kepada hasil tumisan tadi.
Tambahkan  1  sudu besar serbuk perasa ikan bilis knorr (pengganti belacan)
Tambahkan   sudu besar asam jawa dan dibancuh dengan air.
Tambahkan   sudu kecil garam.
Masaklah dengan api sederhana sehingga sambal tumis ini menjadi pekat. 

Sambal tumis akan menjadi lebih sedap jika dimasak sehari sebelum dimakan. Contohnya masak pada malam dan boleh dimakan di siang hari keesokkannya. 
 
CUBA DAN CUBA YANG TERBAIK DAN TERBAIK DARIPADA INI 

12.9.16

Sup Tulang ADABI Raya Korban

Aidiladha tahun ini aku turut berkorban.
Tapi bukan korban lembu.
Berkorban dengan tidak bersama-sama ayah dan mak di pagi raya.
Kerana permintaan daripada AJK Surau untuk memasak sup tulang lembu korban.
Pertama kali mejadi chef dan terima kasih abang Lebai diatas tunjuk ajarnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEREBUS.
Seekor tulang lembu (semua bahagian) dibersihkan dan rebus di belanga.
2 kg halia China diketuk-ketuk kemudiannya dicampak ke belanga.
50 bungkus sup bunjut ADABI digoreng sekejap dan dicampak ke belanga.
Rebus sehingga sehingga mendidih selama 2 jam.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR.
1 kg bawang besar
1 kg bawang putih
1 kg halia

BAHAN-BAHAN UNTUK DITUMIS
1 kg bawang merah - dihiris
1 kg bawang putih - di hiris
1 kg rempah sup ADABI - dibancuh dengan air panas.
1 mangkuk rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga)

CARA-CARANYA
Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Tumis pula bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
Akhir sekali tumiskan rempah sup yang telah dibancuh sehingga naik minyak.
Apabila siap masukkan ke belanga yang sedang merebus tulang tadi.
Masukkan garam 3 senduk besar.
Masukkan serbuk perasa.
Didihkan selama 1 jam lagi ataupun sehingga daging dagingnya lembut.

HIASAN
1 cekak daun sup
1 cekak daun bawang
1 bungkus besar bawang goreng
dan juga sambal kicap (rujuk di resipi Bihun Sup Ayam ADABI)


4.9.16

Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 28

Festival Filem Malaysia ke 28 telah diadakan di Kuala Lumpur pada 3 September 2016.
Disenaraikan Filem-Filem Terbaik Malaysia di Festival Filem Malaysia sepanjang diadakan.
Penilaian bintang yang dibuat berdasarkan daripada sudut pandangan saya iaitu, 
***** - Mesti memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa yang berprestaj.
****  - Mendapat perhatian atau pencalonan akhir di Festival Filem Antarabangsa ataupun keluar daripada kebiasaan senima Malaysia.
***   - Merupakan yang terbaik di Malaysia sahaja.

2016 - FFM 28, MUNAFIK, Syamsul Yusof***
2015 - FFM 27, LELAKI HARAPAN DUNIA, Liew Seng Tat - ****
2014 - FFM 26, KILNik Amir Mustapha - ****
2013 - FFM 25, BUNOHANDain Iskandar Said - ****
2011 - FFM 24, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSAYusri - ***
2010 - FFM 23, MAGIKANorman - ***
2009 - FFM 22, PAPADOMAfdlin Shauki - ***
2008 - FFM 21, KALA MALAM BULAN MENGAMBANGMamat Khalid - ***
2007 - FFM 20, SEPIKhabir Bahtiar - ****
2006 - FFM 19, GUBRAYasmin Ahmad - ****
2005 - FFM 18, SEPETYasmin Ahmad - ****
2004 - FFM 17, PALOHAdman Salleh - ***
2003 - FFM 16, KL MENJERITBadaruddin Hj Azmi - ***
2002 - FFM 15, LEFTENAN ADNANAziz M Osman - ***
1999 - FFM 14, JOGHOU Wei Shaari - ****
1997 - FFM 13, LAYAR LARAShuhaimi Baba - ***
1995 - FFM 12, SAYANG SALMAHMahadi J Murad - ***
1994 - FFM 11, PEREMPUAN, ISTERI & .....U Wei Shaari - ****
1992 - FFM 10, SELUBUNG,  Shuhaimi Baba - *** dan BINTANG MALAM,  Adman Salleh - ***
1991 - FFM 09, HATI BUKAN KRISTALRaja Ahmad Alauddin - ***
1989 - FFM 08, Tiada Pemenang *
1987 - FFM 07, RAHSIAOthman Hafsham - ***
1986 - FFM 06, TSU FEH SOFIAHRahim Razali - ***
1984 - FFM 05, MATINYA SEORANG PATRIOTRahim Razali - ****
1983 - FFM 04, RANJAU SEPANJANG JALANJamil Sulong - ***
1982 - FFM 03, BUKIT KEPONGJins  Shamsuddin - ***
1981 - FFM 02, DIA IBUKUYassin Salleh - ***
1980 - FFM 01, TIADA ESOK BAGIMUJins  Shamsuddin - ***

27.8.16

Phuket 2016

03.06.16

Pertama kalinya aku menjadi seorang Kembara Solo (tapi mem. nak ikut!!!) dan DESTINASI ini pernah aku jejaki pada tahun 1994. 
Bagaimana ya..........setelah 22 tahun.
 PHUKET 
 PHUKET 
 PHUKET 

Dengan bajet yang sederhana tapi mau jalan....inilah pilihannya.
Tiket AirAsia RM252.08 pergi balik (promosi harga musim cuti sekolah).
Penginapan di @ White Patong Hotel rm182.80 (2 malam)
.
Penerbangan hanya 1 jam 15 minit sahaja dari KLIA2 ke Phuket International Airport. Tiba saja di Airport, aku segera ke kuanter Khidmat Kenderaan. Oleh kerana dompetnya tipis, aku cuma naik bas mini (van). Tiketnya  B180 seorang dan akan bergerak sehingga bas mini itu penuh sehingga 15 orang. Argh!!!  Terpaksalah menunggu 1 jam. Perjalanan ke Patong Beach pula mengambil masa 1 jam 30 minit.

Wow! Boleh tahan juga @ White Patong Hotel. Bilik selesa dan yang penting ada tingkap. Cuma... tak ada lift dan tak ada jug kettle. Tapi yang paling penting bersebelahan di Jungceylo Shopping Mall dan Bangla Road. Di lobi hotel itu ada kuanter pakej ke mana-mana destinasi pilihan di Phuket. Aku tertarik kepada pakej James Bond Island 5 in 1 tapi kena tengok harga di tempat lain dulu.  

Lapar...Lapar. Mana nak cari makanan yang halal ni. Selalunya ada masjid mesti ada kedai makan halal. Jom ke Masjid Nurul Islam di Jalan Prabaramee. Ahh! memang benar. Banyak sekali kedai makan halal di sini. Memang sedap sangat-sangat tomyam putih, tomyam merah, udang goreng dan daging masak halia di Restoran Islander ini. Harga pun murah.

Inilah masjid bagi umat Islam di Patong dan aku dapatlah solat maghrib berjemaah di sini. Mereka memberi salam dan menyambut dengan mesra kehadiran aku di masjid ini sebagai saudara seislam. Diharapkan kepada pelancong-pelancong Malaysia yang ke sini, singgahlah di masjid ini dan berilah sumbangan kepada masjid ini.

HARI KE 2 di Patong Beach. Banyaknya dugong di sini. Sambil makan maggie cup sambil tengok pemandangan yang cantik-cantik. Alamak! Ada anjing la pulak. Potong!!!!! Jom shopping apa yang ada di sini. Phuket bukanlah syurga membeli belah. Aku hanya membeli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan.


Akhirnya.... aku pilih agensi di lobi hotel. Macam-macam pakej ada tapi yang sempat bagi aku ialah pakej James Bond Island 5 in 1 berharga B1200 termasuk makan tengahari halal. Perjalanan ambil masa 2 jam ke destinasi pertama, iaitu Suwankuha Temple. Apa yang menariknya di sini. Entahlah...bagi penganut buddha memang teruja sangat-sangat. Monyet berekor-ekor bersepah-sepah.

Aku seorang sahaja ke? Orang Malaysia dalam bot ini. Huhuhu.....Layan jer lah. Perjalanan dari Jeti Kasom Pier ke Pulau Talu ambil masa 30 minit sahaja dan di sini aku menaiki kenu yang dikayuh oleh seorang Thai Islam yang peramah berbahasa isyarat. Gua-gua di pulau ini memang cantik-cantik. Allah yang ciptakan.

Selama 30 minit kami diberikan masa untuk mengelilingi pulau Talu ini dan ada 2 buag gua yang perlu kita berbaring di dalam kenu untuk memasukinya sebab lubang gua itu setinggi 24inci sahaja daripada paras air laut. Memang seronok. Memang pengalaman yang amat menarik. Si Pengayuh itu berceritalah mitos-mitos bentuk-bentuk batu yang menyerupai gajah.

Kemudian ke Pulau Jame's Bond. Hanya beberapa minit babak filem Jame's Bond di pulau ini dan dah dapat nama pulau ini. Terkenal pula tu. Tiada yang istimewa di sini. Setakat setongkol batu yang tercacak dalam air tu yang jadi rebutan berselfie. Belilah apa-apa di sini wahai pelancong Islam kerana semua peniaganya beragama Islam. Bantulah mereka.


Jam 3 petang baru dapat makan tengahari. Bayangkan selepas sarapan hanya makan kekacang pemberian pelancong India. Rombongan kami singgah di salah sebuah restoran di perkampungan nelayan Islam Koh Panyee. Wow!! Tomyam seafood, udang celop tepung, ayam masak halia dan sayur campur telah siap terhidang. Apa lagi, memang dah lapar. Geng-geng Arab, India dan Mat Salleh jeling-jeling tengok tahap aku makan dengan penuh selera. Tapi tak gelojoh tau! Tapi memang sedap terutama udang dan sotongnya yang segar. Di pulau ini memang tak dibenarkan membela anjing dan membawa babi. Halal.

HARI TERAKHIR - Penerbangan pulang jam 5.30pm dan mini bas akan menghantar aku ke airport jam 1.00pm dari lobi hotel. Sebelum itu, ronda-ronda di sekitar Patong Beach, tengok-tengok tempat-tempat maksiat di Bangla Road dan beli-beli sedikit FM, KC dan meggie cup Thailand yang halal (perasa Tomyam yang teramat pedas tapi sedapppp). 

Apa-apa pun Phuket memang menarik untuk diterokai tapi ini adalah yang terakhir kali aku ke sini. Dunia ini luas lagi....kan.



Soul of Seoul 남쪽 한국 '16

14.03.16

ASSALAMUALAIKUM.
Bercuti di Korea memang seronok. Tapi kos yang tinggi menyebabkan percutian di Korea lambat menjadi kenyataan. Bajet trip ini harap-harap dapat membantu percutian ke Korea ini menjadi realiti walaupun dengan bajet yang terhad.

 KOS PERBELANJAAN 

 KLIA2  -  INCHEON  Tiket AirAsia pergi balik RM778.08 seorang (termasuk tempat duduk, makanan dan beg 20kg) pada tarikh 14-18 Mac 2016. Cuti sekolah bulan Mac tu.

 ITAEWON INN  Tempah di Agoda dan kadar RM770.06 (bilik untuk berdua termasuk kelengkapan dapur memasak) selama 4 malam.

 www.smrt.co.kr   Amat mudah jalan-jalan di Seoul dengan Sistem Pengangkutan Awam seperti MRT dan keretapi ekpress. Dapatkan laluan rel di Seoul dengan melawati web ini. Disyorkan beli  T-MONEY  (seperti kad Touch N Go) dalam W35.000 (RM123.20) dan ini cukup untuk  menggunakan semua pengangkutan awam di Korea selama 5 hari (berpandukan itenarari saya).

 NAMI TOUR TRIP BUS   Hanya bayar W6.000 (RM42.24) dan tiket ini boleh digunakan untuk turun dan naik di mana sahaja sepanjang hari di Nami. Tapi jangan dihilangkan tiket.

 TIKET LAWATAN   Everland W38.000 (RM133.76). Hangang River Cruise W14.250 (RM50.16). Nami Island Ferry W8.000 (RM28.16). Namsan Tower W10.500 (RM36.96). Deosugung Palace W1.000 (RM3.52).

 MAKAN MAKAN   Saya hanya makan malam 2 kali sahaja di restoran, makanan ringan dan kuih-muih Korea dengan anggaran W57.425 (RM202.14). Makanan banyak dibawa dari Malaysia seperti beras, serunding dan makanan dalam tin seperti Kari Ayam ADABI, Kurma Ayam ADABI, Sup Kambing ADABI dan Tuna Mayonis.

Kos perbelanjaan bagi saya seorang sahaja dianggarkan RM1,178.25 (tidak termasuk membeli-belah).

 HARI 1 
 KLIA2   -  INCHEON  Berlepas 8.00am (waktu Malaysia) dan tiba di Incheon International Airport pada 3.00pm (waktu Korea). Keluar saja daripada perut AirAsia untuk ke bangunan terminal, ucapan alu-aluan terpapar di skrin. Urusan di imigresen amat lancar dan banyak membantu. 
Annyeonghaseyo.
Keluar sahaja daripada balai ketibaan, perkara pertama sekali adalah mencari Book Store untuk membeli T-Money.  Selepas itu, lihat papan tanda penunjuk arah ke stesen keretapi AREX yang terletak di tingkat bawah. Setiap destinasi, saya akan tunjukkan dengan terperinci pengangkutan awam yang dinaiki.  
 arex INCHEON AIRPORT   Line A10
 mrt GONGDEOK  Line A10 / Line 6
 mrt ITAEWON  Line 6 - Exit 4
 TEMPOH MASA  70 Minit
Keluar sahaja daripada stesen SMRT Itaewon, perlu berjalan kaki sejauh 300m untuk sampai ke  ITAEWON INN . Alhamdulillah, bilik 403 ini sungguh selesa dan tersedia kelengkapan dapur. Tetapi tanpa lift, terpaksalah angkut beg seberat 13.5kg.
Hari pertama di Seoul, apa kata kita makan malam dengan masakan Korea. Memang banyak kedai makanan Arab di sini tetapi kita berada di Korea.... kan.  RESTORAN MURREE HALAL KOREAN MUSLIM FOOD  berhampiran Masjid Itaewon, merupakan antara restoran pilihan pelancong Malaysia dan menjadi pilahan kami juga. Set menu kami W37.000 memang sedap.
BUL GO GI antara menu orang Korea yang popular iaitu hirisan daging yang dicampur kicap, minyak bijan, lada hitam, bawang putih, bawang besar, halia dan gula dimasak sehingga 4 jam.
GAL BI TANG pula adalah sup tulang lembu yang dicampur herba (ada kurma, cendawan dan lain-lain).

 HARI 2 
Selepas subuh, tanak nasi sekejap dengan periuk nasi yang dipikul dari Malaysia. Lauknya serunding dan kurma ayam ADABI dalam tin. Lunch Box ke Everland Resort nanti. Sarapan hanya makan roti cicah kurma ayam ADABI dalam tin. Memang stok makanan yang dibawa ke Korea cukup untuk 4 hari. Langkah jimat cermat.
 GERAK  7.30 pagi
 mrt ITAEWON  Line 6
 mrt YAKSU  Line 6 / Line 3
 mrt SEOUL UNIVERCITY  Line 3 / Line 2
 mrt GANGNAM  Line 2 - Exit 7
 TEMPOH MASA  40 Minit
 BUS NO 5002  Berhampiran UQLO dan Burger King
 TEMPOH MASA  50 Minit
Bas akan berhenti di hentian akhir dan bas transit Everland (percuma) akan membawa ke pintu masuk  EVERLAND RESORT . Di pintu masuk terdapat kuanter tiket tetapi ada sebuah kuanter tiket untuk pelancong luar di sebalah kanan dan kita akan dapat tiket diskaun 30% daripada W48.000. Everland ini merupakan taman tema yang paling besar di Korea dan jika datang di musim bunga memang indah dan cantik dengan bunga-bunga tulip. Bagi kanak-kanak dan remaja memang tempat ini amat sesuai sekali, ianya seperti di Univesal Studio Singapore. T-Express adalah wooden roller coaster yang paling mencabar di sini.
Jangan tinggal solat sebab di Everland ada surau untuk kemudahan pelancong Islam. Tidak susah mencarinya, bersebelahan dengan Mystery Mansion. Selepas solat jamak, kami pun makan tengahari dengan Lunch Box yang dibawa dalam beg. Setelah puas, kami bergerak pulang dan window shopping di  GANGNAM STREET . Mahal.
 BUS NO 5002  Terminal bas Everland
 TEMPOH MASA  50 Minit
 mrt GANGNAM  Line 2 - Exit 10
 mrt SADANG  Line 2 / Line 4
 mrt MYEONG-DONG  Line 4 - Exit 6
 TEMPOH MASA  40 Minit
Dah pun sampai di  MYEONGDONG 8-GIL . Pergh! memang meriah.....Sana-sini bangsa Malaysia. Kiri kanan lorong ini penuh dengan butik-butik kosmetik. Perempuan-perempuan mesti rambang mata. Harga barang-barang di gerai-gerai tepi jalan adalah diantara W10.000 dan W20.000.  Tapi aku hanya membeli baju untuk anak-anak aku..... Untuk aku? Oh! Sendatnya. Sejuk-sejuk ni memang lapar yang bertahap-tahap. Alhamdulillah, ada gerai halal. 
TAIYAKI ini berbentuk ikan emas dan sedap dimakan panas-panas. Harga W3.000 sebiji. Rasanya seperti pan kek yang ranggup dan didalamnya ada cheese, kentang atau kacang. Kaki dah nak longlai. Jawapannya. 
 mrt MYEONG-DONG  Line 4
 mrt SAMGAKJI  Line 4 / Line 6
 mrt ITAEWON  Line 6 - Exit 4
 TEMPOH MASA  25 Minit 
Good Night Seoul.

 HARI 3 
Hmmm...Lunch Box untuk hari ini dah siap.....nasi putih, telor goreng, kari ayam dan timun. Sarapan pun dengan roti dengan telor goreng. Okey! Jom ke  NAMI ISLAND  hari ini  
 GERAK  7.30 pagi

 mrt ITAEWON  Line 6
 mrt TAEREUNG  Line 6 / Line 7
 mrt SANGBONG  Line 6 / Line P1
 ko-rail GAPYEONG  Line PI 
 TEMPOH MASA  100 Minit
 BUS NO 5  Bas Nami Tour - yang ini tak boleh guna T-Money. Tiket W6.000 pergi balik
 FERI  yang akan ke Pulau Nami - yang ini tak boleh guna T-Money. Tiket W8.000 pergi balik
 TEMPOH MASA  30 Minit
Suhu di Pulau Nami mencecah 6 celcius. Memang sejuk sangat-sangat. Apa yang menarik di sini, aku pun tak faham.   Tapi yang aku faham, Korea memang kreatif. Daripada tempat ini tak ada apa-apa. Telah dijadikan lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang popular di seluruh dunia. Cuma yang ada pokok pine yang di tanam berbaris-baris tetapi kecantikan alam semulajadinya memang tak boleh dinafikan. Tapi yang tak boleh tahan, bangga melihat bendera Malaysia dan perkataan bahasa Melayu ada di sini selain China, Singapore dan Indonesia.
Sebelum balik, jom solat jamak dulu. Korean Tourism memang perihatin dengan pelancong Islam. Surau di Pulau Nami terletak  di dalam bangunan Picture Book  Library. Lepas solat makan dulu Lunch Box yang dibawa. Jom ke  HANGANG PARK  pula dan naik cruise.
 FERI  ulang alik ke Pulau Nami setiap 15 minit
 BUS NO 5  dari Jeti ke stesen Gapyeong
 ko-rail GAPYEONG  Line PI 
 mrt SANGBONG  Line P1 / Line 6
 mrt YEOUINARU  Line 6 - Exit 3
 TEMPOH MASA  120 Minit
Tiba di Hangang Park dan hampir senja. Di sini, ada yang berbasikal, ada yang berkelah dan ada berdua-dua. Tempat ini juga popular sebab menjadi lokasi drama dan filem Korea. Selain itu, terdapat E-Land Cruise yang menyusuri sungai Han selama 1 jam. E-Land Cruise ini juga pernah menjadi lokasi bagi drama dan filem romantik Korea. Aku naik E-Land Cruise yang ada pakej persembahan live band pada jam 7.30pm. Harga tiket W28.500 untuk 2 orang. Pengalaman menarik kerana dapat menikmati suasana kotaraya Seoul di waktu malam dengan lampu-lampu bangunannya. Dah puas hati, kami bergegas pulang. Dah penat seharian.
 mrt YEOUINARU  Line 6
 mrt ITAEWON  Line 6 - Exit 4 
 TEMPOH MASA  30 Minit
Lepas sembahyang jamak. Good Night Seoul. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
 HARI 4 
Sarapan hari ini nasi putih, telor goreng cheese, kari ayam ADABI dalam tin dan timun. Meggie cup bawa untuk bekal. Jumpa 7E ada air panas boleh makan untuk tengahari nanti. Itenarari hari ini, melawat tempat bersejarah di Seoul dan sekitarnya serta membeli buah tangan dari Korea. Mula-mula pergi ke  NAMSAN TOWER . Sebelum itu, apa kata singgah  MASJID ITEAWON  dulu. Masjid ini terletak di atas bukit di Itaewon dan masjid paling besar di Seoul ketika ini. Senibina menarik dan cantik.
 GERAK  8.30 pagi
 mrt ITAEWON  Line 6
 mrt SAMGAKJI  Line 6 / Line 4
 mrt MYEONG-DONG  Line 4 - Exit 3
 TEMPOH MASA  20 Minit
 BUS NO 5-NAMSAN TOWER  Hentian bas yang hampir Exit 3
 TEMPOH MASA  20 Minit
Bas akan tiba di Terminal Bas Namsan Tower dan kena mendaki bukit lebih kurang 200m untuk sampai Namsan Tower. Kuanter tiket buka 10.00am dan akulah orang pertama membeli tiket.  W21.000  untuk 2 orang termasuk Pop Corn Giant Saiz dan air Fanta. Hampir sejam juga melihat kotaraya Seoul keseluruhannya daripada ketinggian 236m . Weh! bas dah ada.
 BUS NO 5   
 TEMPOH MASA  10 Minit
Sampai di  NAMDAEMUNSIJANG 6-GIL  terus saja ke bangunan E-World. Ada 3 bangunan yang berangkai dengannya dan itulah  NAMDAEMUN MARKET . Disinilah tempat yang paling perempuan suka, bayangkan semua bangunan tu menjual perhiasan wanita seperti brouch, clip rambut dan macam-macam lagi. Si Anjumaa tu nak berposing dengan aku sebab borong cenderamata dari kedai dia. Memang murah Anjumaa ni bagi diskaun berbanding di Myeongdong dan Itaewon. Bagi percuma lagi. Disebabkan aku berbahasa Korea serba sedikit, dia sematkan pin bendera Korea di dada aku.

Mulakan aktiviti berjalan kaki di sekitar Seoul.
 10 min WALK @ 250m Namdaemun Street - Sungnyemun Gate 
 35 min WALK @ 700m Sungnyemun Gate - Deoksugung Palace 
 20 min WALK @ 550m Deoksugung Palace - Cheonggyecheon Stream
 25 min WALK @ 400m Cheonggyecheon Stream - Statue of king Sejong 
 10 min WALK @ 250m Statue of King Sejong - Gyeongbokgung Palace
Fuhh!  Rupa-rupanya lebih 2,150m aku berjalan kaki pada hari ini.
 SUNGNYEMUN GATE  (foto kiri) adalah salah satu daripada 8 pintu gerbang bagi kubu yang mengelilingi Seoul dan telah dibina semasa Dinasti Joseon pada tahun 1398. Walaupun tak ada apa-apa tetapi tetap menjadi kenangan bila berada di sini. Hanya 250m saja dari Namdaemun Market.
 DEOKSUGUNG PALACE  (foto kanan) adalah salah satu daripada 5 istana semasa Dinasti Joseon. Pernah menjadi kediaman beberapa pemimpin Dinasti Joseon sehingga penjajahan Jepun. Tiket masuk cuma W1.000 (RM3.50). 
 CHEONGGYECHEON STREAM  (foto kiri) sebelum ini sungai ini amat kotor tetapi kerajaan Korea telah membelanjakan berbilion Won untuk mencantikkan dan menjernihkan sungai ini. Di sini pun sering telah dijadikan lokasi drama dan filem Korea.
 STATUE OF KING SEJONG  (foto kanan) tugu Raja Sejong yang termasyhur semasa Dinasti Joseon dan ianya baru dibina oleh kerajaan Seoul pada tahun 2009.
 GYEONGBOKGUNG PALACE  (foto kiri) adalah istana utama dan terbesar Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395. Perkarangan istana ini memang besar dan taman-taman yang ada di dalam istana ini memang cantik. Kalau nak masuk percuma ke sini kena pakai pakaian traditional Korea. Ada Berani? Ini lawatan ilmiah terakhir di Kota Seoul. Jom ke Namdaemun Night Market pula.
 mrt GYEONGBOKSUNG  Line 3
 mrt CHUNGMURO  Line 3 / Line 4
 mrt HEOHYEON  Line 4 - Exit 3
 TEMPOH MASA  20 Minit
 NAMDAEMUN NIGHT MARKET  disyorkan ke sini, jika hendak membeli T-Shirt, FM, keychain atau barang cenderamata Korea dengan harga yang murah-murah. Di situ juga, ada gerai-gerai halal dan aku hanya merasa gula-gula cramel dalam W1.000 saja. Jom ke Myeongdong Night Market lagi.
 mrt HEOHYEON  Line 4 
 mrt MYEONG-DONG  Line 4 - Exit 3
 TEMPOH MASA  10 Minit
 MYEONGDONG NIGHT MARKET  sampai saja perut dah lapar. Hah! Pan Cake halal. Penjualnya berbangsa Arab. Sejuk-sejuk ni..... makan panas-panas..... Pergh! memang nikmat. La hai! tutup pulak, gerai jual baju W10,000 dapat 2 helai. Kelmarin buka, nak beli lagi sebab fesyen gerai tu lain daripada yang lain. Huhuhu!....Tak ade rezeki.
"Dari Malaysia?" Si penjual cuba tarik perhatian aku dan sekumpulan di sebelah aku. "Tak....kami dari Singapore.", jawap mereka. "Kami berdua saja dari Malaysia" aku mencelah. "Ini kuih zaman raja Korea.....saya akan tunjuk." Agak fasih juga si penjual itu. Kuih ini dibuat daripada tepung yang diadun dan ditarik-tarik sehingga menjadi sehalus helaian rambut. Kemudian di isi dengan kacang, choklat atau almond dan digulungkan. Harganya W7,000 sekotak. "Ambil satu kawan....Najib pun beli, Rosmah, Mahatdzir, Siti Nurhaliza...ambil satu...murah-murah." Sambil bagi aku rasa seketul . Sedap jugak. "Satu...saya mau bagi Rosmah". "Kenal Rosmah?" sambil hulur wang baki. "Kawan saya." Aku pun belah dari situ. Dah penat. Nak balik doo.
 mrt MYEONG-DONG  Line 4
 mrt SAMGAKJI  Line 4 / Line 6
 mrt ITAEWON  Line 6
 TEMPOH MASA  20 Minit
Hari ini, malam terakhir di Seoul. Jom makan malam di  MAKAN RESTAURANT KOREAN HALAL FOOD . Lokasinya tak jauh dari Masjid Itaewon. Menu yang kami nak cuba cuma W15.000 untuk berdua. 
 OJINGEO BULGOGI  Sotong dengan ricecakes yang dimasak dengan ramuan bercili dan dimasak secara grill. Memang pedas dan sedikit masam. Set ini disediakan bersama nasi, kimchi, taugeh, bilis goreng, salad, rumpai laut dan bergedil ikan.
Memang sedap dan siap bungkus lagi untuk sarapan esok. Lepas sembahyang. Arghh! Penatnya. Good Night Seoul. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
 HARI 5 
Dah menjadi rutin pulak. Buat roti macam subway untuk bekal makan di airport nanti. Letak tuna dengan mayonis, cheese, telor, timun dan daun salad segar dari ladang. Untuk sarapan, panaskan di microwave  OJINGEO BULGOGI  yang dibeli semalam. Jam 7.00am buat urusan check out dengan petugas Itaewon Inn. Deposit W10,000 dipulangkan semula.
 GERAK  7.30 pagi   
 mrt ITAEWON  Line 6
 mrt GONGDEOK  Line 6 / Line A10
 arex INCHEON AIRPORT   Line A10
 TEMPOH MASA  70 Minit
Sampai sahaja di Incheon International Airport, dengan pantas kami terus ke kuanter AirAsia. Memang panjang beratur. Ambil masa 30 minit juga. Selepas itu makan sandwich homemade. Sejuk-sejuk.....Lapar lagi. Dah kenyang terus ke Balai Pelepasan untuk urusan imigresen. Ambil masa 30 minit juga. Ada masa 30 minit  lagi sebelum AirAsia suruh masuk perutnya. Saja tinjau-tinjau bangunan terminalnya. Alhamdulillah, ada surau tetapi mengambil wuduk kena ke tandas. Papan tanda ada menunjukkan arah ke Prayer Room.

Gamsahabnida.
감사합니다!