MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

1.5.20

Asam Pedas Ikan Pari - PKP

Pehh! Asam Pedas tu. Masakan asli dari negeri Melaka dan juga Johor tetapi terdapat sedikit kelainan rasa di antara kedua-duanya. Namun begitu kedua-duanya sedap sampai tak boleh bawa bincang. Aku telah dibiasakan dengan Asam Pedas ini oleh arwah mak angkat aku dari Durian Tunggal, Melaka sejak umur 5 tahun lag dan sampai sekarang masih terasa lagi. Jom arr! Kita masak cuti PKP ini.

BAHAN-BAHANNYA
9 ketul ikan pari dipotong 4 segi besar
5 biji bawang kecil (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 biji barang putih (dikisar)
1 inci belacan (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
1 sudu besar lada hitam (dikisar)
1 mangkuk cili kisar
1 sudu kecil halba
3 batang serai
1 batang bunga kantan
1 cekak daun kesum
7 biji bendi
1 biji tomato
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
2 mug air

CARA-CARANYA
Panaskan minyak dan tumiskan halba. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan kemudian cili kisar pula sehingga pecah minyak. Selepas itu tambahkan gula sehingga nampak berkilat. Selepas itu masukkan serai, bunga kantan dan juga daun kesum. Kemudian barulah letakkan ikan, kacau-kacau hingga rata dan masukkan air asam jawa dan air. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehingga mendidih.