MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

31.12.13

Gemencheh & Gemas '13

Gemencheh dan Gemas?
APA YANG ADA di Gemencheh dan Gemas
|
Moncheh dan Gomeh, dalam loghat Negeri Sembilan. Pekan Gemencheh kecil saja. Kiri dan kanan di laluan jalanraya kelihatan ladang-ladang kelapa sawit, getah dan kawasan perkampungan. MRSM Gemencheh yang telah merancakkan suasana dan juga ekonomi di daerah Gemencheh ini.


2km dari MRSM Gemencheh kearah Gemas, terdapat sebuah TUGU PERINGATAN PERANG DUNIA KEDUA - JAPAN & AUSTRALIA. Terletak di tepi jalan utama tetapi laluan ke lokasinya memang tidak sempurna.
Suasana di situ memang sepi dan perlu dilakukan sesuatu seperti mendirikan Muzium Mini dan juga Medan Selera masakan tradisi di daerah ini seperti Rendang Sayur Maman yang memang terkenal bagi penduduk Gemencheh. Ini dapat menggalakkan perlancongan di daerah ini.


Cam meriah jer!.... berduyun-duyun kereta singgah.... teruja pulak nak tau. Wah! Ada gerai jual air kelapa muda.... selain itu ada jual goreng-gorengan seperti goreng pisang, popia, cucur udang, keropok lekor dan cempedak goreng. Buah-buahan potong pun ada.... Laksa Utara? pun ada. Selera jugak.
Gerai RAMBO CORNAR tetapi nama gerai ini tersorok di belakang pokok. Mengikut kata taukehnya, namo kodai ni ganeh bonar...sogan den. Gerai ini terletak sebelum sampai pekan Gemencheh dari arah Tampin.


Stesen keretapi Gemas telah dibina semula dan siap pada tahun 2012. Memang sebuah stesen yang cantik dan terletak di tengah-tengah pekan Gemas. Di sinilah pertemuan laluan diantara ke pantai timur,  selatan dan ke utara. Pertukaran kepala keretapi akan berlaku di sini.

21.12.13

SUAFA FC Dalam Kenangan



  • Maksud - Sapura Uniphone Accounts Finance Admin Football Club
  • Menghimpunkan semua kakitangan lelaki dari jabatan Akaun, Kewangan, Pentadbiran & Sumber Manusia di Sapura Holding Sdn Bhd dan Uniphone Sdn Bhd.
  • Bertujuan mengaktifkan sukan bolasepak dan juga rekreasi.
  • Ditubuhkan pada tahun 1993 dan tahun 2013 merupakan ulangtahun yang ke 20 tahun.
  • Namun begitu SUAFA FC telahpun berkubur pada tahun 1995 disebabkan satu per satu ahli-ahlinya telah bertukar ke subsidiari lain dan ada yang telah berhenti kerja. Tetapi semangat SUAFA masih ada dan sering juga menggadakan perlawanan bolasepak persahabatan sehingga tahun 1998 walaupun masing-masing telah berjauhan.
KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK 1993-1995
30.07.93, SUAFA FC - 1, MSM FC - 0
06.08.93, SUAFA FC - 2, MSM FC - 3
19.08.93, SUAFA FC - 3, APPLE DIVISION - 1
22.09.93, SUAFA FC - 1, DNC SETAPAK - 6
24.09.93, SUAFA FC - 1, MATERIAL DIVISION - 0
02.10.93, SUAFA FC - 1, KNS - 2
12.11.93, SUAFA FC - 2, PROJEK G KLANG - 3
11.12.93, SUAFA FC - 3, NATIONAL MTV - 3
05.02.94, SUAFA FC - 4, PHB WISMA - 0
27.03.94, SUAFA FC - 3, CCB KUANTAN - 2
15.08.94, SUAFA FC - 5, TSB MARKETING - 2
08.09.94, SUAFA FC - 2, BBMB KG BARU - 2
24.09.94, SUAFA FC - 4, CCB SEREMBAN - 1
18.10.94, SUAFA FC - 3, INFO TECH - 1
05.11.94, SUAFA FC - 2, TG PUTRI FC - 3
08.11.94, SUAFA FC - 1, MAYBANK HQ - 2
08.01.95, SUAFA FC - 3, STUDENT UTM A - 6
13.01.95, SUAFA FC - 1, STAFF UTM - 2
15.01.95, SUAFA FC - 1, TEXAS - 8
25.03.95, SUAFA FC - 1, PPSK FC - 3
01.06.95, SUAFA FC - 2, MAT MOTOR FC 2
06.06.95, SUAFA FC - 1, SUPERIOR INS - 1
17.06.95, SUAFA FC - 5, MBB MELAWATI - 0
24.06.95, SUAFA FC - 4 MAJU FC - 1
29.06.95, SUAFA FC - 2, MASLAN FC - 2

PENJARING TERBANYAK 1993 - 1995
  1. ZAFARULHISHAM - 18 GOL
  2. MUHAMMAD BUANG - 10 GOL
  3. SAIDI MOHAMED - 7 GOL
  4. ABDUL RAHMAN ALI - 4 GOL
  5. MOHAMED HUZAINI - 3 GOL
  6. EMRAN EMBY - 2 GOL
  7. ZAHRIEN - 2 GOL
  8. SHAHIZAM - 2 GOL
  9. RUSMAWARIDI - 2 GOL
10. NOR AZAM - 1 GOL
11. KHAIZAM - 1 GOL
12. RADZA - 1 GOL
13. ROSLAN - 1 GOL
14. AMON - 1 GOL
15. AZMAN - I GOL
16. GOL SENDIRI PASUKAN LAWAN - 2 GOL

AJK SUAFA FC, SESI 1993/1994
PENGERUSI, Azman Ahmad Jabri
NAIB PENGERUSI, Emran Emby
PENGURUS, Rosdi Mohammad
PEN. PENGURUS, Izammuddin Ludin
BENDAHARI, Fauzi Al-Aqsa Zamanhuri
SETIAUSAHA, KamaruZahrin (Allahyarham)

AJK KECIL
HAL EHWAL PADANG, Shahrul
KETUA PERALATAN, Nurul Azam
PEN. KETUA PERALATAN, Nor Azam Norman
HAL EHWAL PENGANGKUTAN, Ariff Rashid
PEN. HAL EHWAL PENGANGKUTAN, Azaharim
PENGENDALI PEMAIN, Zafarulhisahm
PEN. PENGENDALI PEMAIN, Amir Hassan
KETUA PASUKAN, Mohammad Buang
PEN. KETUA PASUKAN, Hasbullah Khalid
PENGURUS AKTIVITI SOSIAL, Mohd Fairuz
PEN. AKTIVITI SOSIAL, Saidi Mohamad

SENARAI PEMAIN 1993/1994
Kamal Kasim - Goal Keeper
Kamarul Ariffin Abdul Samad - Goal Keeper
Ariff Rashid - Lastman
Azaharim Abd Aziz - Lastman
Azman Abd Talib - Lastman
Mohd Faisal Khalid - Stopper
Khairuddin Abidin - Stopper
Shahrulniza Syed Jamaluddin - Left Back
Abdul Rahman Ali - Left Back
Izamuddin Ludin - Right Back
Abdul Rahman Zahid - Right Back
Abdullah Abd  Mutalib - Right Back
Kamaruzahrin Bahro - D/MF
Amir Hassan - D/MF
Hasbullah Khalid - A/MF
Nor Azam Norman - A/MF
Muhammad Buang - A/MF
Saidi Mohamad - A/MF
Azizul Nordin - Forward
Maskamal Abd Rahman - Forward
Emran Emby - Forward
Zafarulhisyam - Forward
Nor Ahmmad - Forward
Mohd Muhizam - Forward
Muhammad Huzaini - Forward

13.12.13

Best Film, Asia Pacific Film Festival

Festival Filem Asia Pasifik yang ke 56 diadakan di Macau pada 13-15 Disember 2013 dan Malaysia telah menghantar 5 buah filem cereka untuk dipertandingkan. Sehingga kini belum pernah ada sebuah filem Malaysia dinobatkan sebagai filem terbaik. Daripada zaman kegemilangan filem-filem Melayu Jalan Ampas sehingga kini, filem kita masih menemui kegagalan menggondol anugerah utama itu. Namun begitu, filem Malaysia pernah beberapa kali tersenarai di pencalonan akhir anugerah tersebut. 

Pada tahun ini, filem Malaysia telah gagal lagi untuk layak ke 6 pencalonan akhir, berbanding pada tahun 2012, filem Bunohan dapat juga tersenarai untuk ke 6 pencalonan akhir. Filem terbaik sepanjang zaman  di Malaysia setakat ini, Semerah Padi arahan P Ramlee dijangka boleh meraih filem terbaik pada tahun 1957 tetapi telah ditolak pencalonannya kerana memaparkan tema keislaman.

Menjadi cabaran kepada pengarah-pengarah filem Malaysia terutama yang muda untuk melakarkan kejayaan meraih anugerah filem terbaik di Festival Filem Asia Pasifik suatu hari nanti.

2013 - 56th APFF Macau, LIKE FATHER, LIKE SON, Japan

2012 - 55th APFF Macau, LIFE WITHOUT PRINCIPLE, Hong Kong

2010 - 54th APFF Teipeh, JANALA, India

2009 - 53th APFF Kaohsiung, LASKAR PELANGI, Indonesia

2008 - 52th APFF Jakarta, - DIBATALKAN -

2006 - 51th APFF Teipeh, ZAN E ZAIDI, Iran

2005 - 50th APFF Kuala Lumpur, TAE GUK GI, Korea
                                   
2004 - 49th APFF Fukuako, TAIPEH 21, Taiwan
                                   
2003 - 48th APFF Tehran, A LITTILE MONK, Korea
                                   
2002 - 47th APFF Seoul, INOCHI, Japan
                                   
2001 - 46th APFF Jakarta, WHAT TIME IT IS THERE ?, Taiwan
                                   
2000 - 45th APFF Hanoi, SANDY LIVES, Veitnam
                                   
1999 - 44th APFF Bangkok, NANG NAK, Thailand
                                   
1998 - 43rd APFF Taipeh, DAUN DI ATAS BANTAL, Indonesia

1997 - 42nd APFF Jejudo, SUCH A LIFE, Taiwan
                                   
1996 - 41st APFF Auckland, A PETAL, Korea
                                    
1995 - 40th APFF Jakarta, HSIAO YU, Taiwan
                                   
1994 - 39th APFF Sydney, EAT DRINK MAN WOMEN, Taiwan
                                   
1993 - 38th APFF Fukuoka, THE CAGEMAN, Hong Kong
                                    
1992 - 37th APFF Seoul, PUSHING HAND, Taiwan
                                   
1991 - 36th APFF Taipeh, A BRIGHTER SUMMER DAY, Taiwan
                                   
1990 - 35th APFF Kuching, SONG OF EXILE, Taiwan & THE SONG OF CRAZY LOVE , Korea
                                   
1989 - 34th APFF Jakarta, BUDDIES, Japan
                                   
1988 - 33rd APFF Phuket, STRAWMAN, Taiwan

1987 - 32nd APFF Taipeh, SURRAGATE WOMEN, Korea
                                    
1986 - 31st APFF Seoul, DOA TANDA MATA, Indonesia
                                   
1985 - 30th APFF Tokyo, DEEP BLUE NIGHT, Korea
                                   
1984 - 29th APFF Bangkok, APPASIONATA, Japan
                                    
1983 - 28th APFF Taipeh, THE THREE KINGDOM, Japan
                                   
1982 - 27th APFF Kuala Lumpur, PHALAYALAM PALAVI, India
                                   
1980 - 26th APFF Jakarta, KABUT SUTRA UNGU, Indonesia
                                    
1979 - 25th APFF Singapore,
                                   
1978 - 24th APFF Sydney, ITIM, Philippines
                                   
1977 - 23rd APFF Bangkok, SENSEI NO TSUSHINBO, Japan

1976 - 22nd APFF Pusan
                                    
1975 - 21st APFF Jakarta, INCOME CAVE, Japan
                                   
1974 - 20th APFF Taipeh, SANDAKAN HACHIBANSHOKAN BOHKYO, Japan
                                   
1973 - 19th APFF Singapore,
                                    
1972 - 18th APFF Seoul,
                                   
1971 - 17th APFF Taipeh, PENGANTIN REMAJA, Indonesia
                                   
1970 - 16th APFF Jakarta, APA YANG KAU CARI PALUPI, Indonesia
                                    
1969 - 15th APFF Manila,
                                   
1967 - 14th APFF Tokyo,
                                   
1966 - 13th APFF Seoul, LAN YU HEI, Hong Kong

1965 - 12th APFF Kyoto, BIMUJANG JIDAE, Korea
                                    
1964 - 11th APFF Taipeh, RED SCARF, Korea
                               
1963 - 10th APFF Tokyo, KOTO, Japan
                                   
1962 - 9th APFF Seoul, SARANGBANG SONNIMGWA EOMEONI, Korea
                                    
1961 - 8th APFF Manila, AKIBIYORI, Japan
                                   
1960 - 7th APFF Japan,
                                   
1959 - 6th APFF Kuala Lumpur, THE KIGDOM AND THE BEAUTY, Hong Kong  
                                   
1958 - 5th APFF Manila, OUR SISTER HEDY, Hong Kong

1957 - 4th APFF Tokyo, SUZAKUMON, Japan
                                   
1956 - 3rd APFF Hong Kong, ANAK DALITA, Philippines

1955 - 2nd APFF Singapore, SHUNKIN MONOGOTORI, Japan
                                    
1954 - 1st APFF Tokyo, GOLDEN DEMON, Japan

5.12.13

Logo SEA Games

Logo-logo Sukan Asia Tenggara (South East Asian Games) semenjak 1959 sehingga 2013. Kepelbagaian reka bentuk logo-logo tersebut memaparkan rekaan yang dapat menonjolkan negara penganjur sukan tersebut. Pada pendapat anda logo dari negara penganjur manakah yang benar-benar menarik.