MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

23.3.20

Xian & Beijing 2020 Part 2

Sambungan daripada Part 1

HARI KE 3 - AHAD, 05.01.20
SUBWAY : (LINE 7) BEIJING WEST STATION - ZHUSHIKOU STATION (4CNY)
Speed Train kitaorang sampai di Stesen Beijing West dalam jam 2.00pm. Punya laa besar stesen ni tapi jangan cuak, ikut saja papan tanda ke Subway Line 7 pasti tak akan sesat. Tiket boleh dibeli di mesin yang disediakan cuma tekan saja destinasi kita. Tiket hanya 4CNY sahaja untuk ke mana-mana stesen. Asalkan tidak keluar daripada stesen tersebut. Kitaorang tiba di Stesen Zhushikou lebih kurang jam 3.00pm dan keluar ke arah Exit D untuk ke lokasi King's Joy Hotel yang terletak lebih kurang 650m berjalan kaki dari stesen subway. Huhu! Tak ada salji. 

King's Joy Hotel ini, kitaorang tempah melalui Agoda untuk selama 3 malam hanya RM198 sebilik. Selepas hilang lelah, kitaorang pun makan malam dulu dengan makanan tin yang dibawa dari Malaysia. Selepas solat jamak, barulah kitaorang gerak ke QianMen Street yang tak jauh dari hotel. Kitaorang berjalan-jalan sejauh 750m sehinggalah ke ZhengYang Bridge. Suhu pada masa tu 3 Celsius. Sejuk gilerr.

Lebih kurang jam 7.00 malam kitaorang pun balik ke hotel. Memang terbaik lokasi hotel ini sebab dekat dengan subway dan 'bus stop' pun di depan hotel. Sejuk-sejuk ni, tidur memang lagi best. Tetiba di luar tingkap ternampak macam hujan renyai-renyai. Yaa!! Allah. Subhanallah!! Salji Turun. Kitaorang apa lagi turun ke bawah hotel.. Jadi jakun doe....pertama kali pegang salji.

HARI KE 4 - ISNIN, 06.01.20
Ikut plan hari ini kitaorang akan ke Mutianyu Great Wall dengan cara pergi sendiri iaitu menaiki Subway, Bas 916, Huai Roi Teksi dan berjalan kaki lagi dengan kos 272CNY. Apabila kitaorang terpandang pakej di hotel  untuk ke Mutianyu Great Wall dengan harga 400CNY termasuk tiket masuk, makan tengahari dan naik 'cable car'. Jadi kitaorang amik keputusan ambil pakej tersebut untuk tak banyak fikir pasal sesat dan lenguh kaki. Hahaha... itu orang New Zealand yang ikut serta rombongan kitaorang. Bas rombangan kitaorang ini sampai dalam jam 10.30 pagi.

Wow!! Wow!! Memang teruja sebab dapat juga tengok Great Wall dengan keadaan sekeliling diliputi salji. Dari 'North Ticket Entrance'  kitaorang naik kereta kabel di 'lower cable car station' untuk ke 'upper cable car station' dan dari situ terus ke 'tower' ke 14. Kitaorang terdaya sampai di 'tower' ke 18 daripada 'tower' 20 iaitu 'tower' terakhir yang dibuka untuk pelawat.

Setelah puas menikmati panorama salji di Great Wall. Lebih kurang jam 2.30 pm, kitaorang pun kembali turun untuk makan tengahari di sebuah restoran. Haha... dapat kawan baru dari Serbia. Dia punya celoteh dia doe.... memang padu. Kitaorang dihidangkan dengan menu 'vegetarian' dan duduk semeja bulat dengan orang New Zealaand, Serbia, Itali dan USA. World tuuu..

Dalam perjalanan pulang, kitaorang minta bas berhenti di Beijing Olympic Park. Hanya kitaorang dengan Mamat USA saja yang turun dan yang lain minta hantar ke hotel masing-masing. Waktu jam 5.00pm di Beijing Olympic Park dah mula gelap. Memang mengkagumkan senibina Stadium Nasional (Bird's Nest) dan Pusat Akuatik Nasional (Water Cube), terutama di waktu malam dengan permainan lampu-lampunya. Jika nak beli cenderamata di sini memang murah-murah berbanding di bandar Beijing. 

SUBWAY : (LINE 8) OLYMPIC SPORT CENTRE - NANLUOGUXIANG (CHANGE LINE 1) - DONGSI (CHANGE LINE 6) - CIQIKOU (CHANGE LINE 7) - ZHUSHIKOU (4CNY)
Dalam jam 6.00pm kitaorang pun bergerak pulang ke hotel. Memang penat sebab turun naik subway. Sampai saja di hotel kitaorang terus berdengkur dengan hebat.

HARI KE 5 - SELASA, 07.01.20
Itenari hari ini, kitaorang akan ke Forbidden City dan tiket masuk telah kami beli siap-siap melalui seorang agen di hotel. Kos dikenakan ialah 67CNY dan tak payah beratur panjang nanti. Jam 9.00 pagi kitaorang mula bergerak. Mula-mula kitaorang ke Dataran Tian'anmen dengan berjalan kaki sejauh 1700m. Memang cukup ketat pemeriksaan oleh pihak berkuasa untuk memasuki dataran ini. Di belakang Monument to the People's Hereos adalah Mausoleum Mao Zedong, pada mulanya kitaorang nak masuk tetapi disebabkan bawa beg sandang, kitaorang tidak dibenarkan masuk.

Forbidden City ini memang teramat sangat luas dan terletak di tengah-tengah kota Beijing. Merupakan istana rasmi Maharaja China bermula Dinasti Ming sehingga Disnasti Qing dan kompleks istana ini amat luas iaitu 7,800,000 kaki persegi dan kitaorang hanya mampu terokai 20% sahaja.

Dalam jam 11.30pm, kitaorang beransur bergerak pulang. TQVM budak Scotland ni yang tolong amik gambar kitaorang berdua. Kitaorang menyusuri sungai yang membeku ketika hendak ke subway stesen untuk tujuan ke Nuije.

SUBWAY : (LINE 1) TIAN'ANMENT EAST - XIDAN (CHANGE LINE 4) - CAISHIKOU (CHANGE LINE 7) - GUAN'ANMENNEI (4CNY) 
Kitaorang sampai di subway stesen Guan'anmennei lebih kurang jam 1.00pm dan keluar sahaja stesen perlu kearah kiri jalan dan terus berjalan 800m untuk ke Nuijie Street yang mana terdirinya Masjid Nuijie. Masjid Nuijie merupakan masjid yang tertua dan terbesar di Beijing dan telah dibina pada tahu 996. Kitaorang sempat bergambar bersama-sama urusetia masjid ini.

Selepas solat jamak, kitaorang jalan-jalan cari makan di Nuijie Street. Semasa di Xian tempohari kitaorang kempunan nak makan Kaki Kambing ini tapi di Nuijie ini kitaorang tak akan lepaskan peluang ini. Pehh!!! Segar dan sangat2 sedap. Pau yang panas2 tu pulak sangat2 gebu dan lembut sangat dan kitaorang beli sampai 8 biji. Di sini kitaorang berkenalan dengan 3 orang pelancong dari Malaysia dan kitaorang sama-sama ke Silk Street selepas itu.

SUBWAY : (LINE 7) GUAN'ANMENNEI  - CIQIKOU (CHANGE LINE 5) - DONGDAN (CHANGE LINE 1) - YONG'ANLI (4CNY)
Di Silk Street ini, kitaorang beli serba sidikit baju T untuk famili dan beberapa cenderamata yang tak cukup (Tetapi di Beijing Olympic Park lagi mur mur). Betulkan....Ain....Suraya....Adlina. Ni gambar terakhir kitaorang semua. Bye!! Sampai jumpa lagi.
SUBWAY : (LINE 1) YONG'ANLI  - GUOMAO (CHANGE LINE 10) - SHUANGJING (CHANGE LINE 7) - ZHUSHIKOU (4CNY)

HARI KE 6 - RABU, 08.01.20
SUBWAY : (LINE 7) ZHUSHIKOU  - SHUANGJING (CHANGE LINE 10) - SANYUANQIAO (4CNY)
AIRPORT EXPRESS : SANYUANQIAO - TERMINAL 2 (25CNY)
Hari ini merupakan hari terakhir di Beijing dan setelah kitaorang 'checked out' tengahari tu, kitaorang berjalan-jalan dulu di sekitar hotel sebab 'flight' kitaorang pada jam 9.00 malam (sebab 'delay'). 

Xianmen Air berlepas dari Beijing Capital International Airport dalam jam 9.00pm dan tiba di Xianmen Gaoqi International Airport dalam jam 1.00am dan kitaorang 'transit' sebelum menyambung perjalanan ke KLIA. Makanan 'vegetarian' telah kitaorang minta semasa membeli tiket.

HARI KE 7 - KHAMIS, 09.01.20
Setelah mengalami beberapa kesukaran yang tidak terjangka. Penerbangan Xianmen Air dari Xianmen ke Kuala Lumpur berlepas tepat jam 8.20 pagi dan sampai di KLIA lebih kurang jam 1.00 tengahari. Makanan halal yang disediakan untuk penumpang Muslim memang sedap.

Percutian ke Xi'an dan Beijing ini memang pengalaman yang tak terjangka dan tak akan dilupakan dan jika diizinkan Allah, Insyaallah aku akan kembali lagi tetapi biar virus covid-19 ini betul-betul dah terhapus di negara China. Kos perjalanan aku ini lebih kurang RM3,030 seorang tidak termasuk makan dan membeli belah.

Tiada ulasan: