Gerak dari KLIA dan transit di Suvarnabhumi International Airport sambil dihidangkan Mee Kicap, Cheese Cake dan Jus Manggo. Sedap juga. Tapi kerusi Egypt Air ini, rapat sangat. Kematu kepala lutut. Kemudian 12.05am Egypt Air meninggalkan Bangkok ke Cairo. Sekali lagi pada pukul 3.00am, dihidangkan Nasi Ikan Stim, Cheese Cake dan Jus Maggo sambil layan filem Avatar. Pukul 7.00am pula disajikan sarapan Roti, Pastri dan Kopi Panas. Kemudian aku sambung tidur. Sedar-sedar dan pun mendarat di Cairo International Airport pada pukul 10.22am. Fuhh! 12 jam dalam penerbangan. Aku segera tukarkan masa ikut waktu Egypt, rupa-rupanya pukul 4.22am waktu Egypt.
Khamis, 31 May 2012 : 7.00am
Bermulanya rombongan seramai 30 orang meredah Cairo @ Kaherah....sebelum tu sarapan dulu di Soiree Restaurant & Cafe....kebab, salad, manisan arab & tea arab.
Khamis, 31 May 2012 : 8.00am

"Check in" di Hotel Horizon Pyramid....yang bertaraf 4 bintang. Argh! Dahaganya....pembelian pertama gunakan LE (Eygpt Pound) ialah air mineral.....LE9.50 sebotol 500ml. Kadar matawang semasa adalah LE100 = RM65.00
Khamis, 31 May 2012 : 10.30am
Suhu tengahari di sini ialah 44C tapi taklah panas berbahang. Piramid Agung Kufu adalah yang terbesar dan paling terkenal serta yang tertua berbanding Khafre dan Menkaure. Dulu-dulu asalnya menempatkan mayat Firaun. Sebelum ini, ahli arkeologi mendapati piramid dibuat dripada batu kapor dan basalt tetapi kajian terkini mendapti piramid diperbuat daripada tanah.
Selepas itu, melawat pula Sphynx, patung batu yang menyerupai singa dan separa manusia. Hidung Sphynx telah dihancurkan oleh bola meriam tentera Napoleon sebangai tanda keangkuhan mereka memusnahkan hidung tuhan orang Mesir. Hahahaha.

Khamis, 31 May 2012 : 12.30pm
Fuhh! Panas dan penat..... kami singgah makan tengahari di La Cuisine. Menu western memang betul-betul western..... Meatball Spagetti, Roast Chicken, Kebab, Salad dan Manisan Arab. Selepas kekeyangan kami mula dibawa shopping. Resepi Sup Tomato Bunga Kobis sempat dipelajari.
Khamis, 31 May 2012 : 2.30pm
Hanya tinjau-tinjau saja di Kedai Kulit Egypt. Memeng kulit original tapi fesyen yang dah ketinggalan zaman. Sambil tunggu makcik-makcik shopping..... aku bergambar dengan bendera Egypt. Lalu lintas di Cairo ini kelam-kabut sikit..... dan bandar Cairo memang banyak sampah..... pukul 3.30pm kami dibiarkan berehat di hotel.
Jumaat, 1 Jun 2012 : 7.00am
Selepas subuh..... ronda-ronda di sekitar hotel sambil perhatikan gelagat orang Cairo pergi bekerja dan sarapan. Aku belilah sedikit buah apricot & plum..... memang segar-segar..... cuma LE5.00 sekilo. Selera aku sungguh besar..... terlihat roti sebesar 32"..... cuma LE2.5 saja!..... dan kuah kacang yang dijual oleh Pak Arab tu..... memang selera Arab dan bukannya aku.
Jumaat, 1 Jun 2012 : 8.00am
Destinasi pertama hari ini..... ke Perfume Factory dan Golden Eagle Crystal. Punyalah lama taklimatnya..... nasiblah dihidangkan Air Bunga Raya..... bergelas-gelas juga aku minum. Daripada 3000 jenis pati minyak wangi..... aku beli minyak wangi, Hajar Asward dan Sakura..... harganya USD100.
Jumaat, 1 Jun 2012 : 11.00am
Lawatan ke Kubu Pertahanan Sultan Salahudin Al-Ayubbi memang dinanti-nantikan. Didalam kubu ini berdiri megah Masjid Mohamed Ali Pasha dan Istana El Gawhara. Biar aku cerita sedikit..... Sultan Salahudin Al-Ayubbi ialah seorang pahlawan Islam yang terkenal dengan keberanian dan sifat kesatriaan dalam Perang Salib dan berjaya merebut kembali Baitulmuqadis daripada Kristian. Masjid Muhamad Ali Pasha yang terletak di dalam kubu ini didirikan oleh Raja Muhammad Ali Pasha, pemimpin Mesir moden pada akhir abad ke-19. Rekebentuk masjid ini seakan masjid-masjid di Albania dan Turki kerana mempunyai kubah setinggi 52 meter dan menara setinggi 84 meter. Dari sini kita dapat melihat pemandangan seluruh penjuru kota Kaherah.
Jumaat, 1 Jun 2012, 2.00pm
Selepas makan tengahari di Soiree Restaurant & Cafe, kami dibawa melawat ke Masjid Al-Hussien..... di sini bersemadinya raja terakhir Mesir, King Farouk dan raja terakhir Iran, Shah Iran.
Jumaat, 1 Jun 2012, 4.00pm
Makcik-makcik yang dah tak sabar taburkan duit telah dibawa ke Bazar Khan Khalili..... terdapat pelbagai barangan daripada makanan, pakaian, beg, hiasan, mainan dan barang antik..... menariknya, tawar menawar dalam bahasa Melayu. Aku borong juga cenderamata dan T-Shirt untuk famili dan kawan-kawan. Bazar ini berhampiran sangat dengan Masjid Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar. Oleh itu, memang ramai pelajar-pelajar Malaysia & Indonesia yang berada di sini.
Jumaat, 1 Jun 2012, 7.00pm
Hari ini, kami akan makan malam di atas sebuah kapal yang menyusuri Sungai Nil. Sungai Nil merupakan delta yang subur sejak 5000 tahun dulu dan menjadi sumber pengairan yang amat penting sehingga kini. Deretan bangunan dan tanah pertanian mengindahkan pemandangan di sini. Hembusan angin sejuk, lagu gelek meninggalkan pengalaman yang baru. Sambil menikmati makan malam..... sambil dihiburkan aksi tarian gelek yang mengasyikan. Opps! OMG.
Sabtu, 2 Jun 2012, 7.00am
Gerak ke Bandaraya Iskandariah, bandar kedua terbesar di Egypt. Orang Egypt menyebut sebagai Alex. Perjalanan mengambil masa 3 jam itu membelah padang pasir Sahara. Iskandariah yang berhadapan Laut Mediterranean yang membiru memang bandar yang cantik. Antara tempat bersejarah di sini ialah Kota Iskandar Zulkarnain (dibina semula) dan Istana Raja Farouk. Mengikut info, baginda ialah raja terakhir Mesir yang mengamal hidup yang sangat mewah dan pernah memerintahkan semua lampu rumah rakyat Mesir dimatikan bagi membolehkan kesemua lampu-lampu istana dihidupkan.
Sabtu, 2 Jun 2012, 12.00pm
Seterusnya melawat Perpustakaan Iskandariah, perpustakaan tertua di dunia. Makan tengahari di Alex yang memang terkenal dengan makan lautnya..... Ikannya sedap.
Sabtu, 2 Jun 2012, 3.00pm
Dalam perjalanan pulang dari Alex, singgah di Zoo Mesir..... kecil sahaja tetapi kebanyakan haiwan adlah harimau, singa dan haiwan liar benua Afrika. Sebelum balik ke hotel, singgah juga di Kedai Cotton Egypt..... belilah juga 6 helai T-Shirt jenis yang berkualiti.
Ahad, 3 Jun 2012, 10.00am
Hari terakhir sebelum "check out" hotel..... keluar sekejap, tinjau-tinjau di kedai-kedai yang berhampiran hotel. Pengalaman ini akan aku abadikan di sini. Entah bila boleh berkunjung lagi?..... di bumi Allah ini masih banyak belum dijelajahi lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan