MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

14.11.14

Sg Petani & Penang & Taiping

Kali ini aku akan kongsikan makanan-makanan sumbat jantung yang terbaek!! di sepanjang destinasi kerja di utara semenanjung Malaysia.
"Urgh!!!....Wo lah wei. Udah 11.00 pagi.... breakfast dah lepas"
"Lapar...lapar tahap gaban ni. Jom makan tengahari terus."
Jadi.... kami singgah di sebuah restoran yang agak terkenal dangan kesedapan dan kebersihan dan...kemesraannya.
Aku minum Jus Mangga Muda Asam Boi. Memang sedap giler urat saraf aku. Makanan biasa-biasa je, sekadar ikan bawal goreng panas, telor dadar dan kari daging rusa. Ikan bawal yang panas-panas tu, jirus dengan kicap dan perah asam limau. Pergh! Eh! ada mak mertua lalu belakang aku ke? Harga set untuk 4 orang makan hanya RM54.00 sahaja.... Umph! Memang terbaek.
Korang mesti puas hati makan di sini. Ni...promo terbaik untuk Restoran Bawal Sembilang. Senang aje cari.... belok kiri...belok kanan...jumpalah tu. Kalau gagal lagi, aku tolong bagi alamatnya. No 236F, Gon Silong, Jalan Tikan Batu, 08000 Sungai Petani. Kalau sesat lagi talipon ke nombor 04-4315752. Selamat menjamu selera.

Makan petang pulak. Meh!.... makan yang simple-simple aje di Persiaran Gurney, Pulau Pinang. Memang banyak gerai-garai makanan yang terbeliak mata. Tetapi yang menjadi ranking utama ialah Rojak Pasembur. Pilih saja kueh-kueh pilihan anda dan tambahkan dengan sotong ke... udang ke... ayam ke... Akhir sekali, mamak tu semburkan dengan kuah yang kemerah-merahan. Harga sepinggan RM20.00 sahaja....  Umph! Memang terbaek.

Makan lagi di Kuala Sepetang, Taiping. Di sini memang terkenal dengan Mee Udang yang segar dan sedap. Memang banyak restoran Mee udang di sini. Kali ini aku memacak selera di Restoran Salleh Stall Mee Udang Portweld yang telah diusahakan sejak tahun 1956. Mee Udang ini akan dimasak mengikut selera kita seperti yang berkuah, rebus atau goreng. Aku pilih Mee Udang berkuah Spesial. Memang sedap terutamanya dengan 4 ekor udang besar yang manis dan segar. Harga semangkuk RM18.00 sahaja...  Umph! Memang terbaek.