Coronavirus!!! Covid-19!!! Kitaorang baru jer tau selepas seminggu balik dari Xian dan Beijing. Weyy!!! Korang nak ke negara China? Bukan ke negara China tindas umat Islam di Uighur? Kata-kata yang membuatkan kitaorang serba salah. Tiket 'flight', 'speed train' dan hotel dah pun 'booking'. Argghh!!! Pedulikan. Visa pun dah bayar RM50..... Duit pun dah tukar (100CNY = RM59). Lagi pun kitaorang nak tengok macam mana rupa negara China.
HARI PERTAMA - JUMAAT, 03.01.20
AirAsia akan gerak terbang tepat jam 6.00 petang dari KLIA dan akan dijangka tiba di Xi'an Xianyang International Airport jam 11.00 malam (waktu di China sama dengan Malaysia). Selama 5 jam di udara, kitaorang lepas makan tidur....lepas tidur makan lagi.
Cecah saja di Xi'an Xianyang International Airport, kitaorang berjalan dengan seberapa pantas untuk mengambil beg dan juga melepasi Imigresen untuk ke G44 (pintu menaiki bas) kerana bas terakhir adalah jam 2.00 pagi. Mudah saja nak ke stesen bas 'airport'. Ikut saja 'signboard'. Di sini terdapat 'airport train' tetapi jadual terakhir adalah jam 11.00 malam. Tiket bas hanya 25CNY dan tujuan kitaorang adalah di hentian yang ke 3 dari 'airport' iaitu di Bell Tower Hotel.
Xian Bell Tower Youth Hostel ditempah melalui Agoda (RM124 selama 2 malam). Lokasinya memang betul-betul berhadapan dengan Xian Bell Tower. Sampai di bilik jam dah 2.00 pagi dan kitaorang apa lagi. Zzzzz..... penat dowh. Esok 8.30 pagi akan bergerak jauh lagi.
HARI KE 2 - SABTU, 04.01.20
METRO : (LINE 2) ZHONGLOU - BEIDAJIE (CHANGE LINE 1) - WULUKOU (4CNY)
BUS 306 : WULUKOU - TERRA COTTA (7CNY)
Berpandukan Xian Metro Map kitaorang akan ke Terra Cotta Warriors hari ini (Itenarari sebulan dah siap). Jarak antara hostel ke Stesen Zhonglou hanyalah 100m sahaja, Kemudian akan 'exchange' di Stesen Beidajie untuk ke Stesen Wulukou. Keluar sahaja dari Stesen Wulukou, pastikan berjalan kearah kanan dan terus ke Jambatan City Wall sehingga nampak Bangunan China Post. Di situlah bas no. 306 ke Terra Cotta Warriors dan petugas bas akan menjerit Bing Ma Young. Tiket 5CNY sehala dan ambil masa 2 jam perjalanan.
BUS 306 : WULUKOU - TERRA COTTA (7CNY)
Berpandukan Xian Metro Map kitaorang akan ke Terra Cotta Warriors hari ini (Itenarari sebulan dah siap). Jarak antara hostel ke Stesen Zhonglou hanyalah 100m sahaja, Kemudian akan 'exchange' di Stesen Beidajie untuk ke Stesen Wulukou. Keluar sahaja dari Stesen Wulukou, pastikan berjalan kearah kanan dan terus ke Jambatan City Wall sehingga nampak Bangunan China Post. Di situlah bas no. 306 ke Terra Cotta Warriors dan petugas bas akan menjerit Bing Ma Young. Tiket 5CNY sehala dan ambil masa 2 jam perjalanan.
Jam 12.00 tengahari kitaorang sampai di Terra Cotta Warriors. Kuanter tiket tidaklah sesak pada waktu ini dan tiket masuk ialah 120CNY. Apa-apa pun kitaorang makan luu.... Sambal Che Nor bervariasi bersama nasi yang dimasak di hotel pagi tadi. Pehh! Selera makan dalam suasana dingin 3 Cesius.
Apa yang menarik sehingga kitaorang datang ke Terra Cotta Warriors ini? Meh! Aku ceritakan serba sedikit. Jika nak detail google la. Seramai 8099 tentera Terra Cotta dalam bentuk seni patung dikebumikan bersama Maharaja China pertama Qin Shi Huang pada tahun 210 SM.
Di Kompleks Terra Cotta Warriors ini terdapat 4 Pit. Pit satu adalah makam bangsawan di lorong-lorong Istana. Pit dua adalah tentera dan kereta perang. Pit tiga adalah komando & pegawai atasan. Pit empat masih lagi dalam pencarian. Setelah 2 jam di sini kitaorang pun pulang.
BUS 306 : TERRA COTTA - WULUKOU (7CNY)
METRO : (LINE 1) WULUKOU - BEIDAJIE (CHANGE LINE 2) - ZHONGLOU (4CNY)
Jam 3.15pm bas no. 306 gerak kembali ke bandar Xian dan tiba jam 5.00pm dan kitaorang melanjutkan penerokaan ke Xian Drum Tower dan juga ke Muslim Quarter. Di Xian Drum Tower ini kitaorang hanya bergambar di luar saja sebab dah nak tutup.
Muslim Quater memang 'happening' tetapi kitaorang ke Great Mosque of Xian untuk selesaikan tanggungjawap kepada Allah dulu. Inilah cerita serba sedikit tentang salah satu masjid tertua di China. Dibina pada zaman pemerintahan Maharaja XuanZong pada tahun 685M. Hahaha....gambar kenangan bersama salah seorang jemaah yang sudi.
Di sepanjang jalan Muslim Quarter ini memang syurga makanan halal di Xian. Macam-macam jenis makanan ada daripada kuih-muih sehingga nasi dan mee. Paling aku kempunan adalah sup kaki kambing sebab perut dah kenyang dengan kuih-muih. Kebab kambing....Sate kambing....Pehh!! Harga pun murah dan sedap-sedap belaka.
Kaki pun dah nak sakit gaut sebab banyak sangat berjalan hari ini. Selesai saja acara penuhkan perut, dalam jam 8.00 malam kami berjalan pulang sejauh 800m ke hotel. Cenderahati yang murah-murah pun banyak di jual di lorong ke masjid. Kira puas hati dowh.
HARI KETIGA - AHAD, 05.01.20
METRO : (LINE 2) ZHONGLOU - BEIKEZHAN (4CNY)
Selepas subuh, kitaorang dah 'checked out' dan terus ke Stesen Zhonglou untuk ke Xian North Station (Xi'anbei Railway Station) tetapi sebelum itu amik gambar Xian Bell Tower yang betul-betul di hadapan hostel. Bye! Bye Xi'an. See you Beijing.
Tiket Speed Train dari Xi'an ke Beijing telahpun kami tempah melalui KLOOK sebulan sebelum berangkat ke China dengan harga tiket RM301.49 (Kelas 2). Cara-cara nak tuntut tiket sebenar ialah dengan membawa Voucher KLOOK tersebut dan tunjukkan Passport di kuanter tiket. Kita akan diberikan tiket seperti kad ATM. Mudah je kan.
Memang teruja sangat naik Speed Train ini. Maklumlah tak pernah naik. Speed Train ini berlepas tepat jam 9.18am dan akan tiba jam 2.00pm. Perjalanan daripada Xian North ke Beijing West mengambil masa 4 jam 30 minit (1,100km) dan hanya akan berhenti di stesen yang besar saja dengan kelajuan diantara 280 ke 306 kmj. Di dalam Speed Train ini ada menjual macam-macam makanan tetapi kitaorang hanya membeli buah-buahan saja sebab semuanya tidak halal. Kitaorang makan bekal nasi yang dimasak di hotel tadi dengan sambal Che Nor dan sotong gergasi yang dibeli di Muslim Quarter malam tadi.
Wow! Ada salji! Suatu pemandangan indah yang tak pernah dilihat ketika perjalanan Speed Train. Ya Allah...tuhanku. Aku berdoa, semoga aku akan dapat merasai salji di Beijing nanti. Dengar cerita Beijing sudah 4 tahun tidak ada salji cuma suhu sejuk saja. Huhuhu.
Sambung ke Part 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan