Kali kedua dalam tempoh 15 tahun KSRT mengadakan program rekreasi bersama keluarga di Hatyai pada 25-28hb Januari 2013. Aku dan Syed Shahrul telah diberikan tanggungjawap untuk mengendalikan percutian yang disertai oleh seramai 70 orang dengan menaiki 2 buah bas. Seronok dan amat berjaya.
Thai House Honey Hadyai
Kedai ini menjual produk madu Diraja Thai, istimewa madu lebah di sini ialah ianya dihasilkan oleh lebah yang mengambil gula daripada bunga pokok popi. Getah daripada pokok popi inilah menghasilkan ganja. Tetapi madu ini tidaklah menghayalkan dan khasiat bunganya memang tinggi. Raja Thai mengharamkan rakyatnya menanam pokok ini tetapi mempunyai ladang berpuluh hektar untuk hasilkan madu lebah ini di Chiang Mai. Aku belilah satu, harganya RM89.
Memang unik. Menjual dan memasak makanan dari atas sampan di tebing sungai Klong Hae. Makanannya pelik-pelik, unik dan kreatif. Tapi usah risau, semuanya dijamin halal. Harganya pun memang murah. Aku makan dan makan lagi seperti tom yam, mee ikan, ikan bakar, telur bungkus dan beraneka jenis kuih-muih tradisi Hatyai. Memang sedap. Selepas solat di surau di situ aku makan lagi.
Bukit Tang Kuan Hilltop, Songkla dan untuk ke puncak perlu menaiki Lift. Dari situ , dapat melihat panorama di sekitar bandar Songkla. Di puncak bukit ini hanya terdapat kuil budha dan mengikut kepercayaan mereka, sesiapa yang hendak cintanya kekal abadi maka abadikanlah anak kunci dan gantungkan di situ. Mengarutlah.
Shamila Beach
Pantai ini menjadi tumpuan setiap pelancong ke Songkla. Menariknya di sini, hanyalah pada tugu patung duyung yang menjadi mitos masyarakat setempat. Tapi gerai-gerai jualan cenderamata di sini memang murah dan aku memboronglah sedikit untuk kawan-kawan. Restoran Halal pun ada di situ. Sedapnya tom yam....lain dari Malaysia.
Monumen Naga
Sepanjang pantai Shamila juga terdapat 3 tugu patung naga yang dibahagikan kepada ekor, badan dan kepalanya. Mengikut kepercayaan mereka, pada masa dahulu naga inilah yang menjaga kemakmuran tanahair mereka.
Laksa Siam & Asam Rebus Siam
Akhirnya.... berjumpa juga dengan makanan yang ingin aku rasa sangat di Thailand iaitu Laksa Siam dan Asam Rebus Siam. Laksa Siam yang dimakan bersama dengan pelbagai ulam-ulaman memang sedap. Lebih kurang seperti laksam cuma kuahnya berwarna kuning dan ulam-ulaman tidak dihiris. Ikan Asam Rebus Siam pula, memang pedas giler tapi sedap giler memang giler. Sempat juga aku pelajari resepinya daripada pemerhatian dan rasa.
Tut-tut adalah kenderaan yang popular, mudah dan murah jika ingin pergi ke mana-mana di Hatyai. Tambangnya cuma Baht20, kira-kira RM1.90 sahaja. Hotel Green View agak selesa dan cuma RM90 semalam. Tak jauh dari tempat shopping. Hanya 600m berjalan kaki ke Kim Yong Market.
Gerai Jualan Sekitar Hatyai |
Pasar Malam di Le Garden Plaza |
Raymu Chesnewnut Factory |
Shopping @ Hatyai
Bagi kaki shopping, memang banyak terdapat tempat-tempat untuk membeli belah di Hatyai. Antara barangan adalah seperti cenderahati, T-Shirt, pakaian, beg, CD, peralatan tentera, mainan, barangan elektrik, jam, kasut dam macam-macam lagi. Sesiapa yang handal tawar menawar dapatlah harga yang murah. Aku cuma beli T-Shirt kenang-kenangan dari Hatyai untuk semua kaum kerabat keluargaku.
ITENARARI
HARI PERTAMA - JUMAAT, 25 JAN 13
10.30 | am | Bergerak dari TCI, Bandar Baru Bangi |
HARI KEDUA - SABTU, 26 JAN 13
05.30 11.30 01.00 02.00 03.00 05.00 07.00 | am am pm pm pm pm pm | Sarapan di RNR Gurun Makan Tengahari di Restoran Thai Malay Shopping di Thai House Honey, Hatyai Shopping di Raymu Chesnewnut Factory Shopping di Noora Plaza Lawatan ke Floating Market Daftar Masuk ke Green View Hotel |
HARI KETIGA - AHAD, 27 JAN 13 | ||
08.00 | am | Sarapan di Restoran Rohana, Hatyai |
10.00 | am | Lawatan ke Tugu Dragon, Songkla |
11.00 | am | Lawatan ke Tang Kuan Hilltop, Songkla |
12.30 | pm | Lawatan ke Shamila Beach, Songkla |
01.30 02.30 03.30 05.30 06.30 08.00 | pm pm pm pm pm pm | Makan Tengahari di Restoran Shamila Beach Lawatan di Muslim Village, Songkla Lawatan ke Chang Puak Camp Elephane Shopping di Plaza, Hatyai Rehat Sekejap di Green View Hotel Shopping di Nite Market at Le Garden Plaza |
HARI KEEMPAT - ISNIN, 28 JAN 13 | ||
09.30 | am | Daftar Keluar di Green View Hotel |
10.00 | am | Sarapan di Restoran Muslim, Hatyai |
11.00 | am | Shopping di Pasar Borong Hatyai |
12.30 | pm | Makan Tengahari di Restoran Muslim, Danok |
02.30 | pm | Bye Bye Sempadan Thailand & Malaysia |
10.00 | pm | Tiba di Bangunan TCI, Bandar Baru Bangi |
PAKEJ INI TERMASUK BAS, HOTEL DAN SEMUA PENJALANAN LAWATAN - RM280 SEORANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan