MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

8.7.13

Kasut Raya Filzah



Seorang budak perempuan amat sedih kerana rakan-rakannya telahpun membeli kasut raya. Setiap hari dia menunggu kasut rayanya tetapi ayahnya masih belum membelinya lagi. Kemudian dia cuba menabung untuk membeli kasut raya dengan segera. Tiba-tiba seliparnya bertukar kepada kasut raya yang diidamkan dan dia sungguh gembira dapat menyambut Hari Raya dengan kasut yang baru.


Born of Silence



Bebanan hutang telah menjadi tekanan kepadanya sehingga mengambil keputusan yang merugikan diri dengan membunuh bosnya kerana tidak memberikan bonus dan kenaikan gaji tahunan. Akhirnya dia telah dijatuhkan hukuman gantung dan keluarganya yang menerima padah kesengsaraan itu.

7.7.13

Hantu 7


7 tahun dahulu di syarikat ini berlaku penyalahgunaan wang syarikat oleh Pengurus Besar Kewangan dan seorang pekerja wanita telah dibunuh kerana telah mengetahui rahsia tersebut. Roh wanita tersebut menjelma semula kerana kisah sepertinya berulang kembali oleh Pengurus Besar Kewangan yang baru. Roh itu cuba memberitahu kerani lelaki ini tentang salahguna perekodan akaun.

..... tapi shooting video ini terpaksa dihentikan pertengahan jalan kerana telah berlaku perkara tidak diingini di tempat lokasi dijalankan.....dan ianya benar-benar berlaku.