MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

6.12.19

Sapa & Hanoi 2019

HARI PERTAMA - SABTU, 07.12.19
Sapa di Hanoi tu? Weii istriku, jom gerak. Malindo Air dah tunggu. Sekali-sekala belanja istri Kelas Bisnes RM792 seorang (pergi balik tu). FauDes berlepas jam 9.50am dan tiba di Hanoi jam 12.05pm (tepat tu). Sampai sahaja di No Bai International Airport, FauDes beli simkad 250,000VND supaya boleh berkomunikasi dengan pemandu Van Limousin yang akan menjemput untuk terus ke Sapa.  

Jam 3.30pm Van Limousin (USD22 seorang) pun sampai dan perjalanan ke Sapa mengambil masa 5 jam termasuk berhenti di RNR. Di RNR dah kena pakai jaket sebab dah sejuk macam Cameron Highland. 

Sampai je di Sapa dah jam 8.30 malam. Van Limosin hantar betul-betul di depan Cosiana Hotel dan selepas 'checked in' perut pun lapar sesangat. FauDes pesan makanan di Cafe hotel dan hantar ke bilik (160,000VND). Pehh...Sup Sayur panas2 dan Nasi Goreng betul menusuk kalbu.

HARI KE DUA - AHAD, 08.12.19
Jam 7.00 pagi dah siap2 nak sarapan (included) di Cafe Cosiana Hotel (Ada Sijil Halal). Menu sarapan boleh tahan banyak dan boleh tahan sedap dan yang tak boleh tahan.....makan di suasana 'view' Subhanallah cantik nyerrr....yang paling tak boleh tahan suhunya 4 Celsius.

Jam 8.00 pagi kami menunggu 'Tour Guide' di depan hotel. Pakej lawatan Cat Cat Village RM100 seorang (included lunch & enterance fees) dibeli melalui KLOOK seminggu sebelum ke Vietnam. FauDes bersama 3 pelancong dari Ho Chi Minh dan 'Tour Guide' seorang wanita yang berpakaian tradisional etnik Sapa.

Selama 3 jam di Cat Cat Village, 'Tour Guide' bersemangat bercerita tentang kehidupan etnik Sapa dalam Bahasa Inggeris. Kami semua perlu turun bukit sejauh 2000m untuk sampai ke perkampungan ini dengan kiri kanan terdapat gerai jualan cenderamata dan makanan. Bila sampai, bagaikan terpukau melihat keindahannya terutama 'Old Hydro Poer Station' dan air terjun. Kemudian dipersembahkan dengan tarian etnik Sapa selama 30 minit.

Jam 11.00 lawatan kami tamat dan minta hantar pulang ke hotel dan 'skip lunch' sebab tak halal pun. Di hotel FauDes makan bekal yang dibawa dari Malaysia. Lepas solat Jamak di hotel, FauDes sambung berjalan-jalan ke Fansipan Legend pula. Dari hotel ke Sun Plaza hanya 300 meter sahaja. Di sinilah 'enterance' ke Fansipan Legend. Tiket 'all in return' adalah 750,000VND

Dari stesen Sun Plaza, keretapi ini akan bergerak sejauh 2 km ke stesen Fansipan di Lembah Moang Hoa dan sepanjang perjalanan akan melalui terowong, melintasi jambatan dan dapat melihat keindahan persekitaran perkampungan di Lembah Moang Hoa.

Dari stesen Fansipan di Lembah Moang Hoa perlu berjalan lagi sejauh 400 meter untuk sampai ke stesen 'cable car' Sunworld, Fansipan Legend bagi menyambung perjalanan ke stesen Gunung Fansipan. Jarak perjalanan antara stesen 'cable car' ini adalah sejauh 1,400 meter selama 15 minit.

Di stesen Gunung Fansipan, terdapat beberapa kedai cenderamata dan restoran. Dari sini FauDes boleh menyaksikan keindahan pergunungan ini. Kemudian kami perlu berjalan 300 meter lagi ke stesen keretapi mendaki bukit untuk perjalanan ke stesen Puncak Fansipan pula.

Akhirnya sampai juga di stesen Puncak Fansipan dan memanjat beberapa anak tangga lagi kami pun sampai di Puncak Fansipan. Puncak Fansipan ini merupakan puncak yang paling tinggi di Indocina iaitu dengan ketinggian 3,143 meter. Subhanallah 'view' dari sini lagi menarik.

Jam 3.00 petang FauDes mula nak gerak turun. Sebenarnya di Puncak Fansipan ini ada sebuah patung Budha yang sangat besar dan beberapa kuil. Kami tak teringin pun nak amik foto-foto tu. Hahaha. Di dalam 'cable car' ini hanya ada kami berdua sahaja. Fansipan Legend ini dibuka daripada jam 7.00am - 5.30pm.

'View' yang menakjubkan ciptaan Allah. Sampai sahaja di Stesen terakhir di Sun Plaza, hari pun mulai gelap. Jam 5.30 petang dah Maghrib tu. FauDes langsung ke Sapa Night Market. Perjalanan ke sana lebih kurang 1500 km dan FauDes bersantai-santai berjalan kaki.

Jam 6.30 malam kami tiba di Cho Dem Night Market. Sepi saja pasar malam ini atau mungkin FauDes sampai awal sangat. Tak ade apa yang menarik perhatian di sini. Kalau nak melantak pun semuanya tak halal. Akhirnya FauDes pulang semula ke hotel dan pesan makanan dan hantar ke bilik. Zzzzzzz.

HARI KE TIGA - ISNIN, 09.12.19
Hari ini adalah hari terakhir FauDes di Sapa dan jam 8.30pm Van Limousin (22USD seorang) akan mengambil FauDes di Cosiana Hotel dan sebelum itu kami bersarapan dulu. Pekerja hotel ini amat mesra dan banyak membantu. Hotel Cosiana pun mempunyai persijilan halal.

Selamat tinggal Sapa dan kalau ada rezeki boleh FauDes pergi lagi. 'Thank you' kerana angkat beg ke Sun Plaza sebab jalan depan Hotel Cosiana sesak teruk dan van tak boleh ke situ. Jam 9.00 pagi kami meninggalkan bandar Sapa.

Setelah 5 jam perjalanan, FauDes tiba di The Tourist Hotel, Old Quarter Hanoi. Ini merupakan kali kedua FauDes menginap di hotel ini. Setelah siap solat jamak, FauDes terus ke pasar Cho Dong Xuan yang hanya 400 meter dari hotel.

Pasar Cho Dong Xuan merupakan pasar borang yang menjual bermacam-macam barangan seperti barangan dapur dan pakaian tetapi dengan kuantiti yang banyak dapatlah harga yang murah dan jika membeli kuantiti sikit kena pandai tawar menawar. FauDes hanya membeli buah-buahan sahaja.

Dari Pasar Cho Dong Xuan, FauDes berjalan kaki lagi sejauh 1400 meter lagi ke Tasik Hoan Kiem. FauDes setakat bergambar sahaja di pintu masuknya sebab selepas itu akan ke Panggung 'Water Puppet Show' yang tidak jauh dari sini. 

Tiket 'Water Puppet Show' yang FauDes beli berharga 200,000VND (duduk barisan kerusi paling depan & dapat cenderahati). Harga mengikut kedudukan zon kerusi. Persembahan tradisional ini mengambil masa 1 jam. Walaupun dalam bahasa Vietnam tapi mudah sahaja memahaminya. 

Selepas tamat persembahan, FauDes bergerak pulang ke hotel dan sepanjang perjalanan bermacam-macam barang disambar untuk dibawa pulang ke Malaysia. Mur2 harganya.

HARI KE EMPAT - SELASA, 10.12.19
Kingkong Travel mengaturkan percutian FauDes ke Halong Bay (45USD seorang). Ini adalah kali ke 2 FauDes ke sini. Bas menjemput FauDes di depan hotel pada jam 9.00 pagi dan selepas itu menjemput kumpulan lain di setiap hotel. Jam 10.00 pagi bas bergerak dari Hanoi dan tiba di jeti Tuan Chau Harbour ke Halong Bay jam 12.00 tengahari. Masuk je ke 'cruise' semua kumpulan ini yang dinamakan 'Circus' dijemput makan. FauDes memilih menu 'vegetarian' bersama pelancung USA. 

Perhentian pertama adalah di Bo Hon Island untuk melihat keindahan di dalam gua yang mana 'stalagmites & stalactites' membentuk pelbagai benda. Contohnya....hahaha.

Perhentian kedua adalah ke Luon Cave dengan menaiki 'bamboo boat' yang dimeriahkan oleh sorakkan pelancong-pelancong China.

Persinggahan terakhir adalah ke Ti Top Island dan terdapat sebuah bukit yang dapat melihat keseluruhan Halong Bay ini. FauDes pada percubaan pertama april 2019 lepas hanya mendaki setakat separuh bukit dan kali ini berjaya sampai ke puncaknya walaupun tercunggap2 tahap Gaban

Jam 5.00 petang kumpulan kami beransur pulang ke jeti dan dalam perjalanan FauDes sempat merakam saat-saat menarik. 'Tour Guide' rombongan kami tergesa-gesa nak pulang ke Old Quarter kerana ada 'live' perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea, Manila 2019 di mana Veitnam menang keatas Indonesia.   

HARI KE LIMA - RABU, 11.12.19
Hari ini adalah hari terakhir FauDes di Hanoi. Sebelum kereta ke 'airport' (12USD) menjemput jam 10.00 pagi, FauDes bersarapan di sebelah Masjid An-Nur. Pehh!! Enaq banget Pho panas2 dengan cakoi yg garing. Halal doe.... 105000VDN sekali air minuman.

Terima kasih PakCik sebab sediakan makanan halal untuk FauDes. Sungguhpun hanya terdapat 3 kedai makan halal di Hanoi tapi di Kedai Circle K (24 Jam) di Old Quater, terdapat banyak makanan-makanan halal yang boleh dikunyah.

Sepatutnya penerbangan pulang jam 12.50 tengahari tapi 'delay' ke jam 3.00 petang dan Malindo Air telah memberikan baucer makanan di 4 restoran yang terpilih. #malindoair. Disebabkan semuanya restoran tidak halal, FauDes hanya minum secakir kopi pahit.

Kos perbelanjaan selama 5 hari 4 malam tidak termasuk makan & 'shopping' adalah RM1,705.00 seorang.