MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

6.6.14

Ho Chi Minh Jun '14

96 atau 9 Jun 2014.
Ini kali ke 2 aku ke Ho Chi Minh..... dalam tempoh 12 bulan tu.
Macam balik kampung jer.
Pehh! Kenyangnya perut..... makan Nasi Kari Hijau dalam perut Air Asia memang selera.
Aik! Terasa mengantuk pulak.
Zzzzz....... Sedar-sedar dah sampai di Tan Son Nhat International Airport.
Oooi! bas 152..... jangan gerak dulu. Aku nak kejar kau....
Berambus juga bas tu.
Aik!....Datang pula yang lain. Efisyen. Efisyen.

Hello Saigon! Haa....dah sampai pun di Halo Hotel.
Wah! bilik ada jendela sebabnya jarang hotel di sini yang bertingkap kecuali yang mahal-mahal.
Dapatlah aku lihat sebahagian bandar Ho Chi Minh City yang indah.

HO CHI MINH CITY. Merupakan syurga membeli-belah bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi kaum wanita Melayu.
Kenapa syurga untuk kaum wanita Melayu pula? Sebabnya kebanyakan yang dijual di sini ialah baju kurung, jubah, blaus, kain ela dan hiasan.
Bagaimana dengan kualitinya? Soal kualiti adalah nombor 2 tetapi harganya memang sesuai untuk golongan pertengahan. Amat murah!
Berbaloi ke? Masing-masing fikir yea....
Mudahkah nak jalan-jalan di bandar ini? Haa! Ini lakaran kasar peta JALAN-JALAN SEKITAR HO CHI MINH CITY yang aku buat sebagai panduan. Aku mulakan berjalan kaki di bandar ini daripada 8.00am sehinggalah 5.00pm.

HJH BASIROH COLLECTION, menjual telekong, kain ela, baju kurung siap dan blaus tetapi yang paling menarik di sini ialah telekong kerana berkualiti berbanding dengan kedai yang lain. Kita juga dipelawa ke rumah Hajjah Basiroh kerana di situ mempunyai banyak lagi pilihan dan boleh menggunakan kad kredit.

MY SANG, menjual baju kurung siap (cotton vietnam) dengan harga RM28 dan kalau beli banyak boleh kurang lagi. Saiz dari XS hingga ke 2XL. Selain itu, boleh tempah baju dan siap dijahit dalam tempoh sehari sahaja.
ROKIAH COLLECTION, juga menjual fabrik seperti telekong, kain ela, baju kurung siap dan blaus. Agak murah juga untuk sebagai pilihan.

BEN THAN MARKET, macam-macam ada dijual di sini seperti kain ela, baju kurung siap, jubah, blaus, telekong, T-Shirt, baju kemeja, hiasan, cenderamanta, gerai-gerai makan yang tak halal, bunga, beg, kopi, kekacang, ikan & sayur. Ada sesetengah kedai di bahagian luar harganya adalah tetap. Tetapi di bahagian dalam masih boleh tawar-menawar hingga boleh pusing kepala.

KAKI LIMA BEN THAN, peniaga jalanan di sekitarnya menjadi pilihan bagi orang Vietnam untuk menjamu selera terutamanya Pho Sup dan meneguk kopi. Terliur tengok peniaga buah menjual buah-buahan seperti buah dragon, durian belanda, durian, jambu batu, laici, limau dan bermacam-macam lagi yang segar bungar.

INDIAN JAMIA MUSLIM MOSQUE, masjid ini terletak di Jalan Dong Du dan betul-betul bersebelahan Hotel Sheraton. Senang saja mencarinya, arah kiri dari Opera Hall. Siapa-siapa yang jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, silalah datang ke masjid ini dan jangan lupa bersedekah untuk masjid ini.

HANDICAPPED HANDICRAFTS, kilang ini dibuka untuk mangsa-mangsa perang Vietnam yang cacat anggota yang bekerja untuk mencari nafkah hidup dan sekarang dibuka juga untuk mana-mana OKU di sana. Di sini mereka membuat kraftangan yang sangat bermutu tinggi daripada kulit cengkerang. Di ruang pameran, dijual semua hasil kraftangan tersebut tetapi agak mahal harganya.

WARUNG SAIGON 1MALAYSIA, di sini setiap hari aku sarapan, makan tengahari dan makan malam akan makan Pho Sup dan Popiah Vietnam. Sedap!!! Kalau nak makan makanan citarasa Malaysia di Vietnam, baiklah makan di Malaysia sahaja. Mencari makanan halal di sini tidaklah susah. Banyak restoran halal ada di sini seperti Restoran Hajjah Basiroh, Warung Saigon 1Malaysia, Restoran Serai, Restoran Bawang Halal dan ada lebih kurang 20 restoran halal di sini. Soal harga makanan yang mahal janganlah dipertikaikan kerana mungkin pengusahanya sukar untuk mendapatkan barang-barang yang halal. Bolehkah JAKIM bantu persijilan halal mereka?

CITY TOUR, seperti lakaran peta aku. Mulalah xpdc berjalan kaki untuk menjenggah sekitar Bandar Ho Chi Minh.
Ho Chi Minh City Hall menjadi tempat tumpuan pelancong kerana senibina yang klasik dan di depannya terdapat tugu Ho Chi Minh. Berhampirannya terdapat juga Saigon Opera Hall.

Tu...ha...ada pakej pelancongan masakan tradisi Vitnam.... berkongsi rahsia masakan dengan mereka..... tetapi tak sesuai dengan orang Islam.... ada babi tu!
Pejabat Pos Ho Chi Minh yang kaya dengan senibina Perancis dan tergantung potret Ho Chi Minh.

Jumpa lagi HCM di lain waktu.

Tiada ulasan: