MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

9.10.14

Bandung Yuk! Oct 14

"Jom! kita ke Bandung."
"Aku mau cari Mee Bandung di sana."
".......dan Air Sirap Bandung."

"Yuk! Mulakan BxPx ke Bandung hari ini..."
Soekarno Hatta International Airport merupakan pintu utama masuk ke Jakarta dan yang ke 10 tersibuk di dunia. Sekarang ini sedang dalam proses pembesaran terminal dan pemodenan infrastuktur. Dijangka siap sepenuhnya sebelum Jakarta menjadi tuan rumah Sukan Asia ke 18 pada tahun 2018. 
"Haa! Tu dia.... Hermawan, supir kita udah tunggu." 
Cilok kiri....cilok kanan..... Si Wawan kejar masa nak ke Bandung. Sampai dah nak terkencing aku dibuatnya.
Perjalanan di Lebuhraya Jakarta ke Bandung memang macet. Jarak diantara SHIA ke Bandung adalah lebih kurang 177km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam jika tidak macet.
"Ooi....Wawan berhenti sekejap di RNR."
Besar jugak RNR di sini. Lapar pulak perut aku ni.
"Jom makan di Restoran Nasi Padang"
Memang enak....memang puas hatilah. 
Sampai ajer di New Sany Rosa Hotel. Aku dah nak berdengkur, "Kruk...krok....swing.....syyy".
"Aku nak makan sarapan banyak-banyak di cafe hotel ni......sekejap lagi nak mendaki Gunung Tangkuban Perahu."
Tangkuban Perahu adalah kawah gunung berapi yang paling popular di Indonesia dan menjadi tempat yang wajib dikunjungi kepada mereka yang pertama kali ke Bandung. Jaraknya hanya 20 km dari Kota Bandung iaitu lebih kurang 55 minit perjalanan jika tidak macet. Tiket masuk ke sini berjumlah IDR75,000 dan dikatakan akan meningkat mulai 1 Nov 2014. Gerai-gerai cenderamata banyak di sekitarnya tetapi skil tawar-menawar amat perlu. Jika anda rimas dengan perayu penjual.... katakan, "Sudah sering ke sini dan terima kasih."

"Subhanallah..... ini ke rupanya kawah gunung berapi." Tak pernah tengok sebelum ini.
Ketinggian gunung ini dari aras laut ialah 2.084 meter dan mempunyai suhu sekitar 17 darjah celcius. Pemandangan dari atas puncak gunung ini amat cantik. Kisah percintaan di antara Sangkuriang dengan Dayang Sumbi menjadi kisah lagenda terbentuknya Gunung Tangkuban Perahu ini. 

Floating Market di Lembang tidaklah sehebat di Hatyai, Thailand. Tapi agak bagus juga sebagai tambahan tempat wisata di Bandung. Takkan nak shopping jer.....kan. Tiket masuk ke sini berjumlah IDR10,000 dan kaedah pembelian menggunakan kupon berbentuk coin. Di sini pelbagai makanan dari daerah di Pulau Jawa dijual dan harganya tidaklah begitu mahal. Perut ni.... hanya boleh menjamah Singkong Keju, Pau Doremon, Pisang Keju dan air kopi yang diberikan gratis.

Saung Angklung Udjo merupakan salah satu lokasi pelancungan budaya Sunda yang harus dilawati oleh mereka yang ke Bandung. Dibuka oleh Udjo Ngalegena bersama isterinya pada tahun 1967. Tiket masuk ke pertunjukan muzik angklung ini berjumlah IDR100,000. Di sini juga terdapat jualan cenderamata dan T Shirt di sini berkualiti dan coraknya berbeda dengan yang lain di Bandung.

Setiap saat...saatnya... Baso Samar 2.... 100% daging sapi.... Biasa-biasa saja rasanya. Makan dengan alunan pemuzik jalanan. Kemudiannya ronda-ronda di Cihempelas Walk mencari-cari penjual-jual untuk ditabur rupiah. Sambar juga beberapa helai T Shirt untuk kenangan.

Bandung sememangnya terkenal dengan Factory Outlet dan mememang bersepah-sepah di sana. Wanita-wanita pasti akan teruja, asalkan sediakan rupiah sahaja. Heritage, Anak Kecil dan Rumah Mode Factory Outlet menjadi pilihan aku kali ini. Di Kartika Sari, aku membeli Brownies Cake untuk dibawa pulang.

"Mana Mee Bandung......? Mana Air Sirap Bandung?"
"Yang ada..... Bakso.... Nasi Padang"
Pencarian selama 4hari 3malam di Bandung berakhir dengan pasti bahawa Mee Bandung dan Air Sirap Bandung adalah resepi sebenar Malaysia....lagi sekali.....dari Malaysia. 

Tiada ulasan: