MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

16.5.13

Cameron Highlands Jun 2013

Seramai 40 pasukan telah menyertai 10th TCI Fun Hunt, Bangi - Cameron Highlands pada 22hb Jun 2013 dan Pasukan Sambest 220613 menjadi pasukan Early Bird bagi kategori TCI manakala Pasukan Lanun Darat pula bagi kategori terbuka.

 
Gelagat peserta sedang mencari jawapan harta karun disekitar Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Walaupun dalam keadaan berjerubu tebal di Puchong, peserta-peserta kelihatan begitu bersemangat.

 Tergambar kegembiraan semua peserta yang telah tiba di Kuala Selangor untuk ke Bukit Melawati.

Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi di Bukit Melawati memang sukar dilupakan oleh peserta.

 Aktiviti memanah dan menembak di Gua Tempurung sebenarnya menguji tahap mentaliti dan stamina semua peserta.

Majlis Penutup telah diadakan di Conference Ballroom, Century Pines Resort, Cemeron Highlands dan TAIPING MARI sebagai pemenang Cabutan Bertuah Pertama, FAMILI 7448 berjaya menjadi Famili Terbaik, Juara Kategori Terbuka telah dimenangi oleh pasukan HOT TOPPI dan bagi juara Kategori Tertutup pula telah dimenangi oleh pasukan MAT SENGGEH.

10th TCI Fun Hunt, Cameron Highlands 2013 telah berlangsung dengan meriah sekali dan telah mencapai matlamatnya. Diharapkan kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.