Aku bersama 7 lagi rakan2 jalan2 ke Bangkok untuk 3 hari 2 malam (21-23 Feb 2019). Ini kembara 'Backpackers' dan yang pasti tidak selesa dan penat. Ini bukannya VVIP. Hahaha!
Adehh! Ringgit menyusut teruk berbanding Baht iaitu 100THB = 13.06500MYR
DAY 1
Dari KLIA2 jam 4.00pm dan kami tiba di Don Mueng Airport jam 5.15pm. Selesai saja urusan imigresen, masing-masing ke kedai jual SIMCARD. Cukuplah 4GB untuk 5 hari (harga 170B). Kemudian bergegas ke Pintu 5 dan naik bas A1/A2 ke Stesen BTS Mo Chit (Tiket 30B) untuk ke Stesen BTS Ratchathewi (Tiket 40B). Lepas tu jalan kaki 500m ke Samran Place Hotel. Nama pun BxPx.
Lepas-lepas mandi-manda, perut-perut yang kering-kontang pun minta makan. Peh! Makanan di Farida Fatornee memang sedap. Tomyam Seafood, Bihun Tom Yam, Nasi Goreng dan Telor Dadar memang terangkat. Tapi harga boleh tahan (1,400B untuk kami semua). PauDes tengok semua dah terbungkang kekenyangan. Jom kita semua naik tut-tut ke Neon Nite Market (100B setut-tut). 20% beg kena diisi dengan shopee di sini.
Dalam perjalanan pulang, Mr Fawzy singgah sebentar di Talai Thai Dried Seafood Centre. Tempat menjual barang-barang jualan keperluan barang2 basah dapur. Disebabkan untuk ke Asiatique masih awal lagi, Mr Fawzy bawa PauDes melawat ke Lhong 1919 iaitu lokasi restorasi budaya China di Thailand dan juga restoran serta pusat jualan cenderamata.
Sampai je di Jeti Tha Maharaj, PauDes berjalan kaki 500m untuk ke The Royal Grand Palace. Maaa Aii! Panjang giler pelancong China beratur dan memang padat dalam komplek istana tersebut. Selepas foto2 untuk IG.FB sampai bosan, Paudes bergegas ke Chatuchak Weekend Market sebab 80% isi kandung beg belum terisi lagi.
Dari BTS Saphan ke BTS Mo Chit (Tiket 44B) untuk shopee di Chatuchak Weekend Market. PauDes ambil masa 5 jam untuk membeli belah dan dengan bangganya beg kami telah beranak untuk diusung pulang ke Malaysia. Jumpa lagi Bangkok.

DAY 2
Mr Fawzy, supir di Bangkok beritahu akan tiba lewat sedikit di hotel. Ok! Ok! Take times Fawzy. Ada masa PauDes bersarapan di hotel sampai lebam. Destinasi PauDes hari ini ialah ke Maeklong Market, Floating Market dan Asiateaque.
Selepas itu Mr Fawze mahu solat Jumaat dan dibawanya PauDes di sebuah ceruk kampung. Sambil dia solat, kami yang musafir lepak makan-makan di restoran kecil sebelah masjid. Akhirnya di sini aku menjumpai Laksa Siam di Bangkok. Amat menyelerakan dan sepinggan hanya RM2.50 sahaja.
Perjalanan dari Bangkok ke Maeklong ambil masa 2:30 jam. Sampa-sampai saja pelancong2 luar dah siap2 ambil tempat untuk merakamkan saat2 keretapi melalui di pasar tersebut. PauDes pun apa lagi, curi peluang la jugak. Pasar ini sebenarnya kawasan menjual pelbagai buah-buahan tempatan dan keperluan dapur. Durian Siam! 100B sepangsa. Ok la rasanya. Ada sebuah sahaja gerai Muslim yang menjual air kopi. Sedap. Jika ke situ bantulah dia.
Kemudian PauDes ke Floating Market yang tidak beberapa jauh dari Maeklong Market. Sebuah bot boleh dinaiki 4 orang dengan harga 2000B dan kami menyusuri sungai selama 1 jam sambil lihat-lihat cenderamata dan makanan yang dijual penduduk kampung. Tak ada apa dibeli setakat minum air kelapa ais krim saja bagi membasah tekak.
Dalam perjalanan pulang, Mr Fawzy singgah sebentar di Talai Thai Dried Seafood Centre. Tempat menjual barang-barang jualan keperluan barang2 basah dapur. Disebabkan untuk ke Asiatique masih awal lagi, Mr Fawzy bawa PauDes melawat ke Lhong 1919 iaitu lokasi restorasi budaya China di Thailand dan juga restoran serta pusat jualan cenderamata.
Haa....Jam 4.30pm PauDes sampai juga di Asiatique. Selepas itu masing2 dah lapar dan PauDes makan petang pulut ayam, pulut mangga dan kuih muih di gerai2 halal di luar Masjid di hadapan Asiaique. Di Asiatique kami hanya foto2 untuk upload IG.FB dan lawatan hari ini diakhiri dengan shopee T Shirt di MBK Mall dan Hardrock Cafe Bangkok.
DAY 3
Hari ini adalah hari terakhir PauDes di Bangkok. Flight pulang jam 9.00 malam dan tujuan pertama pagi2 ini adalah melawat The Royal Grand Palace. Dari BTS Ratchathewi ke BTS Saphan (Tiket 40B) dan kemudian berjalan kaki 50 meter ke Jeti Saphan. Di jeti itu PauDes ke kuanter CHAO PHRAYA TOUR - Blue Flag Cruise untuk beli tiket bot (200B pergi balik).
Sampai je di Jeti Tha Maharaj, PauDes berjalan kaki 500m untuk ke The Royal Grand Palace. Maaa Aii! Panjang giler pelancong China beratur dan memang padat dalam komplek istana tersebut. Selepas foto2 untuk IG.FB sampai bosan, Paudes bergegas ke Chatuchak Weekend Market sebab 80% isi kandung beg belum terisi lagi.
Dari BTS Saphan ke BTS Mo Chit (Tiket 44B) untuk shopee di Chatuchak Weekend Market. PauDes ambil masa 5 jam untuk membeli belah dan dengan bangganya beg kami telah beranak untuk diusung pulang ke Malaysia. Jumpa lagi Bangkok.
Salam perkenalan Zanariah dan Azlin (Sahabat Contek)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan