MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

9.10.18

Java Jaulah 2018

Indonesia dilanda gempa bumi dan tsunami di Palu dan di Donggala. Kemudian di Sumba. "Janganlah pergi...bahaya." Itulah kata-kata sahabat-sahabat. Projek ini dinamakan JAVAJAULAH. Bermula di Kuala Lumpur - Jakarta - Bandung - Jogjakarta - Surabaya - Bromo - Bali - Kuala Lumpur dan mengambil masa 5 hari 4 malam. Perjalanan ini memang perlukan perancangan yang teliti terutama percaturan masa.

TRANSPORT = RM906.17
 AirAsia  KLIA2 - Jakarta (seat & meal) = RM88.00 (airasia.com)
 Kereta Api Bandara  Stasiun Bandara - Stasiun BNI City = RM18.47 (mesin tiket)
 Gojek  Stasiun Sudirman - Stasiun Gambir = RM2.80 (gojek.com)
 Kereta Api Indonesia  Stasiun Gambir - Stasiun Bandung = RM27.83 (Tiket.com)
 Lion Air  Bandara HIS Bandung - Bandara AIA Jogjakarta = RM202.85 (Airpaz)
 Sriwijaya Air  Bandara AIA Jogyakarta - Bandara JIA Surabaya = RM104.28 (Tiket.com)
 Sriwijaya Air   Bandara JIA Surabaya - Bandara NRIA Bali = RM112.13 (Airpaz)
 Malindo Air  Bandara NRIA Bali - KLIA = RM349.81 (malindoair.com)

SUPIR = RM420.00
Bandung +6282115518790 - Mas Wawan/Pak Uwat = RM84.00
Jogjakarta +6282139382778 - Pak Tono = RM98.00
Surabaya +6281327435628 - Pak Kipli/Pak Basuki = RM168.00
Bali +6285935105557 - Mas Dicky = RM70.00

ADMISSION FEE = RM214.20
Kawah Putih  - RM25.20 seorang
Padang Pasir Gumuk - RM14.00 seorang
Gunung Bromo - RM175.00 seorang

PENGINAPAN = RM206.96
Bandung - Grand Sovia Hotel = RM51.43 (sebilik RM102.86) Sarapan
Jogjakarta - Sofyan Inn Unisi Hotel = RM47.57 (sebilik RM95.13)
Bromo - Hotel Bromo Permai = RM69.23 (sebilik RM138.45) Sarapan
Bali - Secret Garden Inn Kuta  = RM38.73 (sebilik RM77.46) Sarapan

 RM1,747.33 - Jumlah perbelanjaan tidak termasuk makan minum dan membeli belah 

 DAY 1, 4 OCT 2018 : KHAMIS 

 1.05 PM  Malam sebelum berangkat, terima message AirAsia. Flight jam 9.35am ditunda! Kepada 5.30pm. Alamak! semua itenari lari. Fikir punya fikir. Jom kita pergi pagi ini juga ke KLIA2 di kuanter Customer Services . Akhirnya disuruh tunggu jam 12.00pm untuk melihat kekosongan flight jam 1.05pm. Alhamdulillah, tiket berjaya diperolehi dan dapat duduk di Hot Seat pula.

 3.30 PM  Dari Terminal 3 SHIA, langsung ke Stesen SkyTrain di Tingkat 1 untuk ke Stesen Kereta Api Bandara dengan jarak perjalanan 15 minit. Kebetulan hari ini juga adalah ketibaan deligasi ke Sukan Para Asia Indonesia 2018.

 4.20 PM  Sampai sahaja di stesen Kereta Api Bandara, langsung ke mesin tiket dan pembayaran menggunakan kad kredit. Perjalanan ke Stesen BNI City selama 50 minit sahaja. Harga tiket IDR70.000 sehala.

 5.30 PM  Tiba di Stesen BNI City, kita orang terus menapak 500m untuk ke Stesen Keretapi Sudirman dan alhamdulillah kita orang dibantu oleh seorang pelajar universiti di Jakarta yang sungguh baik hati. Dia gunakan apps Go-Jek untuk memanggil motor bagi tujuan ke Stesen Gambir. Ikut itenari kita orang perlu naik bas tetapi melihatkan macet yang teruk, jadi kita orang memilih perkhidmatan gojek. Harga IDR10.000

 8.00 PM  Kereta Api Agro Parahyangan ke Bandung mempunyai kekerapan sejam sekali dan mengambil masa lebih kurang 3 jam 20 min. Perjalanan malam memang tidak menarik dan tiba di Stesen Bandung dalam jam 11.20pm. Kemudian terus ke Grand Sovia Hotel yang betul-betul di hadapan stesen. Harga tiket IDR100.000

 DAY 2, 5 OCT 2018 : JUMAAT 

 7.00 AM  Waktu begini di Bandung dah terang benderang. Pak Uwat dah lama menunggu di dalam keretanya, dan kita orang masih lagi menikmati sarapan di Grand Sovia Hotel. Wei! Macam-macam ada. Pak Uwat juga adalah supir yang sama pada kunjungan tahun 2014.

 9.00 AM  KAWAH PUTIH, destinasi pilihan #javajaulah di BANDUNG. Perjalanan  melalui lebuhraya ambil masa dalam 2 jam. Destinasi ini amat popular di kalangan pelancong kerana kecantikan air tasiknya yang kebiruan di kawah gunung berapi yang tidak aktif lagi. Harga tiket masuk untuk ke sana adalah IDR90.000 (Tiket masuk & van)

 12.30 PM  Ini merupakan kunjungan ke 4 di Bandung. Mana nak pergi lagi? Jom la menjamu mata dan mulut sekejap di Cihampelas sebelum berangkat ke Yogjakarta. Terima kasih Pak Uwat kerana melayani kita orang. Moga berjumpa kembali.

 2.30 PM  Kita orang tiba di Husein Sastranegara International Airport, Bandung sebelum 2 jam perlepasan. Alamak! Flight di tunda 1 jam. Lion Air ni agak selesa di ruangan kaki tapi penerbangan 1 jam 5 minit ni tiada disediakan makanan. Lapar dowh.

 6.30 PM  Sampai di hotel, hari sudah hampir masuk waktu Isyak. Sofyan Inn Hotel UNISI terletak berhadapan stesen keretapi Yogjakarta. Bilik memang selesa walaupun kecil. Supir kita orang di sini ialah Mas Tono iaitu supir yang sama ketika berkunjung ke sini April yang lalu. Malam ini, kita orang hanya berjalan-jalan di Jalan Malioboro yang sungguh meriah sambil makan dan shopping.

 DAY 3, 6 OCT 2018 : SABTU 

 8.00 AM  PADANG PASIR GUMUK, destinasi pilihan #javajaulah di YOGJAKARTA. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam 60 minit. Sebelum itu, kita orang bersarapan Mee Ayam di salah sebuah gerai di Pantai Parangtiris. Disebut juga sebagai Pantai Paris dan merupakan salah satu lokasi filem Ada Apa Dengan Cinta 2.

 9.00 AM  Kebetulan ada Kempen Amal Untuk Mangsa Tsunami Sulawesi iaitu menaiki jeep di persisiran pantai Parangtiris dengan bayaran ikut sumbangan ikhlas masing-masing. Apa lagi.... gratis dowh. 

 10.00 AM  Di Taman Gumuk Pasir ini ada pelbagai aktiviti boleh dicuba. Tetapi yang menarik bagi kita orang adalah berluncur dengan Sand Boarding. Adehh! Membazir betul laa.... dah la bayar IDR100.000 tapi sekali naik jatuh....sekali naik jatuh. Huhuhu. Ada Taman Bunga Matahari bagi berminat nak masuk. Bayar jer.

 12.00 PM  Lawatan terakhir kita orang di Kota Yogjakarta ialah ke Masjid Kotagede. Serba sedikit info daripada #JavaJaulah, masjid ini dibina pada tahun 1587 oleh Panembahan Senopati Sutowijaya. Fuhyoo!! Lama tu bhai.

 2.00 PM   Sebelum pulang, Mas Tono membawa kami makan siang di Gudeg Yu Djum. Nasi Gudeq ini adalah makan famous di Yogjakarta tetapi agak manis sedikit tapi enaq loe! Kemudian dalam perjalanan ke Bandara kita orang singgah makan di gerai  Ais Krim Rojak. Memang best, kombinasi ais krim dan rojak buah.

 4.00 PM  Kali ini kita orang terbang bersama Sriwijaya Air, jadual sebenar gerak dari Adisutjipto International Airport jam 6.55pm tapi ditunda ke 7.55pm. Waduh! Waduh! Makasih Mas Tono. Sampai ketemu lagi Yogjakarta. #JavaJaulah mau ke Surabaya.

 9.00 PM  Akhirnya kita orang tiba di Juanda International Airport, lantas kita orang dapatkan supir yang telah lama menunggu. Pak Basuki memang ramah berbicara hingga perut yang lapar tidak terasa. Lewat jam 11 malam, kita orang berhenti makan malam di Titin. Murahnya! Ikan goreng, tahu, tempe dan teh botol, hanya IDR23.000 sahaja.

 DAY 4, 7 OCT 2018 : AHAD 

 1.00 AM  Hotel Bromo Permai, Bromo yang kita orang booking dengan Agoda memang berhampiran sangat dengan Taman Nasional Bromo. Suhu di situ 9 darjah. memang sejuk banget dan sampai menggigil nak ambil wuduk. Kita orang telah mengambil paket Puncak Bromo Tour dengan harga IDR1,250.000 untuk berdua..

 3.00 AM  TAMAN NASIONAL BROMO, destinasi pilihan #javajaulah di SURABAYA. Sebuah jeep merah datang menjemput kita orang untuk melihat matahari terbit di kawasan Bromo Tengger, Gunung Pananjakan dan dari sini kita orang boleh melihat keindahan ciptaan Allah iaitu Gunung Bromo, Gunung Kursi, Watangan, Gunung Wildodaren dan Puncak Mahameru.

 7.00 AM  Kembali turun dari Gunung Pananjakan dan menuju Gunung Bromo. Di persekitarannya terbentang luas padang pasir hitam dan tiupan angin membiarkan pasir berterbangan. Kita orang harus menyeberangi padang pasir dan menaiki 250 anak tangga untuk sampai ke puncak Gunung Bromo yang setinggi 2,392 m. Terlihat oleh kita orang kawah Gunung Bromo yang mengeluarkan asap. Benar-benar sangat luar biasa. Terima kasih Allah dengan anugerahMu yang luar biasa ini.

 12.00 PM  Jam 10 pagi kita orang kembali ke hotel sambil menikmati sarapan yang disediakan. Selepas itu kita orang tidur 2 jam sebelum 'Checked Out'. Pemandangan di persekitaran hotel amat mengasyikkan, boleh nampak kesemua tempat yang telah kita orang pergi tadi. Pak Basuki dalam perjalanan ke bandara menyambung kembali bercerita. Sungguh ramah sekali seperti sudah mengenali bertahun-tahun. Semoga kita berjumpa lagi Pak Basuki.

 4.00 PM  Pak Basuki mencadangkan kita orang makan sup di Semambung sebelum tiba di terminal Bandara Juanda. Perghh!! Enaq banget sup buntut, pastu makan dengan nasi dalam daun pisang dan semuanya cuma IDR40.000. Alamak!! Lewat lagi ke!! Sriwijaya Air. Sepatutnya jam 6.40 pm berlepas ke Bali tetapi ditunda ke 7.40 malam. Di dalam pesawat, kita orang dijamu roti bun dan air mineral.

 9.00 PM  Sampai juga di pulau Bali untuk kali ke 2. Di Ngurah Rai International Airport Bali, kita orang dijemput oleh Dicky yang aku kenali di FB sejak 2 tahun lepas. Menurut Dicky, dia baru sahaja menerima cahayamata. Perjalanan dari bandara ke Secret Garden Inn Kuta hanya 15 minit. Selepas mandi manda di hotel, kita orang keluar untuk melihat kemeriahan Legian d waktu malam.

 DAY 5, 8 OCT 2018 : ISNIN 

 7.00 AM  Singkat sahaja kita orang di Bali ini, hanya beberapa jam sahaja sebelum berangkat pulang. Selepas sarapan ringkas di hotel, kita orang jalan-jalan di sepanjang pantai Kuta. Berbelanja serba sedikit cenderamata di kedai Dicky bekerja. Makasih Dicky dengan menjemput dan menghantar kita orang ke Bandara.

 11.00 AM  Berakhir sudah #javajaulah dengan destinasi terakhir di Bali. Memang 5 hari 4 malam dikatakan perjalanan yang akan memenatkan dan tidak enjoy. Tapi ikut citarasa masing-masing. Kita orang enjoy jerr...... Kita orang pulang dengan Malindo Air, sambil hilangkan penat dengan layan movie.... melantak nasi beriani..... dan tidur dengan lena ke KLIA.

#javajaulah 2018 dah berakhir..... bila lak #siamjauhlah