MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

13.11.13

Medan Nov 13

APA YANG ADA
Tasik yang terbesar di Asia Tenggara dan ketiga besar di dunia.
Terdapat pulau di atas pulau.

TERBANG
AirAsia - RM346, pergi balik untuk 3 pax

TRANSPORT
EDSUrentcar - RM494.57, Airport - Medan - Parapat - Berastagi - Sipiso Piso - Medan - Airport
Feri Pulau Samosir - RM28.10, pergi balik untuk 3 pax
Island Trip - RM42.15, untuk sebuah van

TIDUR
Agoda, Antares Hotel, Medan - RM87.54, malam pertama
Agoda, Toba Village Inn, Tuk Tuk Siadong - RM153.28, malam kedua
Agoda, Hermes Palace Hotel, Medan - RM114.45, malam ketiga

TIKET
Pajak Wisata - RM2.80, Parapat
Pajak Wisata - RM5.62, Istana Maimoon
Pajak Wisata - RM1.41, Makam Raja Batak
Pajak Wisata - RM5.62, Kerusi Batu
Pajak Wisata - RM2.25, Sipiso Piso
Pajak Wisata - RM2.25, Puncak Berastagi

TRAVELOG
HARI PERTAMA
Sekejap sangat..... hanya 45 minit saja antara LCCT ke Kuala Namu International Airport..... dan Bandara (Airport) ini baru dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan mempunyai stesen keretapi untuk ke Kota Medan...... dan aku sudah lama di tunggu oleh supir, Pak Budi untuk di hantar ke Hotel Antares. Tidak seperti info awalnya, urusan imigresen amat lancar sekali dan biasa-biasa saja. Tapi foto dibawah ini, foto semasa nak pulang sebab sampai di Medan dah jam 8.30 malam.

HARI KEDUA
Sarapan di Hotel Antares memang banyak pilihan menu. Pergh!....Kenyang.... Hotel Antares 300 meter jaraknya dengan Masjid Raya Al-Mashun dan 500 meter dengan Istana Maimun. Mana supir, Pak Ishak ni? aku dah tak sabar nak wisata ke Danau Toba. Kalau perlukan supir, sila layari www.edsurentcar.com @ Edy S G +6285370653333 service amat bagus..... sebab ikut kehendak kita mana nak pergi.

Hah! dah sampai pun...... Yuk! mula-mula kita sembahyang sunat dulu di Masjid Raya Al-Mashun, yang dibina pada tahun 1906 oleh Sultan Ma'moed Al-Rasjid Perkasa Alamsyah. Cantik tapi kurang penjagaannya.

Dengan seberapa pantas, kami langsung ke Istana Maimoon yang telah dibina pada 26 Ogos 1888 oleh Sultan Ma'moed Al-Rasjid Perkasa Alamsyah. Di dalam istana itu dipamerkan potret-potret Kesultanan Deli yang memerintah. Ramainya nak cuba kustom Diraja Deli....  makanya aku pun batal niat murni itu.

Alamak! dah jam 9.30am..... Supirku kata, 5 jam perjalanan ke Parapat. Kalau dah tengahari.... sesak (macet) dan panas. Jalanraya ke Parapat seperti ular kena palu..... lebih kurang seperti ke Cameron Highland..... Lagi pun, aku bawa Akhtar yang masih kecil. Tetapi sepanjang perjalanan memang tak bosan..... mataku liar memerhati suasana sosio budaya dan ekonomi di Medan. Dah nak hampir di Parapat, kami singgah minum kopi sekejap di restoran yang betul-betul di tebing Danau Toba..... memang beautifull.....la.

Laparlah pula, bila terlihat Rumah Makan Minang Khas Padang Pariaman yang halal di Pekan Parapat dan aku cuma pilih ikan-ikan dari dasar Danau Toba..... ikan nila, ikan para-para, ikan perak..... Boleh tahan rasanya. Lepas azan zohor, kami gerak ke jeti di Parapat. Feri akan bergerak setiap satu jam. Jadi masa menunggu tak lama mana pun.

Pemandangan Danau Toba memang menakjubkan dan mengkagumkan daripada ciptaan Allah S.W.T. Tasik yang terbesar di Asia Tenggara dan ketiga di dunia. Lain daripada yang lain.....iaitu Pulau Sumatera terdapat pulau di dalamnya. Ah! Puas dah dapat APA YANG ADA.

Feri dari jeti Parapat terus berlabuh betul-betul di Toba Village Inn, Jalan Lingkar Tuk Tuk, Samosir. Wah! memang cantik sangat-sangat tempat aku tidur malam ini..... memang damai..... memang selesa...... sesuai untuk honeymoon..... Berminat? layari www.tobavillageinn.com @ Mr Rotua Turnip +62 813 70 274 274
Dengan kamera amatur..... inilah hasil senifotografi aku..... untuk rakam keindahan Pulau Samosir. Di situ aku sewa sebuah van kepunyaan Mrs Rini (suaminya dari Holland)..... dan melayan keinginan aku untuk bersiar-siar di sebahagian pulau ini. Sewa motor pun ada juga..... basikal pun ada.

HARI KETIGA
Sarapan di situ memang selera walaupun sekadar roti tapi bertambah-tambah aku melahap. Kemudian, kami pun ke Pekan Tomok untuk shopping cenderahati FM, KC & TS untuk rakan-rakan. Oleh kerana aku datang awal di situ, semua peniaga ajak kami pecah telur di gerai mereka. Kena pandai tawar. Kekadang tertipu juga....Argh!

Selamat datang ke Sigale-gale, di sini diadakan persembahan patong yang akan menari dan kita pun boleh ikut sama menari ikut rentaknya. Rumah masyarakat Batak pun boleh kita perhatikan di sini.....Aku sekejap saja disini sebab banyak tempat nak berfoto.

Makam Raja Batak tak jauh daripada Sigale-gale. Sekejap saja aku di sini, lama sangat kalau nak dengar info yang diceritakan. Berdekatan dari situ, terdapat Muzium Batak. Kecil saja. Aku setakat di luar saja. 

Mrs Rini mengajak aku ke Ambarita pula..... di sana ada yang lebih menarik. Tunggu!!! katanya. Yuk! kita ke Batu Kerusi Raja Siallagan..... terdapat batu kerusi di mana tempat perbicaraan bagi pesalah..... dan tempat hukuman mati dijalankan. Di sekitarnya terdapat gerai-gerai jualan. Lebih kurang harganya dengan di Tomok.

Masa memang cemburu..... feri datang pukul 11.00am..... Dah jam 10.30am rupanya.... dan aku masih di Ambarita lagi. Mrs Rina! pantas sikit. Sampai jer di bilik.... selaju kilat aku bersiap-siap. Lagi 5 minit feri akan berlabuh..... mencunggap aku berlari..... alhamdulillah sempat aku tangkap tali sauh. Pergh!

Dah 1.30jam..... dan dalam perjalanan ke Berastagi, kita akan mulai lihat pohon-pohon pine yang hiasi laluan yang penuh liku..... dan kami singgah sebentar di Simarjarunjung..... puncak yang tertinggi..... memang sejuk dan tak ada apa-apa pun di situ. Cuma ada penjual bakso, sate dan jagung bakar. Ada sebuah restoran agak-agak ekskulusif..... dan boleh tumpang WC yang gratis.

Dah sampai pun di Air Terjun Sipiso-piso. Nak menapak ke bawah tu memang ambil masa..... zoom saja kamera amatur aku ni..... ok juga. Sekitarnya banyak gerai jualan dan ada diantara barang yang murah. Aku sambar TS untuk famili aku sorang sehelai. Rumah Makan Minang yang halal pun ada juga di sini.

Petang 5.30pm tiba di Berastagi yang ketinggiannya 1400m..... dengan hujan lebat petang itu..... bertambah sejuklah suhu di sini. Dari sini, kita boleh melihat Gunung Sinabung yang semakin nak aktif. Kata supirku, tunggu masa nak meletus jer..... Dalam hujan aku belanja di Pajak Buah Berastagi. 18kg buah-buahan aku beli..... buah salak, avocado, pisang kaki, limau dan buah delima.

HARI KEEMPAT
Hari terakhir di Medan..... kedai belum buka lagi aku dah nak pecah telor di kawasan membeli-belah di Pajak Ikan..... mana ikan....mana ikan..... Woi! mana ada ikan..... nama tempat je macam tu. Tapi mana-mana pun memang kena pandai tawar-menawar kalau nak harga murah. Jika rasa tertipu..... anggaplah derma kat mereka...... Hahaha.....
Pajak Ikan, memang tempat berbelanja di Medan..... ada telekong bersulam, kain ela bersulam, kain batik, kain pelikat dan apa-apa yang namanya tektile..... Tempat terakhir belanja di Bika Ambon Zulaika, Hajah Mariani..... sakit bahu menjinjing Brownies, Bika Ambon, Kek Lapis Berempah dan Daging Dendeng Aceh.

Selamat tinggal Hotel Hermes Palace yang teramat-amat selesa dan sarapannya.... Mak ai! sedapnya...... banyak pula tu...... di paras paling atas hotel pulak tu..... dapat tengok keseluruhan Kota Medan. Jaraknya dengan Pajak Ikan hanya 500 meter sahaja...... AirAsia akan angkut aku pulang pukul 1.30pm dan supirku sudah menanti jam 11.00am di depan hotel..... kan kena check in 2 jam sebelum berlepas.

JOM JIMAT JELAJAH 4H 3M
Flight + Hotel + Meals + Transport + Entrance Fees + Indonesia Tax = IDR 1,372,750.00 @ MYR 488.52 / pax (without shopping)

|

|

|

HORAS! HORAS!


ANDA BERMINAT? SAYA BOLEH URUSKAN PERCUTIAN ANDA DENGAN KOS YANG JIMAT - 0192635645


1.11.13

Pencapaian Filem Malaysia di APFF

Festival Filem Asia Pasifik yang pertama telah diadakan pada tahun 1954 di Hong Kong. Pencapaian filem-filem Malaysia di festival ini tidaklah membanggakan berbanding dengan pencapaian filem-filem Japan, Korea, Taiwan, Hong Kong, India, Indonesia dan Iran. Kebanyakkan pengkritik filem di Malaysia beranggapan festival ini tidak lagi relevan dan sepatutnya memandang kearah festival yang lebih berprestij. 

Sekiranya dikaji pencapaian filem Malaysia di APFF, kelihatan agak sukar juga filem Malaysia merangkul anugerah utama. Pada zaman kegemilangan industri filem di Jalan Ampas pun agak terkial-kial untuk memenangi anugerah utama walaupun telah menghasilkan filem yang terbaik sehingga kini seperti Ibu Mertuaku, Hang Tuah, Anakku Sazali dan banyak lagi. 

Oleh yang demikian, Festival Filem Asia Pasifik masih lagi relevan bagi industri filem Malaysia untuk dipertandingan di peringkat Asia Pasifik sebelum melangkau jauh ke festival-festival filem di Cannes, Berlin, Tokya, Busan dan Oscar.

PENGARAH FILM TERBAIK
2010 - Mua'alaf, Yasmin Ahmad

AKTOR TERBAIK
1957 - Anakku Sazali, P Ramlee
1998 - Jugho, Khalid Salleh

AKTOR PEMBANTU TERBAIK
1996 - Sayang Salmah, Sidi Oraza
1999 - Lenjan, Roysham Noor

AKTRES TERBAIK
2004 - Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin
2005 - Puteri Gunung Ledang, Tiara

AKTRES PEMBANTU TERBAIK
1956 - Hang Tuah, Zaiton
1980 - Adik Manja, Shasha
2002 - Embun, Khatijah Tan

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
1956 - Mega Mendung, Wan Hussien
1957 - Anakku Sazali, Tony Castello
1959 - Satay, Eddy Ali
1960 - Lela Manja, Bat Latif
1964 - Gerhana, Bat Latif
1976 - Sayang Anakku Sayang, Aziz M Osman

PELAKON HARAPAN TERBAIK
1982 - Abang, Fauziah Ahmad Daud

SENIMATOGRAFI TERBAIK
1958 - Sumpah Orang Minyak, A Bakar Ali
1963 - Ibu Mertuaku, A Bakar Ali
2004 - Berlari Ke Langit, Mohd Azla Kamaruddin

SUNTINGAN TERBAIK
1978 - Loceng Maut, Sallehan Shamsuddin
1986 - Jasmin 2, Johari Ibrahim

SKOR MUZIK TERBAIK
1956 - Hang Tuah, P Ramlee
2005 - Qaisy Dan Laila, Ayob Ibrahim

KESAN BUNYI TERBAIK
1979 - Dendang Perantau, Peter Lim/Zulkifli Salleh
2000 - Leftenan Adnan, Azman Abu Hassan

FILEM KOMIDI TERBAIK
1959 - Pendekar Bujang Lapok, P Ramlee
1960 - Nujum Pak Belalang, P Ramlee
1961 - Pak Mamat Parang Tumpul, L Krishnan
1964 - Madu Tiga, P Ramlee
1979 - Panglima Badul, Hussien Abu Hassan

ANUGERAH PENGHARGAAN
1959 - Mahsuri, B N Roa - Cerita Rakyat Digambarkan Dengan Berkesan
1962 - Dang Anum, Hussain Hanif - Cerita Rakyat Digambarkan Dengan Berkesan
1963 - Ibu Mertuaku, P Ramlee - Aktor Cemerlang Dalam Filem
1973 - Satu Titik Di Garisan, M Amin - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1975 - Permintaan Terakhir, Jamil Sulong - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1976 - Jiwa Remaja, Jamil Sulong - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1976 - Hapuslah Airmatamu, Sharifah Aini - Artis Yang Menjanjikan Perkembangan Seni
1978 - Loceng Maut, Naz Achnaz - Keseluruhan Yang Sempurna
1980 - Adik Manja, Othman Hafsham - Komidi Yang Mempunyai Pengajaran
1980 - Esok Masih Ada, Jins Shamsuddin - Tema Terbaik Perpaduan Masyarakat
1980 - Sumber Ilhamku, Aziz Jaafar - Cerita Tentang Kegigihan Artis Yang Berkesan
1982 - Pemburu, Ahmad Yatim - Penonjolan Watak Yang Kuat
1983 - Ranjau Sepanjang Jalan, Jamil Sulong - Kisah Masyarakat Luar Bandar Yang Berkesan
1988 - Antara Dua Hati, Rosnani Jamil - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1989 - Tuah, Anuar Jamil - Memaparkan Interprestasi Baru Sebuah Lagenda
1990 - Hati Bukan Kristal, Raja Ahmad Alauddin - Pengarah Muda Berbakat
1991 - Bintang Malam, Adman Salleh - Menonjolkan Isu Sosial Dengan Berkesan
2000 - Leftenan Adnan, Aziz M Osman - Memaparkan Nilai-nilai Patriotik
2003 - Paloh, Adman Salleh - Memaparkan Kisah Sejarah Yang Berkesan