Di Tan Son Nhat International Airport, aku mulakan siri jelajah pertama di Vietnam. Hah!.... Itu pun bas no 152 (Airport ke Ben Thanh Market)..... bayar jer tiket VND5,000... dalam 30 minit dah sampai...jimatkan!
Hotel Mifuki hanya 5 minit berjalan kaki dari Ben Thanh Market. Kebanyakkan hotel di Ho Chi Minh City tidak bertingkap tapi hotel yang kami tinggal ini bertingkap, selesa dan luas....dan cuma RM72 sebilik... jimatkan! Sarapan disediakan tapi awas tidak halal. Setakat makan roti, telor rebus dan salad bolehlah untuk alas perut.
Hari kedua, kami jelajah Sungai Mekong melalui TNK Travel dengan bayaran USD13 (RM51.36). Perjalanan ke Sungai Mekong bermula 8.30am dan mengambil masa 2 jam dengan bas persiaran.
Sebelum sampai ke jeti, singgah sekejap di sebuah Kuil Buddha Vinh Trang Pagoda di My Tho yang terkenal. Aku sekadar melihat di luar pagar saja sambil bangsa lain teruja masuk ke dalam.
Sebelum sampai ke jeti, singgah sekejap di sebuah Kuil Buddha Vinh Trang Pagoda di My Tho yang terkenal. Aku sekadar melihat di luar pagar saja sambil bangsa lain teruja masuk ke dalam.
Makan tengahari disediakan. Tetapi Nasi Daging Babi dan Telor Goreng.... bekalan roti dari Malaysia jadi penyelamat mual aku.... Setelah perut dahpun beralas kami pun melawat ke Coconut Candy Factory. Kaedah pembuatannya masih secara tradisi lagi sambil itu kami dihidangkan minuman air madu berlimau.
Lawatan ini diakhiri dengan menyaksikan persembahan lagu-lagu rakyat Vietnam sambil dihidangkan buah-buahan di sebuah perkampungan. Memang tak faham tapi diterjemahkan oleh pemandu pelancong kami. Kami di hantar semula ke hotel tepat pukul 5.30pm.

Hari ketiga pula, kami ke Cu Chi Tunnels sejauh 60km bersama TNK Travel hanya USD8. Perjalanan hampir 2 jam dan tiba pukul 9.45am. Miss Phi, pemandu pelancung yang comel menerangkan sejarah kesengsaraan perang Vietnam. Memang menarik dan teruja, walaupun ianya sejarah komunis. Menyusuri terowong sejauh 60 meter memang pengalaman yang sukar dilupakan. Sebenarnya torowong tersebut mempunyai jarak sepanjang 200km dan mempunyai kemudahan yang cukup di dalamnya.
Apa Yang Ada..... Tu dia bangunan yang tertinggi di Ho Chi Minh City....seperti Menara Telekom!....Tugu Tran Nyuyen Kan yang megah di bulatan hadapan Ben Thanh Market..... Tugu Ho Chi Minh di hadapan bangunan People Committe Hall.....Art Museum yang mempamerkan hasil seni orang Vietnam.
Masalah makanan bagi Muslim tidaklah sukar di Ho Chin Minh City ini, cuma harganya sekitar RM15 setiap hidangan. Sup yang dinamakan Pho memang terkenal di sini, harganya diantara VND20,000 untuk yang tak halal...yang halal pulak VND100,000. Sup ini biasa jer rasanya, cuma daun basil, pudina & daun selasih dicarik-carikkan ke dalam sup akan menyedapkan sup tersebut....cuba lah.
Sarapan yang terkenal, selain daripada sup ialah Bho Bread.... adalah sebuah gerai halal yang aku jumpa...harganya VND25,000. Ianya roti Perancis yang diletakkan tuna, sosej, udang, ayam, cheese, salad dan sos kicap. Sedap..nyer.....
Di Cu Chi Tunnel pula, ubi kayu rebus dicicah dengan kacang tumbuk dicampur sekali memang sedap dan harus dicuba di Malaysia.
Kenalan semasa trip ke Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel, Andrew dari England dan Park dari Korea. Membonceng motor di sekitar Ho Chi Minh City dengan VND20,000 memang pengalaman yang menarik. Bayangkan terdapat 5juta buah motor diatas jalan raya Ho Chi Minh City.
BAJET 3H/2M
Air Asia RM 425.00
Hotel Halo RM 247.95
Transport RM 101.04 (Mekong River Tour, Chu Chi Tunnel Tour & Motobike HCM)
Dinner RM 23.00
Lunch RM 32.00
Snack RM 48.00
Sourvenier RM 100.00
Total RM 976.99
TENTATIF - Ho Chi Minh City

HARI PERTAMA - KHAMIS, 27 JUN 13 | ||
02.55pm | Depart | Kuala Lumpur International Airport |
03.50pm | Arrival | Tan Son Nhat International Airport |
05.30pm | Check In | MuFuki Hotel |
07.30pm | Shopping | Nite Market Ben Thant |
12.00pm | Rest | MuFuki Hotel |
HARI KEDUA - JUMAAT, 28 JUN 13 | ||
07.00am | Bfast | MuFuki Hotel |
07.45am | Visit | Mekong River Tour |
06.00pm | Rest | MuFuki Hotel |
07.30pm | Shopping | Nite Market Ben Thant |
12.00pm | Rest | MuFuki Hotel |
HARI KETIGA - SABTU, 29 JUN 13 | ||
07.30am | Bfast | Mufuki Hotel |
07.45am | Visit | Chu Chi Tunnel Tour |
01.30pm | 4Foto | People Committee City Hall |
02.00pm | 4Foto | Saigon Opera House |
02.30pm | 4Foto | Art Museum |
03.00am | Shopping | Ben Thant Market |
07.00pm | CheckOut | Halo Hotel |
09.00pm | Depart | Tan Son Nhat International Airport |
12.00pm | Arrival | Kuala Lumpur International Airport |
2 ulasan:
Kat situ xda hotel halal ker?
xda
Catat Ulasan