MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

18.12.18

Padang & Bukit Tinggi 2018

Ini kali ke-2 PauDes ke sini dan kali ini membawa pula sahabat-sahabat yang berminat. Inilah itenari selama 4 hari 3 malam ke Padang dan Bukit Tinggi. Seramai 9 orang yang bersama-sama kali ini dengan harga RM950 seorang termasuk AirAsia (Return, Meals & Seat), Hotel, Sarapan, Makan Siang, Makan Malam, Entrance Fees dan juga Tour Trip. Ok kan harganya atau korang dapat lagi murah.

FOREX : IDR100 = RM0.28

HARI - 1
Sebetulnya jadual dirangka.... Sebetulnya juga ketibaan AirAsia di Bandara Antarabangsa Minangkabau, Padang. Urusan kuanter imigrasi pun mudah dan lancar. Kehadiran kami di sambut oleh Pak Afwan, Haftan Tour. Kemudian langsung bergerak ke Bukit Tinggi dan singgah sebentar untuk istirehat di Air Terjun Lembah AnaiπŸ‘πŸ‘. 
Jam 7 malam, kami berhenti di Rumah Makan & Restoran Pak DatukπŸ‘πŸ‘πŸ‘. Masing-masing lapar, semua lauk-pauk licin dan alhamdulillah sedap. Masakan Padang sememangnya banyak santan dan sebab itu ada hospital khusus penyakit strok di Bukit Tinggi, kata Pak Afwan.
HARI - 2
Selepas sarapan di Hotel Bunda, van telahpun sedia menunggu untuk ke Pandai Sikek. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah gerai Bika Talago yang menjual Kuih BikaπŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Koto Baru. Penyediaannya masih secara tradisional dengan dibakar menggunakan kayu api dan periuk tanah. Enaq deh! bila dibelanja oleh Pak Afwan.
Satu KaryaπŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Pandai Sikek adalah sebuah butik kain sulam yang dihasilkan oleh penduduk desa dan diedarkan oleh mereka. Ada yang dihasilkan oleh golongan OKU yang cukup halus kualitinya. Belilah sedikit sebagai niat membantu. Inilah van yang membawa kami selama 4 hari.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan MinangkabauπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Kota Padang Panjang adalah muzium yang memberikan maklumat terperinci tentang kebudayaan Minangkabau. Seorang petugas memberikan penceritaan yang detail tentang Minangkabau kepada kami selama 15 minit. Tiket masuk gratis sebab sudah termasuk harga pakej. 
Tasik SingkarakπŸ‘πŸ‘πŸ‘ ini seluas 107.8 m dan merupakan tasik yang ke 2 terbesar di Sumatera selepas Tasik Danau Toba. Di tasik ini kami menaiki bot selama 20 minit yang mengelilingi sebahagian tasik ini dan untuk sebuah bot dengan caj IDR300000 untuk 9 orang. Di sini juga terdapat gerai buah kuinin. Adehh! Lama tak makan kuinin dowh.
Makan siang di Pondok Flora BatusangkarπŸ‘πŸ‘πŸ‘ memang menyelerakan. Selain lauk-pauk masakan Padang, yang spesial di sini ialah ikan talipia bakar dan makan di bawah kolam ikan talapia pula. Kalau nak tambahan air jus kena tambah sendiri, yang lain telah termasuk harga pakej.
Hujan menyambut kami di Istana Basa PagaruyungπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Batusangkar merupakan kediaman keluarga kerajaan. Istana ini merupakan replika dan istana sebenar telah 3 kali terbakar pada tahun 1837, 1966 dan 2007. Kami masuk di sini gratis sebab telah termasuk harga pakej.
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah sebentar di Yennie ButikπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Memang kain-kainnya berkualiti tinggi tetapi harganya tinggi sikit. Adalah dalam anggaran harga IDR200000 hingga IDR300000 sehelai. Selepas itu singgah pula di kedai membuat kerepek Sanjai Ummi Aifa Hakim untuk membeli kerepek-kerepek untuk di bawa pulang. 
Hari ini makan malam di restoran Ayam Penyek Wong Semarang sebab dah makan nasi Padang sore tadi. Kemudian naik kuda dari hotel ke Dataran Jam Gadang (sedang diperbaiki).

HARI - 3
Selepas sarapan yang pelbagai dan mengeyangkan, kami akan "Checked Out" dari Hotel BundaπŸ‘πŸ‘πŸ‘. Daripada kamar jendela Hotel Bunda, kita boleh melihat keindahan Gunung Marapi menjelang pagi. Sungguh indah ciptaan Allah. Belum lagi keindahan Surga.
Taman Bukit TinggiπŸ‘πŸ‘πŸ‘ ini berhampiran Hotel Bunda dan di taman ini kita dapat melihat panorama Ngarai SianokπŸ‘πŸ‘πŸ‘ daripada jauh. Di situ juga terdapat objek sejarah iaitu Lubang JepangπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Seorang pencerita akan menceritakan bagaimana perit bangsa Indonesia di zaman penjajahan Jepun untuk membina terowong bawah tanah ini. Pencerita perlu dibayar tips IDR100000 seorang tetapi tiket masuk sudah termasuk dalam pakej.   
Singgah sebentar di Sungai LandiaπŸ‘πŸ‘ sambil melihat perkampungan dari lereng bukit. Langsung kami ke Puncak LawangπŸ‘πŸ‘dan dari situ kita boleh melihat ke bawah Tasik Maninjau. Tasik ManinjauπŸ‘πŸ‘πŸ‘ merupakan tasik vulkanik dan di ketinggian 461.50 meter dari permukaan laut.
Kilang memproses gula tebu secara tradisionalπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ dengan menggunakan tenaga kerbau untuk memerah batang tebu dan kemudiannya air tebu tersebut dimasak sehingga likat dengan kayu api. Seterusnya dimasukkan pula ke acuan sebelum dibungkus.
Sebelum ke Padang kami singgah makan siang di Restoran SederhanaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Di atas Jambatan Siti NurbayaπŸ‘πŸ‘ satu-satu penjaja jagung bakar mulai menyusun kerusi di bahu jalan. Makan Jagung BakarπŸ‘πŸ‘πŸ‘ dengan sos pedas sambil menghirup udara petang di atas jambatan. Asyikkk!
Makan malam hari ini kita cuba makan di Pondok Ikan BakarπŸ‘πŸ‘ di tepi pantai Padang. Selesai sahaja "Checked In" di Hotel Basa Rang KayoπŸ‘πŸ‘πŸ‘ hujan turun selebat-lebatnya dan dengar maklumat mengatakan tsunami telah berlaku di selat Sunda.
HARI - 4
Hari terakhir dan kami akan meninggalkan Koto Padang. Sebelum menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur, kami menghabiskan sisa-sisa masa yang ada melawat pesisiran Pantai PadangπŸ‘πŸ‘ dan melawat Masjid RayaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ yang mempunyai senibina tradisional Minangkabau yang unik sekali . 
Muzium AdityawarmanπŸ‘πŸ‘πŸ‘ merupakan khazanah yang menyimpan segala sejarah dan kebudayaan Minangkabau sebagai renungan kepada generasi muda sebagai panduan masa hadapan yang panjang.
Terima kasih kepada yang bersama di percutian Padang dan Bukit Tinggi ini. Semoga bertemu lagi di lain masa. Terima kasih Pak Afwan dan Pak Eddy yang menjadikan perjalanan ini selamat dan menyeronokkan. Terima kasih juga Fatan kerana menjadi sahabat kepada Akhtar....selamanya.