MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

27.7.19

One Vietnam 2019

Perjalanan PauDes kali ini dinamakan Oldies Bxpx (bersama Fauzi, Rahman,Yusri)
Ke Ho Chi Minh - Mui Ne - Da Lat - Ha Noi pada 18 - 23 April 2019 (selama 6 hari)
Kadar matawang masa ini ialah 100,000VDN = 18.12MYR
Jumlah semua perbelanjaan sekitar RM1,611.00 (tidak termasuk makan & shopping)

DAY 1, 18 APR - HO CH MINH
11.50 AM - PauDes dari KLIA2 dengan AIRASIA
12.55 PM - Tiba di TSN International Airport
15.00 PM - "Checked In" di Halo Hotel
17.00 PM - Ronda2 di bandor HCM sambil foto2
19.00 PM - Lex2 di Hard Rock Cafe HCM
 AirAsia  AK 526 nak terbangkan PauDes ke Tan Son Nhat International Airport
Nasi Bukhara Ayam menjadi menu pilihan PauDes ๐Ÿ‘ di  AIRASIA 
PauDes disambut oleh MiniBus VN Lotus Travel๐Ÿ’‹ di airport.
Bilik klasik. Peh! Ada "bathtub"๐Ÿ’ค. Leh manja2 badan.


Selfie terbaik PauDes di HCM City Hall, Saigon Opera Building & Saigon Post Office. City Tour by Walk. Walau kaki sakit tapi jimat doe.

DAY 2, 19 APR - HO CH MINH
07.00 AM - Sarapan di Yummy Chicken, HCM
08.00 AM - "Checked Out" Halo Hotel, HCM
09.00 AM - Hari penuhkan beg di Danny's Shop
11.00 AM - Xtiviti Mekong River bermula
12.30 AM - "Halal Lunch" di Unicorn Island
02.00 AM - Lawatan di Pusat Jualan madu
02.30 AM - Naik kuda keliling kampung
03.00 AM - Naik perahu di sepanjang denai
03.30 AM - Lawatan handmade coconut candy
05.00 AM - Kembali ke HCM
06.00 AM - Ke Mui Ne menaiki Sleeping Bus
11.00 AM - "Checked In" Delight Hotel, Mui Ne
Peh! Sarapan diet tuu. "Sandwich with avocado, egg & salad" .๐Ÿ’‹
Murah! ke? Jom serbu! Kita penuhkan bagasi awal2 pagi ni.


 
MEKONG RIVER TOUR. Sampai jer di Unicorn Island terus makan tengahari. Tempat cantik๐Ÿ’‹. Kari Ikan Talapia, Udang Bakar, Telur Dadar, Taugeh Goreng, Sup Sayur dan Buah-buahan. Lepas kenyang Paudes solat Jamak di bilik solat.

Antara Sai Gon ke Mui Ne. Selama 5 jam keselesaan melampau dengan "Sleeping Bus

DAY 3, 20 APR - MUI NE
04.00 AM - Dijemput oleh Jeep bagi Mui Ne Tour
05.00 AM - White Sand Dunes (naik ATV)
06.00 AM - Red Sand Dunes
07.00 AM - Perkampungan Nelayan
08.00 AM - Fairy Stream
09.00 AM - Kembali ke hotel & sarapan
11.00 AM - "Checked Out" Delight Hotel, Muine
12.00 PM - Naik bas ke Da Lat di depan hotel
05.00 PM - Tiba di Da Lat
05.30 PM - "Checked In" Anna Suong Hotel, Da Lat
07.00 PM - Shopee @ Dalat Nite Market
Hah! Terkejut! Xcited! Xtreme! Giler! Naik ATV
Paudes ๐Ÿ‘ White Sand Dunes, Mui Ne
Subhanallah! Amazing Red Sand Dunes, Mui Ne
Macam ni pun boleh dijadikan tarikan pelancong.
Mui Ne Fishing Village. Ikan, Sotong & Udang besar2. Segar. Meriah doe.
Selamat datang ke Da Lat. Sejuk macam Cameron Highland
Da Lat Night Market macam2 ada bukan setakat sayur-sayuran. Murah & Meriah.
DAY 4, 21 APR - DA LAT
07.00 AM - Dijemput oleh Supir untuk Da Lat Tour
08.00 AM - Lawatan ke Fresh Garden
09.00 AM - Lawatan ke Hydrange Flower Garden
10.00 AM - Restoran Halal Kampung Pandan
11.00 AM - Robin Hill Cable Car Station
11.30 AM - Datanla Waterfall Roller Coster
12.30 PM - Khu Du Lich Prenn
01.40 PM - "Airport Checked in" VietJet
04.40 PM - Da Lat International Airport
06.30 PM - Noi Bai International Airport, Hanoi
08.30 PM - "Checked in" The Tourist Hotel, Hanoi
09.30 PM - Hanoi Hang Dao Nite Market

Layan sekejap taman-taman bunga di Fresh Garden dan Hydrange Flower Garden. Sejuk doe. Kalau gadis2 pasti berjam2 di sini sahaja

Masa PauDes ke Dalat hanya Restoran Kampung Pandan inilah yang terjumpa tanda HALAL. Apa lagi Pho Soup (Makanan popular di Vietnam) yang dimakan bersama2 ulam dibaham sampai licin ๐Ÿต๐Ÿ‘  
PauDes meneruskan perjalanan ke Robin Hill dengan "Cable Car". "Cable Car" ini menyusuri bukit dan dapat melihat pemandangan sebahagian Da Lat. Tak la gayat sangat tapi saja2 nak ternganga.

Di Datanla Waterfall Roller Coster ler sebenarnya PauDes nak ternganga. Tapi memang ๐Ÿ‘ giler. "Roller Coster" ini akan melalui hutan dan kelajuan akan dikawal sendiri oleh pemandu. Jangan risau selamat.

Pergi ke Khu Du Lich Prenn lu. Tengok gajah tapi tak naik pun sebab teringat pula amaran oleh Pencinta Haiwan Sedunia. Hahaha..... Lepas tu PauDes terus ke Da Lat International Airport. "First time" naik VietJet. Keluasan tempat duduk ok. Dapat air mineral doe.

Ketibaan kami di No Bai International Airport, Hanoi disambut oleh agen VN Lotus Tour. Perjalanan dari airport ke The Tourist Hotel ambil masa 45 minit sahaja. The Tourist Hotel ๐Ÿ‘perabut pun sangat antik dan berada di kawasan tarikan di Old Quarter, Hanoi. Selepas "Check In" Paudes tanpa berlengah masa..... solat Jamak dulu. Lepas tu baru la merayap sekitar Hanoi Hang Dao Nite Market.

Masjid Al-Nour adalah satu-satunya masjid di Hanoi dan dibina pada tahun 1930 oleh pedagang India. Masjid ini berada di lokasi Old Quater juga. Sayang sekali tidak dapat solat di masjid ini sebab jam 10.00 malam dah ditutup.

DAY 5, 22 APR - HA NOI
07.30 AM - Lawatan ke Halong Bay bermula
08.30 PM - Lawatan berakhir
09.30 PM - Melawat Masjid Al-Noor

HALONG BAY merupakan Warisan Alam Semulajadi Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 1994 dan hari ini PauDes akan melihat dengan mata kepala sendiri. Info daripada agen kami (VN Lotus Tour), makan tengahari memang disediakan tetapi makanan halal tidak disediakan. Dah tu, kami masak nasi di bilik hotel dengan lauk telur goreng dan serunding daging yang di bawa dari tanahair. 

Perjalanan bas ini mengambil masa 4 jam dan Pemandu Pelancong ini tak letih bercerita tentang Vietnam. Selepas itu, dia menyuruh semua mempelkenalkan diri dan keistimewaan negara masing-masing. Bas akan berhenti rehat di selama 30 minit di RNR
Sekitar jam 12.30pm, PauDes tiba di jeti Tuan Chau Harbour dan selepas itu menaiki kapal cruise bersama-sama dengan kumpulan bas B.

Aktiviti seterusnya, turun dari cruise ke perairan Luon Cave dengan menaiki Bamboo Bot. Sebelah tu "couple" Chile (pandai cakap Bahasa Melayu)
Haa....ni pulak orang Israel doh. Makan semeja tu!
Makan vegetarian yang disediakan. Ikan stim, telur dadar, udang celup tepong dan popiah sayuran.

Tip Top Island! Maa aai kena memanjat ke atas? Jika PauDes nak melihat keindahan keseluruhan Halong Bay. Tangga ada... dan tapi aku?
Foto ini adalah ikhsan daripada rakan rombongan Paudes yang berjaya ke puncak dan aku hanya di separuh tahap jer. Hahaha.
Seterusnya ke Sung Sot Grotto, Bo Hon Island nak tengok "Stalagmites & Stalagmites". Berpeluh jugak nak menapak.

Keindahan gua ini yang menjadi tarikan semua pelancong. 
Masjid Al-Noor, satu-satunya masjid di Old Quater, Hanoi. Kecil sahaja dan diharapkan semua pelancong Malaysia dapat Infaq ke masjid ini. Pergilah ke masjid ini.
DAY 6, 23 APR - HA NOI
07.30 AM - Merayau di Old Quater
08.30 PM - "Checked Out" Hotel
12.30 PM - Pulang dengan Malindo Air 

Merayau-rayau di Old Quater. "Bersama seorang ibu yang berbasikal menjual sayur-sayuran untuk sesuap nasi"
Peniaga jalanan di Old Quater sedang memasak sarapan meehoon sup
Merentasi jambatan untuk ke No Bai International Aiport. Selamat tinggal Hanoi. Jumpa lagi Vietnam.

Tiada ulasan: