MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

20.3.14

Cameron Highland 2014

244km jarak dari Bandar Bukit Mahkota ke Cameron Highland.
1829m ketinggian dari paras laut.
18 C suhu
Hutan Lipur Lata Iskandar merupakan rekreasi air terjun yang menarik untuk di singgah sebentar sebelum sampai di puncak Brinchang, Cameron Highland. Di sini terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan makanan. Tetapi tandas di situ perlu diambil perhatian oleh pihak Majlis Perbandaran.

Meh! petik strawberi di Kampung Taman Sedia. Promote ni..... Inilah satu-satunya tanah rezab Melayu di Cameron Highland dan di sini terdapat banyak kebun strawberi dan chalet. Bestnya petik strawberi.... memang menyeronokan. 

Moh! petik daun teh pula..... di Ladang teh BOH, Ringlet. Apa itu BOH? Maksudnya "Best Of Highland". Jarak 6km dari jalan utama agak berliku-liku tapi sampai saja di situ..... Wow! Panorama ladang teh di situ memang terindah. Sebelum mendaki ladang teh, singgah dulu minum teh dengan sandwich segar. Fuh!

Minum teh lagi..... kali ni di Bharat Teh pula. Ladang teh BHARAT terletak di tepi perjalanan ke Tanah Rata, maka ramai yang singgah di sini. Tadi dah beli teh BOH dan kali ni beli teh BHARAT pula. Mana yang sedap. Tapi aku tetap pilih BOH.

Dah sampai Tanah Rata pun..... suhu semakin sejuk berbanding tadi. Pokok-pokok pine mula kelihatan. Di pekan kecil Tanah Rata semuanya ada. Kedai runcit, restoran dan hotel bajet bersepah-sepah di sini.

Taman Agro Teknologi MARDI di pekan Tanah Rata memang wajib datang jika ke Cameron Highlands. Tiket masuk sekadar RM3.00 saja untuk dewasa..... bagi support sikit. Kawasan penyelidikan MARDI ini sangat luas..... macam-macam ada..... nak tengok ladang teh ke.....kilang proses teh tertua.... taman bunga ke..... kebun sayur ke.... kebun strawberi ke..... memang setempat.

Sampai juga aku di Hong Kong..... Hong Kong Hotel terletak di tengah-tengah pekan Brinchang..... memang strategik..... nak ke pasar malam hanya 100m..... nak ke medan selera 50m..... nak ke masjid 50m..... nak ke kedai runcit 50m. Kadarnya cuma RM123 sebilik dan jika bukan cuti sekolah hanya RM78 sahaja. Bilik memang selesa cuma tak ada lift.... dan parking kereta terhad.

Kalau bawa majoritinya perempuan..... ini tempat nak di tuju...... Cameron Lavender Garden. Tiket masuk RM5 dewasa dan dapatlah tengok macam mana bentuk bunga lavender..... juga bunga-bunga yang lain.

Sebelum pulang ke Kota Bharu melalui Gua Musang aku singgah sekejap di sebuah kebun milik pekebun Cina berhampiran Kea Farm..... petik sendiri kobis..... besar giler dan cuma RM5 sebiji. Ke Gua Musang dari Cameron Highlands cuma ambil masa 2jam sahaja.

GUA MUSANG? Tak ada apa yang menarik tetapi akan menarik jika pemerintah memikirkan sesuatu tarikan di sini. Bukan sekadar tempat orang membuang lelah dan sisa, sebelum teruskan perjalanan ke Kota Bharu.