MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

1.11.13

Pencapaian Filem Malaysia di APFF

Festival Filem Asia Pasifik yang pertama telah diadakan pada tahun 1954 di Hong Kong. Pencapaian filem-filem Malaysia di festival ini tidaklah membanggakan berbanding dengan pencapaian filem-filem Japan, Korea, Taiwan, Hong Kong, India, Indonesia dan Iran. Kebanyakkan pengkritik filem di Malaysia beranggapan festival ini tidak lagi relevan dan sepatutnya memandang kearah festival yang lebih berprestij. 

Sekiranya dikaji pencapaian filem Malaysia di APFF, kelihatan agak sukar juga filem Malaysia merangkul anugerah utama. Pada zaman kegemilangan industri filem di Jalan Ampas pun agak terkial-kial untuk memenangi anugerah utama walaupun telah menghasilkan filem yang terbaik sehingga kini seperti Ibu Mertuaku, Hang Tuah, Anakku Sazali dan banyak lagi. 

Oleh yang demikian, Festival Filem Asia Pasifik masih lagi relevan bagi industri filem Malaysia untuk dipertandingan di peringkat Asia Pasifik sebelum melangkau jauh ke festival-festival filem di Cannes, Berlin, Tokya, Busan dan Oscar.

PENGARAH FILM TERBAIK
2010 - Mua'alaf, Yasmin Ahmad

AKTOR TERBAIK
1957 - Anakku Sazali, P Ramlee
1998 - Jugho, Khalid Salleh

AKTOR PEMBANTU TERBAIK
1996 - Sayang Salmah, Sidi Oraza
1999 - Lenjan, Roysham Noor

AKTRES TERBAIK
2004 - Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin
2005 - Puteri Gunung Ledang, Tiara

AKTRES PEMBANTU TERBAIK
1956 - Hang Tuah, Zaiton
1980 - Adik Manja, Shasha
2002 - Embun, Khatijah Tan

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
1956 - Mega Mendung, Wan Hussien
1957 - Anakku Sazali, Tony Castello
1959 - Satay, Eddy Ali
1960 - Lela Manja, Bat Latif
1964 - Gerhana, Bat Latif
1976 - Sayang Anakku Sayang, Aziz M Osman

PELAKON HARAPAN TERBAIK
1982 - Abang, Fauziah Ahmad Daud

SENIMATOGRAFI TERBAIK
1958 - Sumpah Orang Minyak, A Bakar Ali
1963 - Ibu Mertuaku, A Bakar Ali
2004 - Berlari Ke Langit, Mohd Azla Kamaruddin

SUNTINGAN TERBAIK
1978 - Loceng Maut, Sallehan Shamsuddin
1986 - Jasmin 2, Johari Ibrahim

SKOR MUZIK TERBAIK
1956 - Hang Tuah, P Ramlee
2005 - Qaisy Dan Laila, Ayob Ibrahim

KESAN BUNYI TERBAIK
1979 - Dendang Perantau, Peter Lim/Zulkifli Salleh
2000 - Leftenan Adnan, Azman Abu Hassan

FILEM KOMIDI TERBAIK
1959 - Pendekar Bujang Lapok, P Ramlee
1960 - Nujum Pak Belalang, P Ramlee
1961 - Pak Mamat Parang Tumpul, L Krishnan
1964 - Madu Tiga, P Ramlee
1979 - Panglima Badul, Hussien Abu Hassan

ANUGERAH PENGHARGAAN
1959 - Mahsuri, B N Roa - Cerita Rakyat Digambarkan Dengan Berkesan
1962 - Dang Anum, Hussain Hanif - Cerita Rakyat Digambarkan Dengan Berkesan
1963 - Ibu Mertuaku, P Ramlee - Aktor Cemerlang Dalam Filem
1973 - Satu Titik Di Garisan, M Amin - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1975 - Permintaan Terakhir, Jamil Sulong - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1976 - Jiwa Remaja, Jamil Sulong - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1976 - Hapuslah Airmatamu, Sharifah Aini - Artis Yang Menjanjikan Perkembangan Seni
1978 - Loceng Maut, Naz Achnaz - Keseluruhan Yang Sempurna
1980 - Adik Manja, Othman Hafsham - Komidi Yang Mempunyai Pengajaran
1980 - Esok Masih Ada, Jins Shamsuddin - Tema Terbaik Perpaduan Masyarakat
1980 - Sumber Ilhamku, Aziz Jaafar - Cerita Tentang Kegigihan Artis Yang Berkesan
1982 - Pemburu, Ahmad Yatim - Penonjolan Watak Yang Kuat
1983 - Ranjau Sepanjang Jalan, Jamil Sulong - Kisah Masyarakat Luar Bandar Yang Berkesan
1988 - Antara Dua Hati, Rosnani Jamil - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1989 - Tuah, Anuar Jamil - Memaparkan Interprestasi Baru Sebuah Lagenda
1990 - Hati Bukan Kristal, Raja Ahmad Alauddin - Pengarah Muda Berbakat
1991 - Bintang Malam, Adman Salleh - Menonjolkan Isu Sosial Dengan Berkesan
2000 - Leftenan Adnan, Aziz M Osman - Memaparkan Nilai-nilai Patriotik
2003 - Paloh, Adman Salleh - Memaparkan Kisah Sejarah Yang Berkesan

10.10.13

Bali Oct 2013

Bali.... dan Buah Bali.
Adakah kaitannya?
Esok aku akan cuba cari jawapannya.

?


Bayar jer IDR1,050,000 (termasuk makan & beg 20kg) dapat terbang selama 3 jam bersama AirAsia..... dan tepat jam 1.30pm aku pun tiba di Denpasar Ngurah Rai International Airport yang baru..... yang masih belum siap sepenuhnya..... tetapi telah dibuka sempena Pertandingan Miss World dan Persidangan APEC..... dan banyak lagi persidangan akan diadakan disini..... WHO.


Ketibaan aku telah disambut oleh Gede Kesuma dan Pak Apie, pemandu pelancong aku di Bali..... yang telah dibayar sekitar IDR1,400,000 untuk 2 pax selama 3 hari.

BATRAVCO PRIMA LTD TOURS & TRAVEL
Jl Danau Maninjau 2
PO Box 3194 Denpasar 80227
Bali - Indonesia
T : +62-361288003
E : reserv2@batravco.net
M : +62-8123633872
C : Lilik Hartami


Enjin MPV Suzuki masih lagi suam-suam..... dah pun teruja berfoto di Patung Satria Gatotkaca yang berhampiran dengan airport..... selepas itu gerak pula ke The Spot Hotel, Jalan Legian untuk check in..... IDR640,000 untuk 3 malam.


Masa itu emas kan..... 4.30pm dah kena gerak ke Uluwatu. Masuk je di situ dikenakan bayaran IDR20,000. Panorama di situ memang tercantik dan tak ade di Malaysia..... Terutamanya, bila matahari terbenam.... Aku disambut oleh monyet-monyet..... tak liar pun cuma nakal jer monyet tu.... untuk lihat Tarian Kecak pada pukul 6.00pm dikenakan bayaran IDR70,000. KECAK DANCE adalah sejenis tarian yang tidak diiringi muzik tetapi paduan suara 70 orang lelaki.


Dah lapar sangat2..... makan malam di Pawon Pasundan, Restoran Masakan Sunda ..... pengusahanya muslim dan diperakui oleh MUI (Majlis Ulama Indonesia)...... sedap..... terutamanya Ikan Guroma Terbang yang sangat2 garing...... IDR104,000 berbaloi juga.....


Keesokkan 9.00pm...... dah kena gerak ke Kintamani..... tetapi sebelum tu singgah dulu di Sari Wisata Budaya...... ada persembahan Tarian Barong...... bukan gratis tau....IDR100,000. TARIAN BARONG mengambarkan pertarungan antara kebaikan (Barong) dan Rangda adalah binatang purbakala yang maha dahsyat mengambarkan kejahatan.....begitulah ceritanya.



Di Kintamani, panorama memang indah sekali....berlatarbelakang Gunung Berapi Batur dan Danau..... dingin sekali seperti di Kundasang, Sabah..... tetapi untuk ke sini dikenakan juga tiket IDR10,000. 


Mak ai!...kejapnya sudah jam 12.30pm..... perut pun dah berbunyi minta diisi...... Aku di bawa makan di Restoran Kintamani yang halal..... Bapak Presiden Indonesia bila ke sini, sering makan di sini..... makan apa aja.... bufet tu..... yang penting ada rasanya.....kos nya cuma IDR100,000..... yang penting surau disediakan.


Lepas jer kekenyangan..... kami ke Abian Sari Agrowisata. Di situ ditunjukkan cara-cara memproses kopi lawak..... Biji kopi yang dimakan oleh musang dan dikeluarkan melalui najisnya, sebelum diproses menjadi serbuk kopi..... aku cuma beli Saffron dan Bali Oil Massage.


Di Tampaksiring, sekali lagi dikenakan bayaran masuk iaitu IDR15,000..... dan sesiapa yang memakai seluar pendek dimestikan memakai kain untuk menutup aurat..... Komplek Pura Tirtha Empul didirikan pada tahun 962 Masehi oleh Raja Sri Singha Warmadewa...... di sini penganut hindu akan mandi di pancuran penyucian diri..... seorang bli (lelaki) hindu sedang tunjuk contoh.


Sebelum menamatkan jelajah pada hari ini, kami singgah sebentar di Perkampungan Tegenungan untuk melihat panorama Air Terjun...... ada juga tiket ke.... IDR5,000 untuk 5 minit.


12 Oktober 2013 genap 13 tahun peristiwa letupan bom di Jalan Legian, Kuta yang mengorbankan nama-nama seperti Monumen yang telah dibina di situ.....sepanjang Jalan Legian memang meriah dengan disko dan pub....dan lain-lainnya..... hotel aku di belakangnya..... bising tapi ada tingkap kan.... tutup tingkap kurang bisingnya.


Pagi ahad, destinasi pertama ialah ke Pura Taman Ayu, Raja Magwi Temple..... tiket masuk IDR15,000..... 


Entah berapa banyak daa ..... pura di Pulau Dewata ni...... Di Bedugu terdapat sebuah lagi pura (temple), Pura Ulun Danu Bratan..... memang pun cantik panoramanya...... terdapat danau yang dikelilingi gunung di atas tanah tinggi. Nak lihat pun kena bayar ker..... IDR30,000. Hahaha..... ada gek (perempuan) yang sudi bergambar dengan aku.


Mengapalah perut ni lapar..... dah kul 12.30pm..... patutlah. Bufet di Mentari Restoran, Bedugu IDR137,000 per pax..... biasa ajer rasanya..... tapi yang best di sini adalah pisang goreng yang disiram kuah kastad..... halal tu.... selesai jer melantak..... apa lagi solat ler..... di Masjid Besar Al-Hidayah...... sedang dibaikpulih lagi tapi memang cantik dan lagi cantik untuk melihat panorama danau di Bedugu..... gratis (percuma) pulak tu..... Aku menderma di masjid ini melebihi harga tiket setiap pura.


Inilah lawatan terakhir dalam intenarary ke Bali.....dengan tiket berharga IDR30,000 dipersilakan masuk ke Pura Tanah Lot Tabanan..... panorama ciptaan Allah di sini sememangnya cantik sekali..... di Tanah Lot banyak gerai-gerai jualan cenderamata yang cantik-cantik..... murah-murah..... tapi kena jaguh dalam tawar menawar. Aku beli semua cenderamata, beg dan T-Shirt di sini aje.


Hari terakhir sebelum berangkat pulang. Bersiar-siar di pantai Kuta..... Berjalan-jalan di sepanjang Jalan Legian...... Melihat-lihat di Shopping Mall Beachwalk dan Matahari Mall.


JOM JIMAT JELAJAH 4H 3M
Flight + Hotel + Meals + Transport + Entrance Fees + Shopping + Indonesia Tax = IDR 4,492,915.86 @ MYR 1,570.95 / pax

|

|

|

Bali - diambil daripada bahasa sanskrit dan bermaksud "Spirit of Nature" (penjelasan oleh Gede Kesuma).
Buah Bali - tidak ada pun buah bali aku jumpai di Bali....... dan memang tiada kena mengena pun.


3.8.13

Peristiwa Penting Ogos 2013


8 OGOS 2013 - HARI RAYA AIDILFITRI KE 44
Beraya di Kelantan!.... sama seperti di negeri lain juga...bersalaman memohon maaf..... menziarahi pusara..... bersembahyang sunat aidilfitri..... berkunjung-kunjungan..... dan makan.... dan makan.

Cerita pasal makan ni...Di Kelantan juadah raya yang betul2 ikut tradisi orang dulu2 adalah ketupat dakap. Rasanya padat, lemak dan manis.....dan makan begitu ajer. Selain itu tapai pulut yang dibungkus dalam daun getah juga dihidangkan..... tapi zaman berubah..... juadah rayanya juga telah dipengaruhi juadah raya seperti negeri2 lain.  Ada yang hidangkan Nasi Beriani, Lontong, Bihun Sup, Mee Kari, Satay, Spagetti dan banyaklah nak sebutkan..... dan disebabkan aku, isteri aku masakan rendang utk dimakan bersama-sama ketupat dakap, kalau tak...aku tak makan ketupat tu...


20 OGOS 2013, ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 18

25 OGOS 2013, SELAMAT ULANGTAHUN KE 44

31 OGOS 2013, HARI KEMERDEKAAN KE 56

8.7.13

Kasut Raya Filzah



Seorang budak perempuan amat sedih kerana rakan-rakannya telahpun membeli kasut raya. Setiap hari dia menunggu kasut rayanya tetapi ayahnya masih belum membelinya lagi. Kemudian dia cuba menabung untuk membeli kasut raya dengan segera. Tiba-tiba seliparnya bertukar kepada kasut raya yang diidamkan dan dia sungguh gembira dapat menyambut Hari Raya dengan kasut yang baru.


Born of Silence



Bebanan hutang telah menjadi tekanan kepadanya sehingga mengambil keputusan yang merugikan diri dengan membunuh bosnya kerana tidak memberikan bonus dan kenaikan gaji tahunan. Akhirnya dia telah dijatuhkan hukuman gantung dan keluarganya yang menerima padah kesengsaraan itu.

7.7.13

Hantu 7


7 tahun dahulu di syarikat ini berlaku penyalahgunaan wang syarikat oleh Pengurus Besar Kewangan dan seorang pekerja wanita telah dibunuh kerana telah mengetahui rahsia tersebut. Roh wanita tersebut menjelma semula kerana kisah sepertinya berulang kembali oleh Pengurus Besar Kewangan yang baru. Roh itu cuba memberitahu kerani lelaki ini tentang salahguna perekodan akaun.

..... tapi shooting video ini terpaksa dihentikan pertengahan jalan kerana telah berlaku perkara tidak diingini di tempat lokasi dijalankan.....dan ianya benar-benar berlaku.