MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

28.2.15

Jakarta dan Bandung 2015

Aku kembali lagi.
Antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Memang tiada beza.
Bukan sekadar serumpun tetapi bersaudara
"Bukan begitu Pak Uwat." 
Supir yang akan menemani kami sepanjang berada di Jakarta dan Bandung.
Yang akan membawa bebanan seramai 13 orang.
Selama 4 hari 3 malam.

Jakarta dan Bandung.... telah sering aku ke sini dan kali ini penerokaan lebih tertumpu tempat-tempat yang belum pernah dikunjungi. Tetapi MONAS dan Masjid Istiqlal masih menjadi tempat wajib.

HARI PERTAMA - MONUMEN NASIONAL INDONESIA
Memang meriah di sekitar Monas. Macam-macam aktiviti ada di sini......dengan gelagat warga Indonesia yang mencari rezeki halal seperti cenderamata, alat-alat keperluan dan makanan tradisi Indonesia. 

HARI PERTAMA - MASJID ISTIQLAL
Solat di masjid ini sebentar sebagai muqadimah untuk memulakan destinasi Jakarta dan Bandung ini. Memang ramai yang mengunjungi masjid ini terutama rombongan murid-murid sekolah Indonesia.

MAKAN DI SINI
Mungkin kebanyakan pelancong dari Malaysia akan was-was bab kebersihan makan di warung-warung di sekitar Indonesia. Tapi aku dan sekeluarga nak juga merasa dan ubat-ubat dah dibekalkan jika sakit perut. Alhamdulillah... ok je. KETOPRAK ini adalah seketul ketupat nasi dicampurkan dengan taugeh dan kobis. Kemudiannya diletakkan kuah pecal dan kicap ABC. Dihias pula dengan keropok. Harganya IDR10000 sahaja. Enak juga dan yang penting tak sakit perut pun.

HARI KEDUA - TAMAN SAFARI INDONESIA
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun teruja mahu ke Taman Safari Indonesia yang terletak di Jalan Raya Puncak, Cisarua Bogor. Dari Jakarta ke sini cuma 87km tetapi akibat macet, perjalanan menjadi 3 jam.  Zoo safari ini dibuka jam 9.00am sehingga 5.00pm waktu Indonesia. Tiket masuk bagi pelancong luar ialah IDR300,000 (6 tahun keatas), IDR250000 (6 tahun kebawah) dan IDR15,000 bagi kenderaan kecil. Alhamdullillah..... Pak Supir berjaya dapatkan diskaun 50%.

Taman Safari Indonesia yang terbesar di Asia Tenggara ini memang unik dengan ketinggian 1800m dari aras laut dengan suhu sekitar 16 Celcius. Semua haiwan dibiarkan hidup dengan bebas dan pengunjung boleh gunakan kenderaan masing-masing. Bagi haiwan yang jinak, kita boleh membuka tingkap kenderaan untuk memberi makan pisang atau karot. Tetapi awas bagi haiwan liar. Diwajibkan tutup tingkap, jika kalian mau hidup....

Selain safari zoo, ada juga Funzone & Water Park. Anak-anak aku apa lagi..... "Jom naik Roller Coaster", kata Faiz.  "Yeah! Jom naik kerete langgar", Jerit Jijah. "Jomlah gi rumah hantu", Farzana mengajak Farah. "Jom naik kapal terbang pusing-pusing", teriak Faiq.  "Hai! Budak-budak....korang mainlah puas-puas, ayah dengan mama nak tengok show akrobatik".

MAKAN DI SINI
Nasi Padang memang sinonim dengan Indonesia dan senang di cari.... yang penting halal. Kali ini kami makan siang di Rumah Makan Sederhana....."Tapi harganya enggak sederhana" kata supir kami. Sekali makan, lebih kurang IDR750000.....standard la tu. Lauk pilihan aku.... semestinya rendang daging, sambal hijau dan gulai kulit lembu.....Wow! Kalestrol tu.

HARI KETIGA - KAWAH PUTIH
Kawah Putih ini memang cantik dan menakjubkan. Dibuka setiap hari jam 7.00am sehingga 5.00pm dengan tiket masuk IDR15000 seorang dan IDR150000 bagi membawa kenderaan. Kawah Putih adalah sebuah danau yang terbentuk daripada letusan Gunung Berapi Patuha yang berketinggian 2400m dan suhu adalah sekitar 8-22 Celsius. Tanah di sini berwarna putih akibat percampuran unsur belerang dan airnya pula berwarna putih kehijauan disebabkan kadar belerang, suhu dan cuaca. Dari Bandung cuma 50km tetapi disebabkan macet perlu 3 jam untuk ke sini.

MAKAN DI SINI
Kami cuba pula makanan Sunda di perjalanan turun dari Kawah Putih di  Saung Gawir, Jalan Raya Ciwidey. Makanan set yang terdiri daripada tempe goreng, tauhu goreng, ayam goreng, ikan garumi goreng, sambal hijau, sambal berapi, sambal kicap, keropok, ikan masin dan otak-otak memang menyelerakan. Makan dengan suhu yang sejuk di lereng bukit yang dikelilingi kebun strawberi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Wow! Enaknya membayar IDR700000.

HARI KEEMPAT - SELAMAT TINGGAL
Dari Bandung jam 6.30am dan tiba di Jakarta jam 10.30am dan penerbangan ke KLIA2 tepat jam 1.15pm. Terima kasih Pak Uwat, supir kami dan juga Mawan dan juga Encang kerna telah memberikan perkhidmatan yang baik, berpatutan dan selesa terutama di Hotel Neo, Jakarta dan Apartment Homestay, Bandung.

"Kapan lagi mau ke sini?, Pak Uwat udah tidak sabar mau kembali ke Bandung untuk pelancong seterusnya.
"Ada rezeki aku akan ke sana lagi. Kamu doa akan aku....iya Pak Uwat"

14.11.14

Sg Petani & Penang & Taiping

Kali ini aku akan kongsikan makanan-makanan sumbat jantung yang terbaek!! di sepanjang destinasi kerja di utara semenanjung Malaysia.
"Urgh!!!....Wo lah wei. Udah 11.00 pagi.... breakfast dah lepas"
"Lapar...lapar tahap gaban ni. Jom makan tengahari terus."
Jadi.... kami singgah di sebuah restoran yang agak terkenal dangan kesedapan dan kebersihan dan...kemesraannya.
Aku minum Jus Mangga Muda Asam Boi. Memang sedap giler urat saraf aku. Makanan biasa-biasa je, sekadar ikan bawal goreng panas, telor dadar dan kari daging rusa. Ikan bawal yang panas-panas tu, jirus dengan kicap dan perah asam limau. Pergh! Eh! ada mak mertua lalu belakang aku ke? Harga set untuk 4 orang makan hanya RM54.00 sahaja.... Umph! Memang terbaek.
Korang mesti puas hati makan di sini. Ni...promo terbaik untuk Restoran Bawal Sembilang. Senang aje cari.... belok kiri...belok kanan...jumpalah tu. Kalau gagal lagi, aku tolong bagi alamatnya. No 236F, Gon Silong, Jalan Tikan Batu, 08000 Sungai Petani. Kalau sesat lagi talipon ke nombor 04-4315752. Selamat menjamu selera.

Makan petang pulak. Meh!.... makan yang simple-simple aje di Persiaran Gurney, Pulau Pinang. Memang banyak gerai-garai makanan yang terbeliak mata. Tetapi yang menjadi ranking utama ialah Rojak Pasembur. Pilih saja kueh-kueh pilihan anda dan tambahkan dengan sotong ke... udang ke... ayam ke... Akhir sekali, mamak tu semburkan dengan kuah yang kemerah-merahan. Harga sepinggan RM20.00 sahaja....  Umph! Memang terbaek.

Makan lagi di Kuala Sepetang, Taiping. Di sini memang terkenal dengan Mee Udang yang segar dan sedap. Memang banyak restoran Mee udang di sini. Kali ini aku memacak selera di Restoran Salleh Stall Mee Udang Portweld yang telah diusahakan sejak tahun 1956. Mee Udang ini akan dimasak mengikut selera kita seperti yang berkuah, rebus atau goreng. Aku pilih Mee Udang berkuah Spesial. Memang sedap terutamanya dengan 4 ekor udang besar yang manis dan segar. Harga semangkuk RM18.00 sahaja...  Umph! Memang terbaek.

27.10.14

Ho Chi Minh Oct 14

Trip kali ini memang mencabar. Aku akan membawa 4 orang warga emas dengan purata umur 68 tahun iaitu ayahku, ibuku, dan rakan-rakan ibuku. Perjalanan dari kuanter masuk KLIA2 ke pintu pesawat memang jauh. Alhamdulillah..... sebuah kenderaan kecil disediakan untuk warga emas. Terima kasih Airport Berhad.
"Takpe..... Encik. Saya masih sado lagi..... hantarkan pakcik makcik ni...cukuplah". Tinggallah aku menapak. Berpeluh juga jauhnya.

Sesampai di Tan Son Nhat International Airport, kami naik sebuah mini bas 15 tempat duduk. Tempah di Airport Taxi.......Kira-kira USD4 seorang untuk sampai di depan Hotel Than Thu. Okay tu......   taklah penat sangat.

Letak sahaja beg di bilik masing-masing..... semua kaki-kaki dah nak melangkah.....maklumlah semuanya kaki shopping. Haaa.... tu dia Hajjah Basiroh, taukeh kedai kain dan restoran halal di sana. Kain-kainnya berpatutan harganya dan makanan di restorannya memang sedap. Tu pulak....kedai kain no 474 di dalam pasar Ben Than.....memang murah giler..... cantik giler.

Esokannya, kami semua ambil pakej lawatan ke Sungai Mekong dengan Hajjah Basiroh...... kira-kira USD20 termasuk pakej lawatan, sarapan dan makan tengahari..... yang penting pakej ini halal. Perjalanan ke jeti ambil masa 2 jam dan berhenti rehat di RNR Mekong Rest Stop yang cantk, bersih dan ada cafe serta kedai cenderamata.

Dari jeti kami semua naik bot untuk sampai ke pulau yang berada di tengah-tengah Sungai Mekong dan destinasi dituju ialah tempat perusahaan madu. Semua boleh rasa sesudu kecil madu....percuma tu. Selepas itu dihidangkan pula makan tengahari...... nasi dengan ayam goreng sahaja atau ikan kerisi goreng sahaja sambil didendangkan lagu rakyat Vietnam dan juga lagu Rasa Sayang Eh Rasa Sayang.

Lawatan diteruskan ke perusahaan membuat gula-gula kelapa. Manis nyer........gula-gula ke? amoi Vitnam? Hahaha...... Jom kita rasa mudik sampan di anak sungai Mekong. Rugi tak naik. Di akhir perjalanan ke jeti terdapat gerai cenderamata......beli...beli.... jangan tertipu udah ler.....


Dari Hotel Thanh Thu.... belok kiri...belok kanan... belok kiri....jalan terus...belok kiri...jalan terus....belok kanan...jalan terus....belok kiri...jalan terus...belok kiri.... dah pun sampai di War Remnants Musuem. 15 minit juga berjalan pantas untuk sampai. Argh!...ke depan perut aku ni mendengar penerangan daripada pegawai muzium. Sepatutnya Malaysia perlu ada muzium seumpama ini, paparkan penderitaan rakyat dan askar di masa zaman peperangan dari zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis, peperangan menuntut kemerdekaan di zaman Pemerintahan Inggeris, Perang Dunia ke 2 dengan Jepun, peperangan dengan komunis dan ape-ape peperangan lagi.... Letakkan di tengah-tengah air pancut KLCC.... bagi semua orang tahu....yang penting percuma. Pergh!

Selamat tinggal Ho Chi Minh City selama aku berada dalam masa 50 jam.....memang enjoy. See You Again.

9.10.14

Bandung Yuk! Oct 14

"Jom! kita ke Bandung."
"Aku mau cari Mee Bandung di sana."
".......dan Air Sirap Bandung."

"Yuk! Mulakan BxPx ke Bandung hari ini..."
Soekarno Hatta International Airport merupakan pintu utama masuk ke Jakarta dan yang ke 10 tersibuk di dunia. Sekarang ini sedang dalam proses pembesaran terminal dan pemodenan infrastuktur. Dijangka siap sepenuhnya sebelum Jakarta menjadi tuan rumah Sukan Asia ke 18 pada tahun 2018. 
"Haa! Tu dia.... Hermawan, supir kita udah tunggu." 
Cilok kiri....cilok kanan..... Si Wawan kejar masa nak ke Bandung. Sampai dah nak terkencing aku dibuatnya.
Perjalanan di Lebuhraya Jakarta ke Bandung memang macet. Jarak diantara SHIA ke Bandung adalah lebih kurang 177km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam jika tidak macet.
"Ooi....Wawan berhenti sekejap di RNR."
Besar jugak RNR di sini. Lapar pulak perut aku ni.
"Jom makan di Restoran Nasi Padang"
Memang enak....memang puas hatilah. 
Sampai ajer di New Sany Rosa Hotel. Aku dah nak berdengkur, "Kruk...krok....swing.....syyy".
"Aku nak makan sarapan banyak-banyak di cafe hotel ni......sekejap lagi nak mendaki Gunung Tangkuban Perahu."
Tangkuban Perahu adalah kawah gunung berapi yang paling popular di Indonesia dan menjadi tempat yang wajib dikunjungi kepada mereka yang pertama kali ke Bandung. Jaraknya hanya 20 km dari Kota Bandung iaitu lebih kurang 55 minit perjalanan jika tidak macet. Tiket masuk ke sini berjumlah IDR75,000 dan dikatakan akan meningkat mulai 1 Nov 2014. Gerai-gerai cenderamata banyak di sekitarnya tetapi skil tawar-menawar amat perlu. Jika anda rimas dengan perayu penjual.... katakan, "Sudah sering ke sini dan terima kasih."

"Subhanallah..... ini ke rupanya kawah gunung berapi." Tak pernah tengok sebelum ini.
Ketinggian gunung ini dari aras laut ialah 2.084 meter dan mempunyai suhu sekitar 17 darjah celcius. Pemandangan dari atas puncak gunung ini amat cantik. Kisah percintaan di antara Sangkuriang dengan Dayang Sumbi menjadi kisah lagenda terbentuknya Gunung Tangkuban Perahu ini. 

Floating Market di Lembang tidaklah sehebat di Hatyai, Thailand. Tapi agak bagus juga sebagai tambahan tempat wisata di Bandung. Takkan nak shopping jer.....kan. Tiket masuk ke sini berjumlah IDR10,000 dan kaedah pembelian menggunakan kupon berbentuk coin. Di sini pelbagai makanan dari daerah di Pulau Jawa dijual dan harganya tidaklah begitu mahal. Perut ni.... hanya boleh menjamah Singkong Keju, Pau Doremon, Pisang Keju dan air kopi yang diberikan gratis.

Saung Angklung Udjo merupakan salah satu lokasi pelancungan budaya Sunda yang harus dilawati oleh mereka yang ke Bandung. Dibuka oleh Udjo Ngalegena bersama isterinya pada tahun 1967. Tiket masuk ke pertunjukan muzik angklung ini berjumlah IDR100,000. Di sini juga terdapat jualan cenderamata dan T Shirt di sini berkualiti dan coraknya berbeda dengan yang lain di Bandung.

Setiap saat...saatnya... Baso Samar 2.... 100% daging sapi.... Biasa-biasa saja rasanya. Makan dengan alunan pemuzik jalanan. Kemudiannya ronda-ronda di Cihempelas Walk mencari-cari penjual-jual untuk ditabur rupiah. Sambar juga beberapa helai T Shirt untuk kenangan.

Bandung sememangnya terkenal dengan Factory Outlet dan mememang bersepah-sepah di sana. Wanita-wanita pasti akan teruja, asalkan sediakan rupiah sahaja. Heritage, Anak Kecil dan Rumah Mode Factory Outlet menjadi pilihan aku kali ini. Di Kartika Sari, aku membeli Brownies Cake untuk dibawa pulang.

"Mana Mee Bandung......? Mana Air Sirap Bandung?"
"Yang ada..... Bakso.... Nasi Padang"
Pencarian selama 4hari 3malam di Bandung berakhir dengan pasti bahawa Mee Bandung dan Air Sirap Bandung adalah resepi sebenar Malaysia....lagi sekali.....dari Malaysia. 

28.9.14

Morib Gold Coast Resort

Atoi................... Jom lompat sampai ke bintang!
Jerit kuat-kuat.... "TCI Finance Family Day 2014."


"Semua keluarga berkumpul.....Suhaina, Suhaida, Nor Salawati, Hilya, Nurliyana, R.Izliateaxneynie....Siap sedia. Kita nak bergambar ramai-ramai ni...."
"Eh! Manalah pulak si gadis kecik molek ni. Ooi! Rafiza.... ate berselfie ajer kome yea"


"Kita mulakan sukaneka dengan acara kanak-kanak. Rebut gula-gula. Siapa dapat lebih daripada sebiji boleh dapat hadiah"
"Usah rebut-rebut ye... adik-adik. Semua dapat hadiah...kan."

"Acara kedua...untuk kaum ibu pulak yea. Karipap Siapa Paling Cantik. Korang kena buat karipap daripada tanah liat. Okay, mula dari sekarang"
"Hahaha. Karipap Siapa Paling Cantik ialah Ex dan Hilya....."

"Seterusnya..... acara Susu Siapa Paling Besar. Setiap pasangan kena isi air laut kedalam belon. Okay, start dalam masa 3 minit daripada sekarang"
"Susu Siapa Paling Besar dimenangi oleh Suhaida dan Liyana. Memang pun....


"Acara lelaki ada satu jer..... Siapa Punya Lebih Panjang. Setiap pasangan kena cari apa-apa 5 objek di sekitar sini dan sambung hingga panjang."
"Oi! Naim. Kau ingat...kau punya panjang ker. Pemenangnya acara ini ialah Muhammad Faiz dan Amir"

"Semua dah tak sabar ye....nak main pantai. Acara bebas.... bebaslah korang nak buat apa di pantai ini. Asal korang bahagia dan lupakan seketika kerja-kerja akaun kita"
"Aku nak start buat karangan yeak..."


Morib Gold Coast Resort memang dekat sangat dari tol kajang.