MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

16.2.19

Bangkok NVVIP 2019

Aku bersama 7 lagi rakan2 jalan2 ke Bangkok untuk 3 hari 2 malam (21-23 Feb 2019). Ini kembara 'Backpackers' dan yang pasti tidak selesa dan penat. Ini bukannya VVIP. Hahaha!
Adehh! Ringgit menyusut teruk berbanding Baht iaitu 100THB = 13.06500MYR

DAY 1
Dari KLIA2 jam 4.00pm dan kami tiba di Don Mueng Airport jam 5.15pm. Selesai saja urusan imigresen, masing-masing ke kedai jual SIMCARD. Cukuplah 4GB untuk 5 hari (harga 170B). Kemudian bergegas ke Pintu 5 dan naik bas A1/A2 ke Stesen BTS Mo Chit (Tiket 30B) untuk ke Stesen BTS Ratchathewi (Tiket 40B). Lepas tu jalan kaki 500m ke Samran Place Hotel. Nama pun BxPx.
Lepas-lepas mandi-manda, perut-perut yang kering-kontang pun minta makan. Peh! Makanan di Farida Fatornee memang sedap. Tomyam Seafood, Bihun Tom Yam, Nasi Goreng dan Telor Dadar memang terangkat. Tapi harga boleh tahan (1,400B untuk kami semua). PauDes tengok semua dah terbungkang kekenyangan. Jom kita semua naik tut-tut ke Neon Nite Market (100B setut-tut). 20% beg kena diisi dengan shopee di sini.

DAY 2
Mr Fawzy, supir di Bangkok beritahu akan tiba lewat sedikit di hotel. Ok! Ok! Take times Fawzy. Ada masa PauDes bersarapan di hotel sampai lebam. Destinasi PauDes hari ini ialah ke Maeklong Market, Floating Market dan Asiateaque.

Perjalanan dari Bangkok ke Maeklong ambil masa 2:30 jam. Sampa-sampai saja pelancong2 luar dah siap2 ambil tempat untuk merakamkan saat2 keretapi melalui di pasar tersebut. PauDes pun apa lagi, curi peluang la jugak. Pasar ini sebenarnya kawasan menjual pelbagai buah-buahan tempatan dan  keperluan dapur. Durian Siam! 100B sepangsa. Ok la rasanya. Ada sebuah sahaja gerai Muslim yang menjual air kopi. Sedap. Jika ke situ bantulah dia.

Kemudian PauDes ke Floating Market yang tidak beberapa jauh dari Maeklong Market. Sebuah bot boleh dinaiki 4 orang dengan harga 2000B dan kami menyusuri sungai selama 1 jam sambil lihat-lihat cenderamata dan makanan yang dijual penduduk kampung. Tak ada apa dibeli setakat minum air kelapa ais krim saja bagi membasah tekak.

Selepas itu Mr Fawze mahu solat Jumaat dan dibawanya PauDes di sebuah ceruk kampung. Sambil dia solat, kami yang musafir lepak makan-makan di restoran kecil sebelah masjid. Akhirnya di sini aku menjumpai Laksa Siam di Bangkok. Amat menyelerakan dan sepinggan hanya RM2.50 sahaja.

Dalam perjalanan pulang, Mr Fawzy singgah sebentar di Talai Thai Dried Seafood Centre. Tempat menjual barang-barang jualan keperluan barang2 basah dapur. Disebabkan untuk ke Asiatique masih awal lagi, Mr Fawzy bawa PauDes melawat ke Lhong 1919 iaitu lokasi restorasi budaya China di Thailand dan juga restoran serta pusat jualan cenderamata.

Haa....Jam 4.30pm PauDes sampai juga di Asiatique. Selepas itu masing2 dah lapar dan PauDes makan petang pulut ayam, pulut mangga dan kuih muih di gerai2 halal di luar Masjid di hadapan Asiaique. Di Asiatique kami hanya foto2 untuk upload IG.FB dan lawatan hari ini diakhiri dengan shopee T Shirt di MBK Mall dan Hardrock Cafe Bangkok.

DAY 3
Hari ini adalah hari terakhir PauDes di Bangkok. Flight pulang jam 9.00 malam dan tujuan pertama pagi2 ini adalah melawat The Royal Grand Palace. Dari BTS Ratchathewi ke BTS Saphan  (Tiket 40B) dan kemudian berjalan kaki 50 meter ke Jeti Saphan. Di jeti itu PauDes ke kuanter CHAO PHRAYA TOUR - Blue Flag Cruise untuk beli tiket bot (200B pergi balik).

Sampai je di Jeti Tha Maharaj, PauDes berjalan kaki 500m untuk ke The Royal Grand Palace. Maaa Aii! Panjang giler pelancong China beratur dan memang padat dalam komplek istana tersebut. Selepas  foto2 untuk IG.FB sampai bosan, Paudes bergegas ke Chatuchak Weekend Market sebab 80% isi kandung beg belum terisi lagi.

Dari BTS Saphan ke BTS Mo Chit (Tiket 44B) untuk shopee di Chatuchak Weekend Market. PauDes ambil masa 5 jam untuk membeli belah dan dengan bangganya beg kami telah beranak untuk diusung pulang ke Malaysia. Jumpa lagi Bangkok.

Salam perkenalan Zanariah dan Azlin (Sahabat Contek)

18.12.18

Padang & Bukit Tinggi 2018

Ini kali ke-2 PauDes ke sini dan kali ini membawa pula sahabat-sahabat yang berminat. Inilah itenari selama 4 hari 3 malam ke Padang dan Bukit Tinggi. Seramai 9 orang yang bersama-sama kali ini dengan harga RM950 seorang termasuk AirAsia (Return, Meals & Seat), Hotel, Sarapan, Makan Siang, Makan Malam, Entrance Fees dan juga Tour Trip. Ok kan harganya atau korang dapat lagi murah.

FOREX : IDR100 = RM0.28

HARI - 1
Sebetulnya jadual dirangka.... Sebetulnya juga ketibaan AirAsia di Bandara Antarabangsa Minangkabau, Padang. Urusan kuanter imigrasi pun mudah dan lancar. Kehadiran kami di sambut oleh Pak Afwan, Haftan Tour. Kemudian langsung bergerak ke Bukit Tinggi dan singgah sebentar untuk istirehat di Air Terjun Lembah AnaiπŸ‘πŸ‘. 
Jam 7 malam, kami berhenti di Rumah Makan & Restoran Pak DatukπŸ‘πŸ‘πŸ‘. Masing-masing lapar, semua lauk-pauk licin dan alhamdulillah sedap. Masakan Padang sememangnya banyak santan dan sebab itu ada hospital khusus penyakit strok di Bukit Tinggi, kata Pak Afwan.
HARI - 2
Selepas sarapan di Hotel Bunda, van telahpun sedia menunggu untuk ke Pandai Sikek. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah gerai Bika Talago yang menjual Kuih BikaπŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Koto Baru. Penyediaannya masih secara tradisional dengan dibakar menggunakan kayu api dan periuk tanah. Enaq deh! bila dibelanja oleh Pak Afwan.
Satu KaryaπŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Pandai Sikek adalah sebuah butik kain sulam yang dihasilkan oleh penduduk desa dan diedarkan oleh mereka. Ada yang dihasilkan oleh golongan OKU yang cukup halus kualitinya. Belilah sedikit sebagai niat membantu. Inilah van yang membawa kami selama 4 hari.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan MinangkabauπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Kota Padang Panjang adalah muzium yang memberikan maklumat terperinci tentang kebudayaan Minangkabau. Seorang petugas memberikan penceritaan yang detail tentang Minangkabau kepada kami selama 15 minit. Tiket masuk gratis sebab sudah termasuk harga pakej. 
Tasik SingkarakπŸ‘πŸ‘πŸ‘ ini seluas 107.8 m dan merupakan tasik yang ke 2 terbesar di Sumatera selepas Tasik Danau Toba. Di tasik ini kami menaiki bot selama 20 minit yang mengelilingi sebahagian tasik ini dan untuk sebuah bot dengan caj IDR300000 untuk 9 orang. Di sini juga terdapat gerai buah kuinin. Adehh! Lama tak makan kuinin dowh.
Makan siang di Pondok Flora BatusangkarπŸ‘πŸ‘πŸ‘ memang menyelerakan. Selain lauk-pauk masakan Padang, yang spesial di sini ialah ikan talipia bakar dan makan di bawah kolam ikan talapia pula. Kalau nak tambahan air jus kena tambah sendiri, yang lain telah termasuk harga pakej.
Hujan menyambut kami di Istana Basa PagaruyungπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ di Batusangkar merupakan kediaman keluarga kerajaan. Istana ini merupakan replika dan istana sebenar telah 3 kali terbakar pada tahun 1837, 1966 dan 2007. Kami masuk di sini gratis sebab telah termasuk harga pakej.
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah sebentar di Yennie ButikπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Memang kain-kainnya berkualiti tinggi tetapi harganya tinggi sikit. Adalah dalam anggaran harga IDR200000 hingga IDR300000 sehelai. Selepas itu singgah pula di kedai membuat kerepek Sanjai Ummi Aifa Hakim untuk membeli kerepek-kerepek untuk di bawa pulang. 
Hari ini makan malam di restoran Ayam Penyek Wong Semarang sebab dah makan nasi Padang sore tadi. Kemudian naik kuda dari hotel ke Dataran Jam Gadang (sedang diperbaiki).

HARI - 3
Selepas sarapan yang pelbagai dan mengeyangkan, kami akan "Checked Out" dari Hotel BundaπŸ‘πŸ‘πŸ‘. Daripada kamar jendela Hotel Bunda, kita boleh melihat keindahan Gunung Marapi menjelang pagi. Sungguh indah ciptaan Allah. Belum lagi keindahan Surga.
Taman Bukit TinggiπŸ‘πŸ‘πŸ‘ ini berhampiran Hotel Bunda dan di taman ini kita dapat melihat panorama Ngarai SianokπŸ‘πŸ‘πŸ‘ daripada jauh. Di situ juga terdapat objek sejarah iaitu Lubang JepangπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Seorang pencerita akan menceritakan bagaimana perit bangsa Indonesia di zaman penjajahan Jepun untuk membina terowong bawah tanah ini. Pencerita perlu dibayar tips IDR100000 seorang tetapi tiket masuk sudah termasuk dalam pakej.   
Singgah sebentar di Sungai LandiaπŸ‘πŸ‘ sambil melihat perkampungan dari lereng bukit. Langsung kami ke Puncak LawangπŸ‘πŸ‘dan dari situ kita boleh melihat ke bawah Tasik Maninjau. Tasik ManinjauπŸ‘πŸ‘πŸ‘ merupakan tasik vulkanik dan di ketinggian 461.50 meter dari permukaan laut.
Kilang memproses gula tebu secara tradisionalπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ dengan menggunakan tenaga kerbau untuk memerah batang tebu dan kemudiannya air tebu tersebut dimasak sehingga likat dengan kayu api. Seterusnya dimasukkan pula ke acuan sebelum dibungkus.
Sebelum ke Padang kami singgah makan siang di Restoran SederhanaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Di atas Jambatan Siti NurbayaπŸ‘πŸ‘ satu-satu penjaja jagung bakar mulai menyusun kerusi di bahu jalan. Makan Jagung BakarπŸ‘πŸ‘πŸ‘ dengan sos pedas sambil menghirup udara petang di atas jambatan. Asyikkk!
Makan malam hari ini kita cuba makan di Pondok Ikan BakarπŸ‘πŸ‘ di tepi pantai Padang. Selesai sahaja "Checked In" di Hotel Basa Rang KayoπŸ‘πŸ‘πŸ‘ hujan turun selebat-lebatnya dan dengar maklumat mengatakan tsunami telah berlaku di selat Sunda.
HARI - 4
Hari terakhir dan kami akan meninggalkan Koto Padang. Sebelum menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur, kami menghabiskan sisa-sisa masa yang ada melawat pesisiran Pantai PadangπŸ‘πŸ‘ dan melawat Masjid RayaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ yang mempunyai senibina tradisional Minangkabau yang unik sekali . 
Muzium AdityawarmanπŸ‘πŸ‘πŸ‘ merupakan khazanah yang menyimpan segala sejarah dan kebudayaan Minangkabau sebagai renungan kepada generasi muda sebagai panduan masa hadapan yang panjang.
Terima kasih kepada yang bersama di percutian Padang dan Bukit Tinggi ini. Semoga bertemu lagi di lain masa. Terima kasih Pak Afwan dan Pak Eddy yang menjadikan perjalanan ini selamat dan menyeronokkan. Terima kasih juga Fatan kerana menjadi sahabat kepada Akhtar....selamanya.