MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

6.12.19

Sapa & Hanoi 2019

HARI PERTAMA - SABTU, 07.12.19
Sapa di Hanoi tu? Weii istriku, jom gerak. Malindo Air dah tunggu. Sekali-sekala belanja istri Kelas Bisnes RM792 seorang (pergi balik tu). FauDes berlepas jam 9.50am dan tiba di Hanoi jam 12.05pm (tepat tu). Sampai sahaja di No Bai International Airport, FauDes beli simkad 250,000VND supaya boleh berkomunikasi dengan pemandu Van Limousin yang akan menjemput untuk terus ke Sapa.  

Jam 3.30pm Van Limousin (USD22 seorang) pun sampai dan perjalanan ke Sapa mengambil masa 5 jam termasuk berhenti di RNR. Di RNR dah kena pakai jaket sebab dah sejuk macam Cameron Highland. 

Sampai je di Sapa dah jam 8.30 malam. Van Limosin hantar betul-betul di depan Cosiana Hotel dan selepas 'checked in' perut pun lapar sesangat. FauDes pesan makanan di Cafe hotel dan hantar ke bilik (160,000VND). Pehh...Sup Sayur panas2 dan Nasi Goreng betul menusuk kalbu.

HARI KE DUA - AHAD, 08.12.19
Jam 7.00 pagi dah siap2 nak sarapan (included) di Cafe Cosiana Hotel (Ada Sijil Halal). Menu sarapan boleh tahan banyak dan boleh tahan sedap dan yang tak boleh tahan.....makan di suasana 'view' Subhanallah cantik nyerrr....yang paling tak boleh tahan suhunya 4 Celsius.

Jam 8.00 pagi kami menunggu 'Tour Guide' di depan hotel. Pakej lawatan Cat Cat Village RM100 seorang (included lunch & enterance fees) dibeli melalui KLOOK seminggu sebelum ke Vietnam. FauDes bersama 3 pelancong dari Ho Chi Minh dan 'Tour Guide' seorang wanita yang berpakaian tradisional etnik Sapa.

Selama 3 jam di Cat Cat Village, 'Tour Guide' bersemangat bercerita tentang kehidupan etnik Sapa dalam Bahasa Inggeris. Kami semua perlu turun bukit sejauh 2000m untuk sampai ke perkampungan ini dengan kiri kanan terdapat gerai jualan cenderamata dan makanan. Bila sampai, bagaikan terpukau melihat keindahannya terutama 'Old Hydro Poer Station' dan air terjun. Kemudian dipersembahkan dengan tarian etnik Sapa selama 30 minit.

Jam 11.00 lawatan kami tamat dan minta hantar pulang ke hotel dan 'skip lunch' sebab tak halal pun. Di hotel FauDes makan bekal yang dibawa dari Malaysia. Lepas solat Jamak di hotel, FauDes sambung berjalan-jalan ke Fansipan Legend pula. Dari hotel ke Sun Plaza hanya 300 meter sahaja. Di sinilah 'enterance' ke Fansipan Legend. Tiket 'all in return' adalah 750,000VND

Dari stesen Sun Plaza, keretapi ini akan bergerak sejauh 2 km ke stesen Fansipan di Lembah Moang Hoa dan sepanjang perjalanan akan melalui terowong, melintasi jambatan dan dapat melihat keindahan persekitaran perkampungan di Lembah Moang Hoa.

Dari stesen Fansipan di Lembah Moang Hoa perlu berjalan lagi sejauh 400 meter untuk sampai ke stesen 'cable car' Sunworld, Fansipan Legend bagi menyambung perjalanan ke stesen Gunung Fansipan. Jarak perjalanan antara stesen 'cable car' ini adalah sejauh 1,400 meter selama 15 minit.

Di stesen Gunung Fansipan, terdapat beberapa kedai cenderamata dan restoran. Dari sini FauDes boleh menyaksikan keindahan pergunungan ini. Kemudian kami perlu berjalan 300 meter lagi ke stesen keretapi mendaki bukit untuk perjalanan ke stesen Puncak Fansipan pula.

Akhirnya sampai juga di stesen Puncak Fansipan dan memanjat beberapa anak tangga lagi kami pun sampai di Puncak Fansipan. Puncak Fansipan ini merupakan puncak yang paling tinggi di Indocina iaitu dengan ketinggian 3,143 meter. Subhanallah 'view' dari sini lagi menarik.

Jam 3.00 petang FauDes mula nak gerak turun. Sebenarnya di Puncak Fansipan ini ada sebuah patung Budha yang sangat besar dan beberapa kuil. Kami tak teringin pun nak amik foto-foto tu. Hahaha. Di dalam 'cable car' ini hanya ada kami berdua sahaja. Fansipan Legend ini dibuka daripada jam 7.00am - 5.30pm.

'View' yang menakjubkan ciptaan Allah. Sampai sahaja di Stesen terakhir di Sun Plaza, hari pun mulai gelap. Jam 5.30 petang dah Maghrib tu. FauDes langsung ke Sapa Night Market. Perjalanan ke sana lebih kurang 1500 km dan FauDes bersantai-santai berjalan kaki.

Jam 6.30 malam kami tiba di Cho Dem Night Market. Sepi saja pasar malam ini atau mungkin FauDes sampai awal sangat. Tak ade apa yang menarik perhatian di sini. Kalau nak melantak pun semuanya tak halal. Akhirnya FauDes pulang semula ke hotel dan pesan makanan dan hantar ke bilik. Zzzzzzz.

HARI KE TIGA - ISNIN, 09.12.19
Hari ini adalah hari terakhir FauDes di Sapa dan jam 8.30pm Van Limousin (22USD seorang) akan mengambil FauDes di Cosiana Hotel dan sebelum itu kami bersarapan dulu. Pekerja hotel ini amat mesra dan banyak membantu. Hotel Cosiana pun mempunyai persijilan halal.

Selamat tinggal Sapa dan kalau ada rezeki boleh FauDes pergi lagi. 'Thank you' kerana angkat beg ke Sun Plaza sebab jalan depan Hotel Cosiana sesak teruk dan van tak boleh ke situ. Jam 9.00 pagi kami meninggalkan bandar Sapa.

Setelah 5 jam perjalanan, FauDes tiba di The Tourist Hotel, Old Quarter Hanoi. Ini merupakan kali kedua FauDes menginap di hotel ini. Setelah siap solat jamak, FauDes terus ke pasar Cho Dong Xuan yang hanya 400 meter dari hotel.

Pasar Cho Dong Xuan merupakan pasar borang yang menjual bermacam-macam barangan seperti barangan dapur dan pakaian tetapi dengan kuantiti yang banyak dapatlah harga yang murah dan jika membeli kuantiti sikit kena pandai tawar menawar. FauDes hanya membeli buah-buahan sahaja.

Dari Pasar Cho Dong Xuan, FauDes berjalan kaki lagi sejauh 1400 meter lagi ke Tasik Hoan Kiem. FauDes setakat bergambar sahaja di pintu masuknya sebab selepas itu akan ke Panggung 'Water Puppet Show' yang tidak jauh dari sini. 

Tiket 'Water Puppet Show' yang FauDes beli berharga 200,000VND (duduk barisan kerusi paling depan & dapat cenderahati). Harga mengikut kedudukan zon kerusi. Persembahan tradisional ini mengambil masa 1 jam. Walaupun dalam bahasa Vietnam tapi mudah sahaja memahaminya. 

Selepas tamat persembahan, FauDes bergerak pulang ke hotel dan sepanjang perjalanan bermacam-macam barang disambar untuk dibawa pulang ke Malaysia. Mur2 harganya.

HARI KE EMPAT - SELASA, 10.12.19
Kingkong Travel mengaturkan percutian FauDes ke Halong Bay (45USD seorang). Ini adalah kali ke 2 FauDes ke sini. Bas menjemput FauDes di depan hotel pada jam 9.00 pagi dan selepas itu menjemput kumpulan lain di setiap hotel. Jam 10.00 pagi bas bergerak dari Hanoi dan tiba di jeti Tuan Chau Harbour ke Halong Bay jam 12.00 tengahari. Masuk je ke 'cruise' semua kumpulan ini yang dinamakan 'Circus' dijemput makan. FauDes memilih menu 'vegetarian' bersama pelancung USA. 

Perhentian pertama adalah di Bo Hon Island untuk melihat keindahan di dalam gua yang mana 'stalagmites & stalactites' membentuk pelbagai benda. Contohnya....hahaha.

Perhentian kedua adalah ke Luon Cave dengan menaiki 'bamboo boat' yang dimeriahkan oleh sorakkan pelancong-pelancong China.

Persinggahan terakhir adalah ke Ti Top Island dan terdapat sebuah bukit yang dapat melihat keseluruhan Halong Bay ini. FauDes pada percubaan pertama april 2019 lepas hanya mendaki setakat separuh bukit dan kali ini berjaya sampai ke puncaknya walaupun tercunggap2 tahap Gaban

Jam 5.00 petang kumpulan kami beransur pulang ke jeti dan dalam perjalanan FauDes sempat merakam saat-saat menarik. 'Tour Guide' rombongan kami tergesa-gesa nak pulang ke Old Quarter kerana ada 'live' perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea, Manila 2019 di mana Veitnam menang keatas Indonesia.   

HARI KE LIMA - RABU, 11.12.19
Hari ini adalah hari terakhir FauDes di Hanoi. Sebelum kereta ke 'airport' (12USD) menjemput jam 10.00 pagi, FauDes bersarapan di sebelah Masjid An-Nur. Pehh!! Enaq banget Pho panas2 dengan cakoi yg garing. Halal doe.... 105000VDN sekali air minuman.

Terima kasih PakCik sebab sediakan makanan halal untuk FauDes. Sungguhpun hanya terdapat 3 kedai makan halal di Hanoi tapi di Kedai Circle K (24 Jam) di Old Quater, terdapat banyak makanan-makanan halal yang boleh dikunyah.

Sepatutnya penerbangan pulang jam 12.50 tengahari tapi 'delay' ke jam 3.00 petang dan Malindo Air telah memberikan baucer makanan di 4 restoran yang terpilih. #malindoair. Disebabkan semuanya restoran tidak halal, FauDes hanya minum secakir kopi pahit.

Kos perbelanjaan selama 5 hari 4 malam tidak termasuk makan & 'shopping' adalah RM1,705.00 seorang.

15.8.19

Chiang Rai 2019

Kali ini PauDes berjalan untuk percutian bersama keluarga dan destinasi kali ini ialah ke Chiang Rai via Bangkok selama 4 hari. Dah nak macam separa backpacker.

KLIA -  Don Mueang International Airport, Bangkok
Don Mueang International Airport, Bangkok - Mea Fang Luang International Airport, Chiang Rai
Mea Fang Luang International Airport, Chiang Rai - Suvarnabhumi International Airport, Bangkok
Suvarnabhumi International Airport, Bangkok - KLIA
Inilah penerbangan aku kali ini.
Jumlah perbelanjaan ialah = RM1,814.00 seorang (tidak termasuk membeli-belah sahaja)

HARI PERTAMA. 15 OGOS 2019

Jom ikut Attar ke Chiang Rai. First time naik Business Class Malindo Air. Attar bagi ⭐⭐⭐⭐ dekat #malindoair
Attar main games dulu ya. Alhamdulillah rezeki Allah. Selesa gilass ⭐⭐⭐⭐.
Briyani Kambing memang sedap ⭐⭐⭐⭐⭐. Kek pun sedap⭐⭐⭐. Ini tiket promosi, RM399 (termasuk semua) dari KL ke Bangkok. 
5.30pm tiba di Don Mueang International Airport, Bangkok yang sentiasa sibuk. Nak amik gambar pun susah. "Ahh! Gebang...sepi jer tengok". Haha...mesti korang cakap macam tu.

Selepas beli Simkad di 'airport'. Jom ikut Attar naik bas A1/A2 di (EXIT 5). Huh! Attar tengok padat bas ni. Waktu orang balik kerja ke? Tambang bas ('airport' ke Mo Chit) 30B dan tambang BTS (Mo Chit ke Ratchathewi) 40B. 
Sampai jer di BTS Ratchathewi, PauDes berjalan kaki 400m untuk cari makan malam. Tu dia Restoran Farida Fatornee. Sedap giloss Tom Yam Seafood ⭐⭐⭐⭐ udang banyak. Attar makan nasi putih dan telur dadar jer (Semuanya 380B). Wei! Seberang jalan tu Hotel Samran Place kah? 
HARI KEDUA. 16 OGOS 2019

Selepas 'breakfast' di hotel, Attar naik BTS (Ratchathewi ke Saphan Taksin). Cer teka Attar nak pergi mana? Tambang 40B saja.  
Haha...Attar nak naik bot di Sungai Chao Phraya la. Nak pergi tengok istana Raja Siam. Tambang pergi balik 38B untuk bot biasa-biasa. Kalau naik Chao Phraya Tourist Boat 200B 'unlimited'.

Dah sampai pun di The Royal Grand Palace. Tak masuk dalam pun. Mahal sangat 500B. Jadi tengok luar je la. Pastu balik hotel untuk 'checked out'.

Attar dah nak siap-siap balik. Sekejap aje di Bangkok ni. Attar jadi model depan Masjid Darul Aman. Ayah kata, kalau pergi 'overseas' mesti singgah masjid mereka. 
Attar nampak sedap pulak kerabu suhoon bungkus telor ni. Tengahari belum makan lagi. 40B jer.... Murr murr!
Attar menginap di Petchaburi dan Hotel Samran Place menjadi pilihan ayah jika ke Bangkok. Attar nak naik BTS dan bas untuk ke Don Mueang International Airport (macam masa datang semalam). Tambang 70B sahaja.

Attar datang lagi ke Don Mueang International Airport. Nak ke Chiang Rai naik kapalterbang Nok Air.

Kenapa la perut Attar lapar lagi. Makan burger dengan milo kotak la di Restoran Halal di Terminal berlepas Don Mueang International Airport.
Nok Air⭐⭐ dah sampai. Jam 5.20 petang, Attar nak pergi Chiang Rai. Tiket ayah beli 'on-line' RM180 tapi hanya sediakan air mineral ajer.
Jam 6.35 petang, Attar tiba di Mea Fang Luang International Airport, Chiang Rai. Miss Leena menyambut Attar sekeluarga. Percutian ini amat singkat dan PauDes menggunakan khidmat supir dengan bayaran 3500B seorang.
Muka Attar yang dah lapar. Miss Leena memang sungguh baik. Dia bawakan kami ke Restoran Halal yang berhampiran Terminal Bas Chiang Rai. Kami makan nasi set jer⭐⭐⭐. Alhamdulillah, Sedap.
Jam 8.00 malam sampai di Hotel Chiang Rai⭐⭐⭐⭐. Harga bilik RM228 untuk 2 malam (dengan Agoda). Bilik simple tapi amat cantik.
HARI KETIGA. 17 OGOS 2019

Mula2 Attar kena sarapan dulu tau sebab nak jalan jauh ni. Berhampiran dengan Hotel Chiang Rai terdapat sebuah Masjid Darulaman dan di situlah ada sebuah restoran muslim.
Sarapan dengan Khao Soi Curry Mee⭐⭐⭐ hanya 50B. Jika ke Chiang Rai jangan tak cuba makanan terkenal mereka ini
8.30 pagi, acara pertama melawat 'Long Neck Village'⭐⭐⭐⭐. Attar dah pusing kampung ni. Orang kata di kampung ni ada Nenek leher jinjang. Mana nyer?

Aaii.... Macam mana pulak nenek leher jinjang ni duduk sebelah ayah. Kalau nak masuk 'Long Neck Village' ini dikenakan tiket masuk. Tapi Paudes dah termasuk dalam pakej si Leena tu.
Selepas itu jam 10.00 pagi, Attar melawat ladang teh hijau di 'Choui Fong Tea Plantation' ⭐⭐⭐⭐. 

Attar nampak cafe. Attar nak ais krim choclate ⭐⭐⭐. PauDes pilih ais krim green tea ⭐⭐⭐ dan kek green tea ⭐⭐⭐.
Aaaa..... ni tempat yang ditunggu-tunggu oleh Madam Zura. Jam 12.00 pm Paudes tiba di Taman bunga 'Doi Tung Royal Villa' ⭐⭐⭐⭐⭐ setelah Miss Leena mendaki dengan keretanya (seperti jalan ke Cameron Highland). Peh! berjam-jam di sini.

Sambil mama berselfie dengan bunga-bungaan. Attar nak pergi main dengan kawan-kawan.
Jom la mama..... kita balik. Attar dah lapar nie. 
Pada jam 2.30 pm, Miss Leena membawa PauDes ke sebuah restoran halal di Mae San. PauDes makan nasi dengan sup daging⭐⭐⭐. Agak sedap juga. Restoran ini bersebelahan masjid.
Attar sedang tunjukkan sempadan antara Thailand dan Myanmar di Mae San ⭐⭐. PauDes tak berminat sangat nak 'shopping' di sini. Barang-barangnya biasa-biasa saja. Jam 3.30 petang PauDes dah beredar dari sini.
Lawatan terakhir pada jam 4.00 petang adalah ke Golden Triangle ⭐⭐ iaitu bahagian hujung yang bersempadan antara Thailand, Myanmar dan Laos. Kawasan ini merupakan pengeluar candu yang tersohor di Asia Tenggara. Jam 5.00 petang lawatan berakhir dan pulang ke hotel.
Lepas rehat-rehat dan solat di bilik, PauDes pergi ke 'Saturday Night Market' yang berhampiran dengan hotel kita orang. Ada 3 gerai makanan muslim di sini. Pasangan ni menjual kerabu sotong⭐⭐⭐⭐. Sedap doe!

Gerai ni pulak menjual roti canai telor⭐⭐⭐. Boleh tahan sedap. Makan di meja yang disediakan dengan iringan konsert di pentas terbuka.
Gerai ni pulak menjual nasi kuning⭐⭐⭐ dengan lauk ala-ala kari dan juga samosa. Harga dalam 50B untuk lauk ayam.
HARI KEEMPAT. 18 OGOS 2019

Sarapan pagi hari ini PauDes makan Khoa Soi lagi ⭐⭐⭐. Attar pulak minta nasi kuning dengan ayam ⭐⭐⭐ (seperti briyani ayam). Rata-rata harga makanan halal di Chiang Rai sekitar 50B-70B sahaja
Hari ini hari ke 4 dan PauDes naik basikal pusing-pusing keliling bandar Chiang Rai dengan basikal yang disediakan oleh hotel. 
Menara Jam Chiang Rai ⭐⭐⭐ merupakan mercu tanda bandar ini. 
Masjid Darulaman ⭐⭐⭐⭐⭐ merupakan masjid terbesar di bandar Chiang Rai. Tak jauh dari Hotel Chiang Rai dan Menara Jam Chiang Rai.
Attar ucapkan Selamat Tinggal Chiang Rai. Entah bila lagi nak ke sini lagi. Kapalterbang Bangkok Airways telah menanti kami.

Tiket Bangkok Airways⭐⭐⭐⭐ ini berharga RM195 termasuk semua dan dibeli on-line bagi tujuan Mea Fang Luang International Airport, Chiang Rai ke Suvarnabhumi International Airport, Bangkok. Dapat sandwich halal dan jus oren
Flight berlepas jam tepat 3.20 pm dan tiba di Bangkok jam 4.50 pm. Flight seterusnya ke Kuala Lumpur jam 7.40 pm
Ini kapalterbang kebanggaan Malaysia⭐⭐⭐⭐. Nasi bersama Chicken Butter⭐⭐⭐⭐ dan buah-buahan memang sedap. Tiket MAS ini adalah RM303 termasuk semua.
Attar ngap lu. Semoga berjumpa lagi dengan Attar di destinasi yang lain. (Itupun jika ayah ajak lagi). Hai! Kak Leena.