MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

27.7.14

Kalori Makanan Aidilfitri

Betulkah makanan raya di Malaysia sememangnya sungguh lazat..... sungguh sedap...... dan sungguh mewah?
Ya. Sungguh mewah dengan minyak dan santan.

Ummph! Tengok contoh kalori makan raya yang kebiasaannya yang dihidangkan kepada tetamu :-
Nasi Dagang, Kari Ayam & Sayur Acar, Hidangan 1 pinggan - 510 kalori
Lemang, Hidangan 1 potong 30g - 100 kalori
Ketupat Pulut Daun Palas, Hidangan 1 biji 50g - 130 kalori
Ketupat Nasi, Hidangan 5 potong 200g - 220 kalori
Kuah Kacang, Hidangan 1 senduk 50g - 130 kalori
Rendang Ayam, Hidangan 1 ketul 50g - 100 kalori
Rendang Daging, Hidangan 2 ketul 50g - 130 kalori
Satay Ayam, Hidangan 5 cucuk 80g - 200 kalori
Satay Daging, Hidangan 5 cucuk 80g - 190 kalori
Mee Kari, Hidangan 1 mangkuk 410g - 530 kalori
Laksa Johor, Hidangan 1 mangkuk 250g - 330 kalori

Apakah keperluan kalori bagi seseorang dewasa di Malaysia untuk sehari?
Bagi lelaki jumlahnya 2250 kalori
Bagi perempuan jumlahnya 1800 kalori

Bagaimanakah jika mengambil kalori yang lebih daripada yang ditetapkan?
Sekiranya kita mengambil 3000 kalori dalam masa sehari tanpa melakukan apa-apa aktiviti yang membakar lemak maka lebihan sebanyak 750 kalori itu akan tersimpan sebagai lemak di dalam badan. Ada berani ka..?

Sekiranya kita ziarah hari raya sebanyak 5 buah rumah dalam sehari di musim perayaan ini. Berapakah jumlah kalori yang diambil?
Rumah 1 - Ketupat Nasi, Kuah Kacang & Rendang Ayam = 450 kalori
Rumah 2 - Nasi Dagang, Kari Ayam & Sayur Acar = 510 kalori
Rumah 3 - Lemang & Rendang Daging = 460 kalori
Rumah 4 - Ketupat Palas & Rendang Daging = 520 kalori
Rumah 5 - Mee Kari = 530 kalori

Jumlah kalori yang telah diambil adalah 2470 kalori. OMG! dah terlebih 220 kalori..... ini pun minum air kosong jer. Macam mana ni? Hah! anda masih berpelung kurangkan..... banyakkan berjalan kaki setiap kali pergi ziarah di hari raya.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA SAYA SEKELUARGA

Tiada ulasan: