RM374.90 = AirAsia - seat, meals, baggage 20kg dengan return ticket.
RM065.90 = Dream Hotel Pattaya - Sebilik RM131.80 (kongsi berdua) semalam.
RM159.90 = Samran Place Hotel - Sebilik RM319.80 (kongsi berdua) 2 malam.
RM062.50 = Transportation. BTS 1 Day Card, Boat, Bus ke Pattaya (pergi balik).
RM663.20 = Perbelanjaan tidak termasuk makan dan membeli belah.
FOREX 100B = RM12.60
PATTAYA
KLIA2 - 7.45am. Don Mueang International Airport - 8.55am. Airport Bus - 9.45am. BTS Mo Chit - 10.20 pm.
KOH LARN
Koh Larn bermaksud Pulau Coral. 10 pagi kami dah gerak ke jeti. Di sini kami dikerumuni oleh agen2 yang cuba menawar pakej terbaik ke Koh Larn. Akhirnya kami terpesona dengan bot laju yang harga 300B return. Ada lagi murah ke...?
Sesampai je di perairan Nuah Beach, Koh Larn. Apa lagi buka baju... buka seluar. Jom terjun ke laut. Aai!! Takkan nak berendam je kan. Nanti kembang pulak badan ni. Jom ronda2 keliling pulau naik motor. Sewa 200B selama 2 jam.
Pusing punya pusing keliling Koh Larn ni. Tak jumpa la pulak gerai makanan Islam. Walau boleh makan makanan seafood bakar-bakar tapi nak juga makan daripada air tangan umat Islam Koh Larn. Alhamdulillah. Akhirnya jumpa sebuah gerai Islam ketika nak pulang. Apa lagi menyantap Som Tam, Tom Yam dan pisang bakar. Aduh! Sedap nyerrr
BANGKOK
Jam 4 petang. Gerak pulang dari Koh Larn. Lepak2 sekejap di Ripley Believe It or Not di Royal Garden Plaza. Mahal sangat tiket jadi tengok2 je dan bergambar. Kemudian kami kembali ke Bangkok dengan bas.

Sampai je di stesen BTS Ekamai terus je ke stesen BTS Ratchathewi dan terus je berjalan dan berjalan sampai 400m ke Samran Place Hotel dan kami tertoleh ke kanan. Ada restoran halal Farida Fatornee. Apa lagi....singgah dulu nak makan Bihun Sup Daging.
CHATUCHAK WEEKEND MARKET
Dah pernah ke sini, jadi sama je kalau ambil gambar. Kali ini kita jurus kepada makan halal yang ada di sini. Sesiapa yang ke sini singgahlah di gerai Madenah Halal Noodle, Macam-macam ada. Kao Lao Soup seperti mee kicap agak enak juga.

PETCHABURI ROAD
Petchaburi Road di antara tempat amat sesuai sekali bagi pelancong muslim bajet. Di Petchaburi Road Soi 7 terdapat gerai-gerai dan restoran halal dengan pelbagai masakan Thailand yang halal. Boleh tahan juga murtabak makan jelatah dan pulut mangga memang tak boleh dinafikan sedap.
Di Petchaburi Road juga merupakan salah satu pusat membeli-belah pakaian yang terbesar di Bangkok. Hahaha..... dapatlah sehelai T Shirt. Dah sampai masa hendak pulang ke Malaysia. Macam biasa naik BTS ke Mo Chit dari stesen Ratchathewi. Kemudian naik bas A1 ke Airport. BYE! BYE Bangkok. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan