MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

10.9.18

58th Asia Pasific Film Festival 2018

Festival Filem Asia Pasifik yang ke 58 diadakan di Teipeh, Taiwan pada 1 September 2018. Pada tahun ini, filem Malaysia hanya menggondol 1 anugerah utama sahaja :-
KESAN VISUAL TERBAIK - Filem INTERCHANGE 

2018 - 58th APFF Teipeh, LION, Australia
2017 - 57th APFF Phnom Penh, OGGATONAMA (THE UNNAMED)Bangladesh
2013 - 56th APFF Macau, LIKE FATHER, LIKE SONJapan
2012 - 55th APFF Macau, LIFE WITHOUT PRINCIPLEHong Kong
2010 - 54th APFF Teipeh, JANALAIndia
2009 - 53th APFF Kaohsiung, LASKAR PELANGIIndonesia
2008 - 52th APFF Jakarta, - DIBATALKAN -
2006 - 51th APFF Teipeh, ZAN E ZAIDI, Iran
2005 - 50th APFF Kuala Lumpur, TAE GUK GI, Korea
2004 - 49th APFF Fukuako, TAIPEH 21Taiwan
2003 - 48th APFF Tehran, A LITTILE MONKKorea
2002 - 47th APFF Seoul, INOCHIJapan
2001 - 46th APFF Jakarta, WHAT TIME IT IS THERE ?Taiwan
2000 - 45th APFF Hanoi, SANDY LIVESVeitnam
1999 - 44th APFF Bangkok, NANG NAKThailand
1998 - 43rd APFF Taipeh, DAUN DI ATAS BANTALIndonesia
1997 - 42nd APFF Jejudo, SUCH A LIFETaiwan
1996 - 41st APFF Auckland, A PETALKorea
1995 - 40th APFF Jakarta, HSIAO YUTaiwan
1994 - 39th APFF Sydney, EAT DRINK MAN WOMENTaiwan
1993 - 38th APFF Fukuoka, THE CAGEMANHong Kong
1992 - 37th APFF Seoul, PUSHING HANDTaiwan
1991 - 36th APFF Taipeh, A BRIGHTER SUMMER DAY, Taiwan
1990 - 35th APFF Kuching, SONG OF EXILETaiwan & THE SONG OF CRAZY LOVE , Korea
1989 - 34th APFF Jakarta, BUDDIESJapan
1988 - 33rd APFF Phuket, STRAWMANTaiwan
1987 - 32nd APFF Taipeh, SURRAGATE WOMENKorea
1986 - 31st APFF Seoul, DOA TANDA MATA, Indonesia
1985 - 30th APFF Tokyo, DEEP BLUE NIGHTKorea
1984 - 29th APFF Bangkok, APPASIONATAJapan
1983 - 28th APFF Taipeh, THE THREE KINGDOMJapan
1982 - 27th APFF Kuala Lumpur, PHALAYALAM PALAVIIndia
1980 - 26th APFF Jakarta, KABUT SUTRA UNGUIndonesia
1979 - 25th APFF Singapore,
1978 - 24th APFF Sydney, ITIM, Philippines
1977 - 23rd APFF Bangkok, SENSEI NO TSUSHINBOJapan
1976 - 22nd APFF Pusan, 
1975 - 21st APFF Jakarta, INCOME CAVEJapan
1974 - 20th APFF Taipeh, SANDAKAN HACHIBANSHOKAN BOHKYOJapan
1973 - 19th APFF Singapore,
1972 - 18th APFF Seoul,
1971 - 17th APFF Taipeh, PENGANTIN REMAJAIndonesia
1970 - 16th APFF Jakarta, APA YANG KAU CARI PALUPIIndonesia
1969 - 15th APFF Manila,
1967 - 14th APFF Tokyo,
1966 - 13th APFF Seoul, LAN YU HEI, Hong Kong
1965 - 12th APFF Kyoto, BIMUJANG JIDAEKorea
1964 - 11th APFF Taipeh, RED SCARF, Korea
1963 - 10th APFF Tokyo, KOTOJapan
1962 - 9th APFF Seoul, SARANGBANG SONNIMGWA EOMEONIKorea
1961 - 8th APFF Manila, AKIBIYORIJapan
1960 - 7th APFF Japan,
1959 - 6th APFF Kuala Lumpur, THE KIGDOM AND THE BEAUTY, Hong Kong  
1958 - 5th APFF Manila, OUR SISTER HEDYHong Kong
1957 - 4th APFF Tokyo, SUZAKUMONJapan
1956 - 3rd APFF Hong Kong, ANAK DALITAPhilippines
1955 - 2nd APFF Singapore, SHUNKIN MONOGOTORIJapan
1954 - 1st APFF Tokyo, GOLDEN DEMONJapan

24.4.18

Yogyakarta Yuk! 2018

Telah beberapa kali di tunda ke sini dan akhirnya dengan kembalinya AADC2, aku pun ke sini juga.

RM221.86 = AirAsia - Tiket, Seat & Meals (Pergi Balik)
RM261.00 = Masih Abadi Tour - Supir untuk 4 hari 3 malam
RM211.71 = Whiz Prime Malioboro Hotel - untuk 4 hari 3 malam (setelah dibahagi 2)
RM255.20 = Entrance Fees & Makan Lobster

 RM949.77 = Jumlah perbelanjaan tidak termasuk makan dan membeli belah  

 DAY 1, KHAMIS 12 APR 

Yeah!! Aku udah mendarat di Bandara Adisutjipto International, Jogjakarta bersama temanku. Terbang 2 jam dari Kuala Lumpur memang tidak bosan..... kerna hidangan Nasi Bukhori AirAsia enak banget!

Jejak saja di tanah Jogjakarta, aku dan teman kepingin makan yang sama seperti Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2). Supirku Pak Tono, lansung ke Pasar Wonokromo. Ada apa di sini Pak Tono? tanyaku. "Kamu akan lihat AADC2 di sini." senyumnya yang buat kami terfikir. Oh! Iya. sinilah Rangga dan Cinta berbicara sambil makan sate Klathak. Sate Klathak bagiku biasa-biasa saja cuma kemanisan daging segar yang digaul garam dan kicap yang kemudiannya dibakar dengan arang memang mengasyikkan.

"Yuk! Pak Tono. Kita ke Sellie Caffee" Aku mengajak Pak Tono yang baik hati. "Rangga dan Cinta berbicara bisu di caffee itu" Katanya. "Tau aja Pak Tono filem AADC2" Aku mencelah. "Aku udah nonton 3 kali" Kata-kata Pak Tono membuat kami ketawa. Hahaha. Di kafe ini, aku hanya minum secakir kopi bersama goreng pisang cheese sambil diiringi musik.

 DAY 2, JUMAAT 13 APRIL 

Hari ke 2, kami keluar dari hotel seawal jam 4.00 pagi waktu Indonesia. Sejam kemudian kami tiba di Kebun Buah Mangunan dengan tiket IDR5000. Di sini kita dapat melihat kabus yang indahkan lereng-lereng bukit di situ.

Jam 6.15 pagi kami gerak ke Jurang Tembelan dengan tiket IDR2500. Di sini terdapat sudut menarik untuk berfoto. Hasilnya.....ini saja Samsung aku yang mampu ketik. Sarapan goreng-gorengan di sini bersama secakir kopi hangat memang menghangatkan suasana. Selepas itu kami ke Lintang Sewu dengan tiket IDR2500, juga untuk berfoto.

Jam 10.30 pagi, kami terjah ke Timang untuk makan lobster seperti viral di media sosial Indonesia. Fuh! Lobster grand banget. 4 ekor lobster, ikan bawal bakar, kangkung goreng, nasi bersama minuman sekitar IDR550,000 lumayan.

 
Jam 11.30 pagi, kami singgah sebentar ke Pantai Iranyanti dan harga tiket IDR10,000 untuk lihat-lihat pantai awam di Jogjakarta. Selepas itu singgah solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Paliyan.

Jam 2.30 petang, kami tiba di Taman Sari dan tiket masuk cuma IDR15,000. Kawasan istana ini memang besar dan kami hanya dapat melawat sebahagian saja. Cuma diharapkan kerajaan Indonesia dapat mencantikkan lagi Taman Sari ini sebagaimana Candi Borobodor.

 DAY 3, SABTU 14 APRIL 

Jam 4 pagi kami sudah dikejutkan oleh Tomi. "Cepat" ujarnya. Kita perlu sampai ke Kem Jeep di Kaliurang sebelum subuh. Pengalaman sungguh menarik menaiki jeep untuk ke kaki gunung Merapi. Laluan sepanjang 6 km begitu mencabar seperti naik kuda. Tetapi sesuatu menginsafkan kita tentang ledakan lava yang telah tinggalkan kesan kepada penduduk di sini pada tahun 2010. Tiket untuk menaiki jeep ini punyai berbagai pakej dan kami mengambil pakej berharga IDR500000 sahaja. 

Borobudur adalah monumen Budha terbesar di dunia yang dibina pada tahun 750 oleh pemerintahan Jawa Dinasti Sailendra. Borobudur diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia. Tiket masuk untuk pelancong luar memang mahal iaitu IDR325,000. Setelah 1 jam berpusing-pusing di atas Borobudur kami pun pilih jalan pulang.

Wow! Dapat juga makan Bakso Beranak di Hadi Jaya Bakso Super Jumbo. Restoran ini terletak di perjalanan pulang dari Borobudur. Pergh! memang sedap Bebola Daging ini. Besar tapi lembut dan di dalamnya ada lagi bebola dan telor. Kena repeat lain kali lah.

Time to shopping. Tapi wang udah nipis. Namun di Pasar Beringharjo tawarkan harga yang amat berpatutan murah. Kami sambar jugak sehelai dua sebagai ole-ole. Di Jalan Malioboro pula begitu meriah dengan manusia berbagai ragam. Muzik jalanan, khemah-khemah jual makanan dan teriakan penjual baju batik Indonesia memang meriah hingga ke larut malam.

 DAY 4, 15 APRIL 2018 


 
Hari terakhir di Yogya ini memang terasa singkat je. Macam tak sempat nak cover ke semua tempat yang menarik. Sebelum pulang ke Negaraku Malaysia, kami singgah makan Gudeg Yu Djum Pusat dan aku berkesempatan masuk ke dalam dapurnya. Ianya telah mencipta inspirasi dan membuat aku berfikir sejenak di dalam penerbangan pulang.

SELAMAT KETEMU KEMBALI DI YOGYA

2.4.18

Pattaya & Bangkok 2018

Bangkok..... Pattaya.... Aku datang lagi.

 RM374.90 = AirAsia - seat, meals, baggage 20kg dengan return ticket.
 RM065.90 = Dream Hotel Pattaya - Sebilik RM131.80 (kongsi berdua) semalam.
 RM159.90 = Samran Place Hotel - Sebilik RM319.80 (kongsi berdua) 2 malam.
 RM062.50 = Transportation. BTS 1 Day Card, Boat, Bus ke Pattaya (pergi balik).

 RM663.20 = Perbelanjaan tidak termasuk makan dan membeli belah. 

 FOREX   100B = RM12.60

 PATTAYA 
KLIA2 - 7.45am. Don Mueang International Airport - 8.55am. Airport Bus - 9.45am. BTS Mo Chit - 10.20 pm.

 KOH LARN 
Koh Larn bermaksud Pulau Coral. 10 pagi kami dah gerak ke jeti. Di sini kami dikerumuni oleh agen2 yang cuba menawar pakej terbaik ke Koh Larn. Akhirnya kami terpesona dengan bot laju yang harga 300B return. Ada lagi murah ke...?


Sesampai je di perairan Nuah Beach, Koh Larn. Apa lagi buka baju... buka seluar. Jom terjun ke laut. Aai!! Takkan nak berendam je kan. Nanti kembang pulak badan ni. Jom ronda2 keliling pulau naik motor. Sewa 200B selama 2 jam.  


Pusing punya pusing keliling Koh Larn ni. Tak jumpa la pulak gerai makanan Islam. Walau boleh makan makanan seafood bakar-bakar tapi nak juga makan daripada air tangan umat Islam Koh Larn. Alhamdulillah. Akhirnya jumpa sebuah gerai Islam ketika nak pulang. Apa lagi menyantap Som Tam, Tom Yam dan pisang bakar. Aduh! Sedap nyerrr


 BANGKOK 
Jam 4 petang. Gerak pulang dari Koh Larn. Lepak2 sekejap di Ripley Believe It or Not di Royal Garden Plaza. Mahal sangat tiket jadi tengok2 je dan bergambar. Kemudian kami kembali ke Bangkok dengan bas.


Sampai je di stesen BTS Ekamai terus je ke stesen BTS Ratchathewi dan terus je berjalan dan berjalan sampai 400m ke Samran Place Hotel dan kami tertoleh ke kanan. Ada restoran halal Farida Fatornee. Apa lagi....singgah dulu nak makan Bihun Sup Daging.


 CHATUCHAK WEEKEND MARKET 
Dah pernah ke sini, jadi sama je kalau ambil gambar. Kali ini kita jurus kepada makan halal yang ada di sini. Sesiapa yang ke sini singgahlah di gerai Madenah Halal Noodle, Macam-macam ada. Kao Lao Soup seperti mee kicap agak enak juga.


 PETCHABURI ROAD 
Petchaburi Road di antara tempat amat sesuai sekali bagi pelancong muslim bajet. Di Petchaburi Road Soi 7 terdapat gerai-gerai dan restoran halal dengan pelbagai masakan Thailand yang halal. Boleh tahan juga murtabak makan jelatah dan pulut mangga  memang tak boleh dinafikan sedap.


Di Petchaburi Road juga merupakan salah satu pusat membeli-belah pakaian yang terbesar di Bangkok. Hahaha..... dapatlah sehelai T Shirt. Dah sampai masa hendak pulang ke Malaysia. Macam biasa naik BTS ke Mo Chit dari stesen Ratchathewi. Kemudian naik bas A1 ke Airport. BYE! BYE Bangkok. Jumpa lagi.

3.12.17

Osaka Dec 2017

Perjalanan yang agak mencabar. Kembara di negara matahari terbit yang serba mahal dengan bajet yang kecil. Setelah tiket dibeli dan bermulaklahvkajian dilakukan dalam masa setahun. Terima kasih kepada kawan-kawan di  RTJ  yang banyak memberi panduan.

 AIRASIA  Tiket Pergi Balik (Seats, Baggage 25kg & Meals) - RM3,030.24 (3 orang).
 INSURANS  Pakej Famili Gold - RM100.50
 SIMCARD  RM142.00 (3G & 5G) - beli on line dengan layari http://hello1010.my
 FOREX  100Y = RM3.735

OSAKA AMAZING PASS
7500Y (3 orang) - boleh digunakan dalam sehari sahaja. Keistimewaannya boleh naik TRAIN tanpa had dan juga tiket percuma untuk masuk ke tempat menarik  yang terpilih (Guna di Osaka sahaja dan dibeli di Kansai International Airport).
ICOCA CARD
27060Y (3 orang) - kad ini seperti Touch N Go di Malaysia. Boleh digunakan di Line JR dan juga di banyak Train Line di Osaka, Kyoto, Nara  dan Kobe. Tak cukup nilai boleh tambah di mesin disediakan. (Dibeli JR Office di Kansai International Airport).
ROKKOSAN TOURIST PASS
3000Y (3 orang) - Pakej ini adalah untuk lawatan ke Mount Rokko, Kobe bermula dari bas di Rokko Station sehingga ke Puncak Rokko kecuali Cable Car (Dibeli di Kansai International Airport).
ROKKOSAN CABLE CAR
5460Y (3 orang) -  Pilihan kepada sesiapa yang nak menaiki cable  car (Dibeli di kuanter tiket).
ROKKOSAN SNOW
4800Y (3 orang) - Ini juga pilihan kepada sesiapa nak bermain dengan salji (Dibeli di kuanter tiket).
KOBE KANSAI ONE WAY FERRY SHUTTLE
3000Y (3 orang) - bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman ke Kansai International Airport melalui feri dari Kobe (Dibeli di Kansai International Airport).
SAGANO ROMANTIC TRAIN 
1860Y (3 orang) - Pilihan bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman menaiki keretapi klasik (Dibeli di kuanter tiket).
KYOTO TOWER 
2100Y (3 orang) - Pilihan kepada yang teruja nak melihat Kyoto dari atas menara (Dibeli di kuanter tiket)

SHIN IMAMIYA HOTEL
RM487.94 (dengan AGODA) untuk 2 malam di Osaka ⭐⭐
SUNPUT NANAJO MIBU GUESTHOUSE
RM243.67 (dengan AGODA)  untuk semalam di Kyoto. ⭐⭐⭐⭐
YUZAN GUESTHOUSE ANNEX
RM289.25 (dengan AGODA) untuk semalam di Nara. ⭐⭐⭐⭐⭐
CHISUN HOTEL KOBE
RM427.60 (dengan AGODA) untuk semalam di Kobe ⭐⭐⭐

Jumlah semua kos bagi seorang - RM2,265.00 tidak termasuk shopping. Boleh la.


 DAY 1 
 KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT 
Keluar saja di Balai Ketibaan. Tempat pertama di tuju ialah KANSAI TOURIST INFORMATION CENTRE. Di sinilah saya membeli kad OAP, Rokkosan Pass dan Kobe Ferry Transfer dan kemudian ke tingkat 2 untuk ke JR West Ticket Office untuk membeli pula kad ICOCA. Selesai saje. Terus naik train. Perjalanan dari KLIA2 sehingga ke hotel memakan masa 9 jam. Penat sangat2 dan malam ini tak ada ke mana-mana. Tidur sahaja untuk tenaga esok pagi. Cuaca memamg amat sejuk 3͒ C. Zzzz.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Kansai Airport (Nankai Airport Exp Namba) 
Shin Imamiya Station 
Walk 230m to Hotel Shin Imamiya   

 DAY 2 
 TSUTENKAKU TOWER  (Operasi 9.00am - 9.00am) - Tiket 600Y, Guna OAP - percuma 
 

Menara ini dibina pada tahun 1912. Kemudian diruntuhkan pada tahun 1943 dan dibangunkan semula pada tahun 1957 dengan ketinggian 103m. Sekarang menjadi tempat tumpuan pelancong seperti aku dan jam 8.30 pagi sudah terpacak di depan pintu masuk. Kenalah tunggu 30min lagi sebelum pintu dibuka.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk from hotel 850m to Tsutenkaku Tower 

 OSAKA CASTLE  (Operasi 9.00am - 5.00pm) - Tiket 600Y, Guna OAP - percuma 
 
Pada tahun 1496, sami Buddha Rennyo membina kediaman sami di lokasi bernama Osaka. Pada tahun 1583 iaitu di zaman Sengoku, Oda Nobunaga membina istana di tapak runtuhan kuil Osaka Honganji. Sejak itu ianya berkembang menjadi sebuah wilayah di abad ke 19. Jom kita pelajari serba sedikit sejarah negara orang. Hahaha. Tapi Muzium Negara patut pelajari bagaimana penggunaan 3D dan bukannya patung bagi menceritakan setiap sejarah.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 350m from Tsutenkaku ke Station 
Ebisucho Station (Osaka City Subway Sakaisuji Line - TAKATSUKISHI) 
Sakaisuji Hommachi Station (Osaka City Subway Chuo Line - GAKKENNARATOMIGAOKA) 
Morinomiya Station 
 Walk 1600m to Osaka Castle 

 CRUISE SHIP SANTA MARIA DAY CRUISE  (Operasi 11.00am - 4.00pm) - Tiket  1600Y, Guna OAP - percuma 
Di Egypt ke. Di Bangkok ke. Di Seoul ke. Tak lengkap kalau tak naik cruise atau bot. Di Osaka Port ini, aku pun tak akan lepaskan peluang sebegini. Cruise ini akan belayar selama  50 minit dan kita akan dapat menikmati keindahan Pelabuhan Osaka. Wow!!
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 1600 from Osaka Castle to Station 
Morinomiya Station (Osaka City Subway Chuo Line - COSMOSQUARE) 
Osakako Station 
 Walk 850m to Cruise Ship Santa Maria     

 TEMPOZAN GIANT FERRIS WHEEL  (Operasi 10.00am - 9.00pm) - Tiket 800Y, Guna OAP - percuma 
Salah satu Ferris Wheel yang terbesar di dunia dengan ketinggian 112.5m dan terdapat 8 gondola mempunyai lantai berkaca. Gayat weii!! Korang teka aku naik yang mana?
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 300m from Cruise Ship Santa Maria to Tempozan Giant Ferris Wheel 

 UMEDA SKY BUILDING  (Operasi 10.00am - 10.00pm) - Tiket 1000Y, Guna OAP - percuma 
 
Semua tempat tinggi dah aku terjah di Osaka. Umeda Sky Building ini merupakan salah satu bangunan yang tertinggi di Jepun. Keunikan bangunan ini ialah terdapat escalator berdinding kaca yang merentangi 2 blok bangunan. Selain dapat melihat pemandangan malam di sekeliling Osaka. Itu sahaja untuk 2km pergi dan balik.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 550m from Tempozan Giant Ferris Wheel to Station 
 Osakako Station (Osaka City Subway Chuo Line - GAKKENNARATOMIGAOKA) 
Interchange 
-  Hommachi Station (Osaka City Subway Midosuji Line - SHIN-OSAKA) 
Umeda Station 
 Walk 900m to Umeda Sky Building 

 TOMBORI RIVER CRUISE  (Operasi 1.00pm - 9.00pm) - Tiket 900Y, Guna OAP - percuma 
Terletak di daerah Namba, Dotonburi Street ini memang paling happening di Osaka terutama di waktu malam. Macam-macam ada. Makanan ke, hiburan ke, gerai-gerai cenderamata ke... tapi yang menarik bagi aku adalah menaiki Tombori River Cruise. Cruise ini akan menyusuri Dotonburi River dengan melalui 9 buah jambatan dengan di hiburkan oleh Tour Guide dalam Japanlish.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 900m from Umeda Sky Building to Station 
Umeda Station (Osaka City Subway Midosuji Line - TENNOJI) 
Namba Station 
 Walk 400m to Tombori River Cruise 

 GOOD NIGHT OSAKA 
Musim sejuk, siang menjadi pendek. Jam 4.45 petang dah Maghrib. Hari ini perjalanan daripada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam memang seronok walaupun di hitung-hitung berjalan kaki dalam berkilometer. Dah malam jadi lapar. Meggi  Curry dengan Octopus memang nak lagiiiii.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 400m from Dotonburi ke Station 
Namba Station (Osaka City Subway Midosuji Line - TENNOJI) 
Dobutsuen Station 
 Walk 400m to Shin Imamiya Hotel 


 DAY 2 
Hari ini mengikut itenarari saya akan ke KYOTO pula.

 I-SATELLITE - Perkhidmatan penghantaran beg ke mana-mana hotel di sekitar Kyoto 
Kami tiba di Kyoto Station dalam jam 10.00am dan untuk Checked In di Hotel Sunput Nanajo Mibu pula pada pukul 4.00pm. Jadi di I-Satellite merupakan khidmat penghantaran beg-beg kami ke hotel tersebut sehingga ke dalam bilik dan caj yang dikenakan hanya 600Y sahaja. Tidak jauh dari Kyoto Station. Keluar je station terus ke kanan.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 230m from Shin Imamiya Hotel to Station 
 Shin Imamiya Station (JR Osaka Loop Line - TENNOJI) 
 Osaka Station 
 Interchange 
 Osaka Station (JR Tokaido Sanyo Line - OMI IMAZU) 
 Kyoto Station 
 Walk 300m to I-Satellite  

 SAGANO ROMANTIC TRAIN - (Operasi 9.00am - 4.00pm) - Tiket 620Y 
Pergh!! Klasik...klasik keretapi ni. Train ini bergerak perlahan saja dan akan melalui sepanjang Sungai Hozugawa dari Arashiyama ke Kameoka selama 25 minit. Dari kiri dan kanan landasan, boleh lihat pemandangan yang indah-indah. Tiketnya dalam 620Y sehala. Aku naik sehala saja. Di Kameoka naik pula JR Train ke Arashiyama. Langkah jimat.
Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
Walk 300m from I-Satellite to Station 
Kyoto Station, Departure Track 33 (JR San-In Line - KAMEOKA) 
Saga Arashiyama Station 
 Walk 100m to Sagano Romantic Train 

 KAMEOKA 
Setibanya di station terakhir Torokko Kameoka Station, kita bolehlah lihat pemandangan sawah padi di Jepun sambil makan jagung bakar panas-panas. Memang sedap dengan cuacanya yang sejuk beku.
 Torokko Saga Station ke Torokko Kameoka Station 

 BAMBOO FORREST 
Tempat ini memang menjadi tumpuan. Ramai yang ingin adaptasi Bamboo Forest sebagai foto-foto perkahwinan atau mengambil gambar kenangan dengan pelbagai gelagat. Apa daa! Samsung A7 ni....cantik di mata aku jer.... Sepanjang jalan ke sini banyak kedai-kedai cenderamata. Ice Cream green tea dan kuih ala-ala bahulu inti kacang merah yang sangat sedap.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 500m from Kameoka Station to Umahori Station 
Umahori Station (JR San-In Line - KYOTO) 
Saga Arashiyama Station 
 Walk 1100m to Bamboo Forest 

 KYOTO TOWER - (Operasi 9.00am - 9.00pm) - Tiket 700Y 
 
Kyoto Tower ini tak jauh dari Station Kyoto dan telah dibuka pada tahun 1964. Ketinggian adalah 131 meter.  Di bawah menara ini terdapat hotel dan juga pusat membeli-belah. Tiket masuk ialah 700Y dewasa untuk tengok-tengok di sekeliling bandar Kyoto.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Wa1k 100m from Bamboo Forest to Station
Saga Arashiyama Station (JR San-In Line - KYOTO) 
Kyoto Station 
 Walk 350m to Kyoto Station   

 GOOD NIGHT KYOTO 
 
Seharian berjalan. Memang penat. Alhamdulillah, Sunput Nanajo Mibu Guesthose memang selesa dan  di dalam bilik lengkap dengan bathtub, washing machine, dapur memasak, microwave, jug kettle dan fridge. Memang terbaik dan dapat tidur lena.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 150m from Kyoto Tower to Ekimae Bus Station 
Ekimae Bus Station - Bus No 205 
Bus Stop Nanajo Mibu 
 Walk 180m to Hotel 


 DAY 3 
Hari ini, selepas Kyoto kami akan ke Nara pula. Lepas sarapan bubur nasi KNORR dan buah-buahan, jam 8.00am kami pun gerak.

 KYOTO IMPERIAL PALACE - (Open Hour 9.00am -  4.00pm) Entrance FOC  
Kyoto Imperial Palace merupakan kediaman Keluarga Diraja Imperial Jepun sehingga tahun 1688 sebelum berpindah ke Tokyo. Kawasan istana ini memang luas dan taman-taman di dalam kompleks ini memang cantik.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 180m from Hotel to Bus Stop 
Nanajo Mibugawa Bus Stop 
Bus No 205 
Kyoto Ekimae Bus Station 
Interchange 
Kyoto Station (Karasuma Line - Kokusaikaikan) 
 Imadegawa Station 
 Walk 650m to Kyoto Imperial Palace   

 GION SHIRAKAWA - (Open Hour is 24 Hours) Entrance FOC 
Gion di Kyoto adalah kawasan di mana popular dengan geisha. Masa kami amat singkat. Jadi di sini kami menikmati suasana deretan kedai-kedai lama traditional Jepun yang diperbuat daripada kayu. Waktu dah pun tengahari. Sejuk-sejuk kena panaskan dengan makan. Nasi panas, telor rebus, pisang dan Teh Lipton kotak beli di 7E. Makan dengan Kurma Ayam tin ADABI. Sedap-sedap. Makan di tepi taman sambil tengok pelancong berpakaian geisha.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 650m from Kyoto Imperial Palace to Station 
Imadegawa Station (Karasuma Line - Shintanabe)
Karasuma Oike Station 
Interchange 
Karasuma Oike Station (Tozai Line - Rokujizo) 
Sanjo Station 
 Walk 500m to Gion Shirakawa 

 NARA PARK 
Nara Park merupakan sebuah taman yang besar di Nara dan siap dibina pada tahun 1880. Tarikan utama taman ini ialah terdapat beratus-ratus ekor rusa yang jinak dan berkeliaran bebas di jalanraya dan bangunan di sekitar taman ini. Oooi! jangan nak amik Samsung aku. Dia ingat ini makanan ke?
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 500m from Gion Shirakawa to Station 
Sanjo Station (Tozai Line - Uzumasa) 
Karasuma Oike Station 
Interchange 
Karasuma Oike Station (Karasuma Line - Takeda) 
Kyoto Station 
Interchange 
Kyoto Station (Kintetsu Kyoto Line Express - KINTETSUNARA) 
 Kintetsu - Nara Station 
 Walk 450m to Hotel for Checked In 
 Walk 200m to Bus Station 
Kintetsu - Nara Bus Station (Bus No 2) 
 Walk 50m to Nara Park 

 HIGASHIMUKI MARKET   
Kad ICOCA kami dah tak cukup nilai untuk ke hotel. Tiket bas harga 230Y dan kad kami ada 200Y je. Cari-carilah mesin top up hingga 1.2km berjalan kaki. Umaak aai! dah sampai ke Higashimuki Market rupanya. Shopping la sikit barang nak bagi kawan-kawan.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 1200m from Nara Park to Higashimuki Market 

 GOOD NIGHT NARA   
Kepenatan memang tak terkata. Sebelum tidur masak makan malam dulu. Octopus dah beli tadi dan masak black paper. Telor mata leleh dan tuna cap AYAM digoreng dengan sayur. Makan di ruang makan Yuzan Guesthouse Annex sambil minum kopi homemade oleh staf di situ. Walaupun agak mahal tapi kami puas hati sebab menginap di rumah traditional Jepun. Pintu sliding kertas tu..... Ooo! orang sebelah tolong diam sikit!
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 750m from Higashimuki Market to hotel 


 DAY 5 
Hari ini kami akan ke destinasi Kobe pula. Bekal makan tengahari dah siap. Sarapan pun sudah. Apa lagi...Let's go to Mount Rokko.

 MOUNT ROKKO - (Open Hour 9.30am -  5.00pm), Guna Rokkosan Tourist Pass 1000Y 


Rokkosan Tourist Pass bernilai 1000Y (pergi balik), bermula daripada menaiki bas di Rokko Station, menaiki Rokko Cable serta Rokko Sanjo Bus di Puncak Mount Rokko (pergi dan balik). Di Mount Rokko ni ada macam-macam tempat menarik yang boleh singgah tetapi kami kesuntukkan masa. Maka kami hanya singgah di Rokko Arima Ropeway (Tiket 1820Y) dan Rokko Snow Park (1600Y) sahaja. Di Rokko Snow Park, kami makan tengahari di medan selera dengan bekal yang dimasak pagi tadi. Air green tea free dowh.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 450m from hotel to Station 
 Kintetsu-Nara Station (Kintetsu Nara - KOBE-SANNOMIYA) 
 Osaka Namba Station (Hanshin Namba Line Rapid Express - KOBE-SANNOMIYA) 
 Amagasaki Station (Hanshin Line - KOBE-SANNOMIYA) 
 Kobe-Sannomiya Station 
 Walk 100m to Locker 
 Interchange 
 Sannomiya Station (Hankyu Kobe  Line - HANKYU UMEDA) 
 Rokko Station - Exit 2 
 Walk 100m to Bus Stop  
 Bus No 16 
 Walk 50m to Rokko Cable Shita Station 

 GOOD NIGHT KOBE 
Di Kobe kami shopping lah sikit baju musim panas untuk anak-anak dalam harga sekitar 1500Y sehelai dan juga Biskut Kapal (85Y sebungkus). Bagus betul kedai ni.... siap disediakan peralatan untuk membungkus. Selepas tu, kami beli makanan di 7E untuk makan malam nanti dalam bilik di Chisun Hotel Kobe. Pastu Zzzz.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 50m from Rokko Cable Shita Station to Bus Stop  
 Bus No 16 
 Walk 100m to Bus Stop  
 Rokko Station (Hankyu Kobe Line - KOBE SANNOMIYA) 
 Sannomiya Station 
 Interchange 
 Kobe-Sannomiya Station (Hanshin Line - SAN YO HIMEJI) 
 Kosoku Kobe Station 
 Walk 100m to Hotel 


 DAY 6 
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Jepun.

 MASJID KOBE 
Lawatan ke Jepun diakhiri dengan melawat Masjid Kobe. Awal-awal pagi dah gerak ke sini. Didalam masjid ini tiada seorang pun jemaah. Selesai solat sunat. Kami mencari mana-mana kedai halal di sekitar untuk sarapan. Tetapi semuanya masih tutup lagi. Pukul 10 pagi baru buka. Apa lagi pulang ke hotel untuk siap-siap barang nak balik KL.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 50m from Hotel to Station  
 Kosoku Kobe Station (Hanshin Line - UMEDA) 
 Sannomiya Station 
 Walk 800m to Kobe Mosque 

 FERRY TRANSFER KE KANSAI AIRPORT 
Huh... Huh.... dah nak balik. Terasa sekejap saja. Ada rezeki boleh datang lagi... iya Jepun. Kembara ke Osaka merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Kami memilih menaiki untuk menaiki Feri untuk ke Kansai International Airport dari jeti di Kobe. Tiket sehala 1000Y telah dibeli awal-awal lagi.
 Macam mana? Macam mana? Mau pergi. Yuk! 
 Walk 50m from Hotel to Station  
 Kosoku Kobe Station (Hanshin Line - UMEDA) 
 Sannomiya Station 
 Interchange - Walk 50m to Level 1 
 Sannomiya Station (Kobe Port Liner - KOBE AIRPORT) 
 Kobe Airport Station 
 Walk 250m to Kobe Pier 
 Kobe Airport Pier (Ferry Bay Shuttle) 
 Kansai Airport Pier 
 Shuttle Bus No 12 
 Kansai Terminal 1 (Leval 4) 

 KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT  
Setelah selesai di kuanter Checked In ada masa 3 jam lagi. Kami makan Mi Udon di sebuah restoran halal. Ada tanda halal JAKIM lagi tu. Solat dulu di surau di tingkat 3 yang agak luas juga. Shopping untuk habiskan wang siling YEN. Lepas tu melangkah ke AirAsia. SAYONARA