MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

7.7.23

Padang Lagi 2023

Kali ke 3 ke Padang. 
Tapi kali ini mengetuai rombongan seramai 18 orang.

Pakej ini hanya RM1,400 seorang selama 4 hari 3 malam :-
- Penerbangan dengan AirAsia (Termasuk Bagasi 20kg) & confirm tempat duduk
- Penginapan hotel 3 bintang selama 3 malam 
- Termasuk sarapan, makan tengahari & makan malam
- Menaiki bas sepanjang perjalanan
- yang spesial ada lucky draw!!!

Jom tengok itenari.



17.2.23

1.5.20

Asam Pedas Ikan Pari - PKP

Pehh! Asam Pedas tu. Masakan asli dari negeri Melaka dan juga Johor tetapi terdapat sedikit kelainan rasa di antara kedua-duanya. Namun begitu kedua-duanya sedap sampai tak boleh bawa bincang. Aku telah dibiasakan dengan Asam Pedas ini oleh arwah mak angkat aku dari Durian Tunggal, Melaka sejak umur 5 tahun lag dan sampai sekarang masih terasa lagi. Jom arr! Kita masak cuti PKP ini.

BAHAN-BAHANNYA
9 ketul ikan pari dipotong 4 segi besar
5 biji bawang kecil (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 biji barang putih (dikisar)
1 inci belacan (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
1 sudu besar lada hitam (dikisar)
1 mangkuk cili kisar
1 sudu kecil halba
3 batang serai
1 batang bunga kantan
1 cekak daun kesum
7 biji bendi
1 biji tomato
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
2 mug air

CARA-CARANYA
Panaskan minyak dan tumiskan halba. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan kemudian cili kisar pula sehingga pecah minyak. Selepas itu tambahkan gula sehingga nampak berkilat. Selepas itu masukkan serai, bunga kantan dan juga daun kesum. Kemudian barulah letakkan ikan, kacau-kacau hingga rata dan masukkan air asam jawa dan air. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehingga mendidih.

29.4.20

Ikan Patin Masak Tempoyak - PKP

Ikan Patin Masak Tempoyak memang terkenal di negeri Perak dan juga Pahang. Mungkin disebabkan ikan Patin ini banyak terdapat di Sungai Perak dan Sungai Pahang. Keenakkan masakan ini bergantung kepada kesegaran ikan itu sendiri dan juga kualiti tempoyak itu. Ada sedikit perbezaan cara masakan di antara kedua-dua negeri ini. Apa dia? Hah! Ini saya nak tunjuk cara negeri Perak.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan Patin segar
1 biji cili merah
9 biji cili api kampung (bergantung tahap kepedasan)
1 inci kunyit hidup
2 batang serai diketuk
5 sudu besar tempoyak (ini bahan terpenting)
3 mug air
1 sudu besar garam
1 keping asam keping

CARA-CARANYA
Tumbuk dengan lesung (blender pun boleh) dimulai dengan kunyit hidup, cili merah, cili api dan garam. Serai diketuk-ketuk. Semua bahan-bahan ini digaul-gaul dengan tempoyak dan masuk ke dalam periuk bersama air dan juga asam keping. Apabila kuah nak panas, barulah masukkan ikan Patin supaya ikan tidak hancur. Mendidih saja bolehlah tutup api. Senangkan. Tak payah jauh-jauh pergi Temerloh.

Hah! Apa perbezaannya.

24.4.20

Ais Krim Milo - PKP

BAHAN-BAHAN
1 cawan serbuk Milo
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar ovalette

CARA-CARA YANG MUDAH
Guna mesin mixer untuk mengadun semua bahan diatas dan selepas itu simpan di dalam peti ais. Masa nak makan tu, hiaslah ikut kreativiti masing-masing. Rasa memang macam di kedai. Jimat pun.

19.4.20

Kari Ikan Padu Tanpa Santan - PKP

-BAHAN
1 kilogram ikan
1 sudu besar halba
7 biji bawang merah dihiris
5 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dikisar
7 tangkai daun kari
3 helai daun bay
7 sudu besar rempah ikan
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar asam jawa dibancuh air
1 biji tomato dibelah 6
1 biji terung dipotong
5 biji bendi
2 mug air
1 sudu besar garam

CARA-CARANYA
Hangat akan minyak. Lempar akan bawang putih, halba dan bawang merah sehingga wangi setaman. Taruk daun kari dan daun bay. Kemudian masukkan bawang besar dikisar sehingga terbit minyak. Letakkan pula rempah kari dan serbuk cili. Kecilkan api dan taruk sedikit-sedikit air supaya tak hangit. Apabila kari dah terbit minyak, taruk buah tomato. Lepas itu masukkan ikan dan gaul ikan tapi jangan ganas sangat, nanti ikan mereput. Lepas itu taruk 2 mug air lagi, air asam jawa, sos tiram dan garam. Akhir sekali taruk buah terung dan bendi.

Pehhh! Mau mamak tutuk kedai nih.

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Paku - PKP

Masak Lemak Cili Api telah menjadi masakan sinonim dengan Negeri Sembilan. Kepedasan dan kelemakan santan merupakan adunan kombinasi utama yang akan menentukan tahap kualiti masakan ini. Jom kita cuba supaya Mak Mertua lalu pun kita tak sedar.

BAHAN-BAHAN
7 ekor ikan keli di salai
1 cekak pucuk paku
1 cawan cili api kampung
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar garam
3 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
2 keping asam keping
3 mug air
1 mug santan pekat

CARA-CARANYA.
Ikan keli perlu dibakar dengan garam dan kunyit terlebih dahulu. Jika ada yang dijual salai lagi mudah. Kunyit hidup, garam dan cili api di tumbuk dengan lesung supaya lebih sedap. Kemudian ketuk serai.
Masuk bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama serai, air dan pucuk paku. Kemudian masukkan santan pekat dan didihkan dengan api yang kecil. Gaulkan selalu supaya tidak pecah lemak. Apabila mendidih masukkan ikan keli dan daun kunyit. Biarkan mendidik seketika. Sekejap dah siap.