Masak Lemak Cili Api telah menjadi masakan sinonim dengan Negeri Sembilan. Kepedasan dan kelemakan santan merupakan adunan kombinasi utama yang akan menentukan tahap kualiti masakan ini. Jom kita cuba supaya Mak Mertua lalu pun kita tak sedar.
7 ekor ikan keli di salai
1 cekak pucuk paku
1 cawan cili api kampung
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar garam
3 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
2 keping asam keping
3 mug air
1 mug santan pekat
CARA-CARANYA.
Ikan keli perlu dibakar dengan garam dan kunyit terlebih dahulu. Jika ada yang dijual salai lagi mudah. Kunyit hidup, garam dan cili api di tumbuk dengan lesung supaya lebih sedap. Kemudian ketuk serai.
Masuk bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama serai, air dan pucuk paku. Kemudian masukkan santan pekat dan didihkan dengan api yang kecil. Gaulkan selalu supaya tidak pecah lemak. Apabila mendidih masukkan ikan keli dan daun kunyit. Biarkan mendidik seketika. Sekejap dah siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan