Sambal Tumis Ikan Bilis adalah antara menu kegemaran anak aku yang pertama. Sering ada permintaan daripadanya dan akan makan dengan penuh selera. Kenapa aku namakan SAMBAL TUMIS IKAN BILIS YAYAH? Sebab semasa kecilnya, dia memanggil aku dengan panggilan YAYAH. Yayah nak Yayan....
1 KISAR
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 biji
2 TUMIS
Panaskan minyak masak di kuali.
Masukkan yang bahan yang telah dikisarkan sehingga naik minyak atau bau wangi
Masukkan air panas 1 liter kepada hasil tumisan tadi.
Tambahkan 1 sudu besar serbuk perasa ikan bilis knorr (pengganti belacan)
Tambahkan 1 sudu besar asam jawa dan dibancuh dengan air.
Tambahkan 1 sudu kecil garam.
Masaklah dengan api sederhana sehingga sambal tumis ini menjadi pekat.
Sambal tumis akan menjadi lebih sedap jika dimasak sehari sebelum dimakan. Contohnya masak pada malam dan boleh dimakan di siang hari keesokkannya.
CUBA DAN CUBA YANG TERBAIK DAN TERBAIK DARIPADA INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan