MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

28.11.16

Ada Apa Dengan Johor

Meh.... makan apa yang sedap-sedap di negeri Johor Darul Takzim (JDT).

 RESTORAN SUP TULANG ZZ 
Makanan yang paling popular di sini adalah Mee Rebus Tulang Gearbox dan Sup Tulang Gearbox serta Sup Ayam dan Sup Daging. Selain itu ada juga masakan Thailand dan western. 
 PILIHAN 
Sup Tulang Gearbox Kambing - Fuhh!!! Pekat dan berempah.....memang berpeluhlah dahi sambil sedut sum-sum dengan straw. Harga pun boleh dikatakan berbaloi - RM10.50. 
Mee Rebus Tulang Gearbox Kambing - Pergh!!! Kuahnya memang pekat dan likat. Memang terasa kemanisan keledek. Berlainan daripada Mee Rebus Utara atau Mee Rebus Mamak. Harga pun tidaklah mahal sangat - RM10.50. 
 LOKASI  - Restoran ini terletak di No 20 Jalan Sungei Chat, Off Jalan Mamoodiah, Johor Bahru.
 WAKTU BISNES  - 7.00am sehingga 2.00am
 KOMENTAR  - Servis memang lambat dan kena banyak-banyak bersabar. Sambil tu cubalah otak-otak RM0.70 yang sedap 
 STEAMBOAT LOTUN VAN  
Medan selera ini amat unik yang mana semua peniaga menggunakan van latun dan suasana di situ amat meriah. Semua peniaga menjual menu yang sama iaitu hidangan yang popular ialah steamboat, beraneka jenis sup, cakoi bakar, tauhu bakar dan rojak buah.
 PILIHAN   
Steamboat - harga berbeza diantara RM1 sehingga RM3 mengikut warna lidi.
Cakoi dan Tauhu Bakar - sepinggan berharga RM7 dan boleh tahan rasanya.
Sup Berempah Gearbox - semangkuk sup ada 2 ketul gearbox dengan harga RM10.50
 LOKASI  - Terletak di Dataran Bandaraya JB yang agak meriah juga. 
 KOMENTAR  - jika hujan turun terpaksa angkat punggung.
 ASAM PEDAS JJ 
Asam pedas di sini memang terkenal sehinggakan Sultan Johor pun pernah singgah makan. Ketika saya sampai dah pukul 2.00pm, yang tinggal asam pedas ikan mayong, ikan merah, ikan sembilang dan ikan pari. Selain itu ada juga hidangan lauk-lauk kampung dan juga jemput-jemput nasi.
 PILIHAN   
Asam Pedas Ikan Mayong - Kuah asam pedasnya memang ummh!!! Sampai boleh hirup macam sup. Tak pedas sangat dan cukup rasa. Harga separuh kepala ikan mayong tu hanya RM10. 
Sayur Keladi Asam Pedas - Wow!! Sedapnya. Terasa cukup bahan-bahannya.
 LOKASI  - No 45, Jalan Junid, Muar, Johor (atau google map ke 2.03925,102.55205). Berhampiran juga dengan Medan Selera Tanjung Emas. Senang je cari.    .
 KOMENTAR  - Keadaan restoran ini tidak berapa kemas dan selesa. Kalau dicantikkan lagi. Satu Malaysia mesti datang.
 ROSLIN BERIANI HOUSE 
Nasi Beriani Gam memang amat popular di negeri Johor kerana di sinilah bermulanya resepi Nasi Beriani Gam. Tetapi untuk mencari restoran Nasi Beriani Gam yang sedap agak sukar juga dan di Roslin Beriani Gam adalah antara yang tersedap di JB.
 PILIHAN   
Nasi Beriani Kambing, Nasi Beriani Daging, Nasi Beriani Ayam - Memang puas hati kerana nasinya menggunakan beras basmathi panjang. Rasanya pula lembut dan tidak muak untuk dimakan. Lauk beriani yang pekat dan rasanya pula tidak mendukacitakan. Harga pun sekitar RM9 sehingga RM11 sahaja. 
 LOKASI  - Restoran ini terletak di No 14 Jalan Rebana, Kebun Teh, Johor Bahru (atau google map ke 1.495499,103.760123)
 WAKTU BISNES  - 8.00am sehingga 8.30pm (ahad tutup)




Tiada ulasan: