Tanggal 26.12.2004, 7.55am (@ 8.55am waktu Malaysia) telah tinggalkan kesan yang amat mendalam kepada rakyat Aceh dan semua manusia di mukabumi ini.
HARI PERTAMA
Tanggal 08.02.2017, 7.55am (@ 6.55am waktu Indonesia), aku mulai tinggalkan KLIA2 untuk menghayati kesan-kesan Tsunami bersama 31 orang rakan dari Surau Batu 6, Bangi. Kami tiba di Sultan Iskandar Muda International Airport, Aceh setelah penerbangan selama 1:30 minit.
Urusan di airport ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah. Di luar Pak Yopi, pemandu pelancongan kami meluru menyambut ketibaan kami dengan penuh kemesraan dan persahabatan, seperti sudah lama kenal.
Lawatan pertama ialah ke tanah perkuburan MASSAL. Di sinilah bersemadi mangsa korban Tsunami seramai 46,718 orang. Dikhabarkan semua mangsa disemadikan secara beramai-ramai dengan tiada batu nisan pun. Al Fatihah.
Setengah jam kemudian, destinasinya ke Muzium Tsunami yang sumbangkan oleh negara German. Bangunannya unik sekali, mengambil ilustrasi gelombang Tsunami. Di sini diceritakan dan digambarkan kesan daripada kejadian Tsunami tersebut.
Bayangkan bot terdampar di atas sebuah rumah yang berjarak 1km dari pantai. Menandakan begitu tinggi paras air laut ketika bencana Tsunami pada saat itu. Setelah Tsunami, tempat ini telah dijadikan tempat pelancongan di Aceh. Seorang wanita yang pernah menjadi mangsa dan terselamat menceritakan bagaimana detik-detik mengharungi Tsunami ini. Haa.... nak dengar ceritanya, sila datang ke sini.
Tepat azan berkumandang, Pak Yopi ajak makan tengahari di RM Syiah Kuala (sebutan Aceh ialah Syeikh Kola). INI BUKAN KEDAI SYIAH YE. Restoran ini menyediakan citarasa masakan kampung Aceh. Makan di tepi sawah memang menyelerakan. Ayam kampung segar digoreng panas dengan daun kari memang TERBAIK. Mengikut kata pelayan di situ, semua ayam disembelih dan diproses di situ juga dan terus digoreng. Manakala semua gulai dimasak dengan menggunakan dapur kayu. Macam nak repeat jer.....lain kali.
Dah kenyang, mata pun mula meminta katil. Dalam jam 3.00pm, kami 'checked in' di Hotel Medan. Hotel ini memang strategik, terletak berhampiran sangat dengan pasar Aceh, medan selera dan juga pusat jualan barang cenderamata. Foto di atas menunjukkan Hotel Medan ketika bencana Tsunami.
Jamak Maghrib dan Isyak di Masjid Baiturrahim berhampiran Pantai Ulee Lheue. P Ramlee pernah mencipta lagu Ulee Lheue (cuba cari). Diceritakan oleh pekerja di masjid ini bahawa bencana Tsunami ini telah menghanyutkan sejauh 3km imam dan 8 jemaah yang lain. Arus laut itu juga telah menarik kembali mereka ke masjid tersebut. Foto di galeri masjid ini menunjukkan betapa kukuhnya struktur masjid dan rumah imam manakala rumah lain serta mangsa hilang begitu sahaja.
Lapar lagi. Hilang diet lagi. Jom makan di Rumah Makan Ayam Lepass. Yopi kata, pedas sangat sambal di sini. Coba rasa. Bagi aku simple je masakannya. Ayam kampung goreng, tauhu goreng dan tempe goreng. Boleh tahan. Habis licin semuanya.
HARI KEDUA
Tanggal 09.02.2017, Kembara Aceh menyusuri pula Kapal Terdampar di Desa Punge, Blancut. Ketika tsunami terjadi, kapal ini terseret gelombang setinggi 9 meter sehingga 5 kilometer dan hanya seorang sahaja terselamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan