MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

21.3.17

Bandung 2017

Sudah 4 kali. Tapi aku tak bosan.
Pertama kali tempah melalui AirAsiaGo.
Tiket AirAsia (Seat, Meals & Baggage 25kg) untuk pergi dan balik ke Bandung.
Ruby Syariah Hotel (dengan sarapan) selama 2 malam.
Semuanya bernilai RM784.16 untuk 2 orang (seorang RM382.08).
Pakej Supir bersama MASIH ABADI TOURS & TRANSPORT bernilai RM445.50 untuk 2 orang selama 3 hari berada di Bandung.
Jumlah keseluruhan untuk seorang ialah RM604.83.

 HARI PERTAMA - 8.00 MALAM 
Sampai saja di Husein Sastranegara International Airport, Pak Edie sudah menanti dengan senyum lebarnya. Sejurus itu aku pun bertanya Pak Edie.
"Pak Edie.... Bakso mana yang paling enak di kota Bandung ini?"
"Iya..... Usah Khuwatir. Pak Edie akan bawakan.... tempatnya enak....bersih.... yang utama ada HALAL MUI."

Bila sampai di perkarangan Rumah Makan tu.....🔻
"Aik.... macam dah penah datang jer kat sini.... kenapa bawa aku ke tempat yang tak sedap ni!.", marah hati aku.
😡 Nak jaga hati Pak Edie.... aku ikutkan jer. Aku order laa Bakso Bebola Besar .

"Fuhh! Apa hal ni."
"Sedap bangat 😋......bebola nya punye lah lembut.... rasa nyer sungguh lemak.....walau sup biasa-biasa aja."
"Yaa ampun🙏... Pak Edie"
 AKU BAGI ⭐⭐⭐⭐ @ BAKSO SEMAR

 HARI KEDUA - 8.00 PAGI 
Dalam perjalanan ke  FARM HOUSE SUSU LEMBANG  yang lekuk-lekuk tu. Aku dah mula nak lapar lagi. Padahal dah sarapan di hotel.
"Sebentar Pak Edie..... kita ke kedai minum tepi jalan tu..... iya."
Mengangguk je Pak Edie layan aku dan berhenti di depan gerai itu.

"Ibu... apa iya kuih ini? Bagi saya 2..... sama secakir kopi pahit"
Dengan kembang kempis ibu itu lihat aku yang memandai-mandai berbicara Indonesia.
"Ni namanya Bacang.... nasi ini dibungkus padat..... dalamnya inti ayam."

"Di Malaysia pun ada. Cina selalu makan"
😡 Argh! menyampuk pulak Si Pak Edie ini. Aku bukan tanya dia. Aku tanya si ibu ini. Haha...
"Memang enak bangat.....pandai ibu masak."😋  & senyum simpul si ibu.
"Yaa ampun🙏... Pak Edie" 
AKU BAGI ⭐⭐⭐⭐ @ KUEH BACANG atau BAKCANG
Nasi akan dibungkus dengan daun buluh dan didalamya ada inti daging dan kemudian direbus seperti masak ketupat inti di Malaysia.

 HARI KEDUA - 04.00 TENGAHARI 
Dalam perjalanan pulang dari shopping di  PASAR BARU  aku lapar lagi. Maklumlah dah lama tak angkat besi. Dapat angkat 20kg kain pun dah terasa..... Sado nyer akuuuu. Hurgh!!

Banyak sungguh gerai bergerak di sekitar Bandung dan yang menjadi perhatian aku ialah gerai Tahu Sumedang.
"Pak Edie.... enak ke Tahu Sumedang ni?"
"Emangnya enak.....dibuat daripada kacang soya....diperah...sisanya dibuang airnya dimasak.... gitu"
"Aai! Pak Edie ni....Aku tanya sedap ke tak sedap....Bukan macam mana nak buat.....Aku dah laparrrr dah ni" 😡

"Berapa Pak.... tahu ni?"
"1,000 rupiah aja..... dari Malaysia ya.", jawapannya nak menunjuk tahap peramah nyer.
"Bagi saya 10,000 rupiah." Tanpa ditahan-tahan lagi. Aku terus ngapp. Sampai terpacul....
"Wow! Lembutnya......enaq nyer." 😋 Bak kata peribahasa Chef-chef.....Garing diluar dan lembut didalam.
"Yaa ampun🙏... Pak Edie"  
AKU BAGI ⭐⭐⭐ @ TAHU SUMEDANG 

 HARI KEDUA - 08.00 MALAM 
 Malam ni malam terakhir di Kota Bandung.  So aku pun buat permintaan kepada Pak Edie.
"Pak Edie..... Makan malam ini saya makan tempat spesial di Stone Cafe."

"Aduh! Bapak Fauzi..... Mahal makanannya...tapi enggak apa saya boleh hantarin."
"Macet lagi...."
😡Aku dengar saja Pak Edie membebel.
Sampai sahaja di puncak Dago.....tersergam The Stone Cafe. Memang indah dan cantik tempatnya....boleh lihat Kota Bandung dari puncak Dago . Memang seronok.... bersantai sambil layan Live Band dan Wifi pun laju. Makanannya menarik tetapi tak berapa Ummph!.
"Yaa ampun🙏... Pak Edie"   
AKU BAGI ⭐⭐⭐ @ THE STONE CAFE 

 HARI KETIGA - 08.00 PAGI 
Hari ini tamatlah kisah Bandung Kulinari yang singkat. Sarapan selama 2 hari di Ruby Syariah Hotel memang tidak mengecewakan dan memang halal.
"Itu sebab aku pilih kamuuuuu...."😍

Selepas berbelanja di  RUMAH MODE , aku makan tengahari di Rumah Makan Sederhana. Seperti biasa Nasi Padang memang sedap. Lauk-lauk tetap yang selalu aku pilih ialah Gulai Ayam, Gulai Nangka, Gulai Tapak Kaki Lembu, Rendang Daging Minang, Daging Goreng Berlado, Sambal Ijao dan ikan goreng.
AKU BAGI ⭐⭐⭐ @ RUMAH MAKAN SEDERHANA

"Pak Edie....saya udah kenyang....hantarin ke bandara aja...yukk"
"Sip..." jawapan yang aku nggak faham hingga saat ini.
😭Apa-apa pun kami saling bermaaf-maafan sambil aku hulur hadiah tanda terimakasih.

MOGA KITA BERJUMPA KEMBALI @ BANDUNG

14.2.17

Aceh 2017

Tanggal 26.12.2004, 7.55am (@ 8.55am waktu Malaysia) telah tinggalkan kesan yang amat mendalam kepada rakyat Aceh dan semua manusia di mukabumi ini.

 HARI PERTAMA 
Tanggal 08.02.2017, 7.55am (@ 6.55am waktu Indonesia), aku mulai tinggalkan KLIA2 untuk menghayati kesan-kesan Tsunami bersama 31 orang rakan dari Surau Batu 6, Bangi. Kami tiba di Sultan Iskandar Muda International Airport, Aceh setelah penerbangan selama 1:30 minit.
Urusan di airport ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah. Di luar Pak Yopi, pemandu pelancongan kami meluru menyambut ketibaan kami dengan penuh kemesraan dan persahabatan, seperti sudah lama kenal.
Lawatan pertama ialah ke tanah perkuburan MASSAL. Di sinilah bersemadi mangsa korban Tsunami seramai 46,718 orang. Dikhabarkan semua mangsa disemadikan secara beramai-ramai dengan tiada batu nisan pun. Al Fatihah.
Setengah jam kemudian, destinasinya ke Muzium Tsunami yang sumbangkan oleh negara German. Bangunannya unik sekali, mengambil ilustrasi gelombang Tsunami. Di sini diceritakan dan digambarkan kesan daripada kejadian Tsunami tersebut. 
Bayangkan bot terdampar di atas sebuah rumah yang berjarak 1km dari pantai. Menandakan begitu tinggi paras air laut ketika bencana Tsunami pada saat itu. Setelah Tsunami, tempat ini telah dijadikan tempat pelancongan di Aceh. Seorang wanita yang pernah menjadi mangsa dan terselamat menceritakan bagaimana detik-detik mengharungi Tsunami ini. Haa.... nak dengar ceritanya, sila datang ke sini.
Tepat azan berkumandang, Pak Yopi ajak makan tengahari di RM Syiah Kuala (sebutan Aceh ialah Syeikh Kola). INI BUKAN KEDAI SYIAH YE. Restoran ini menyediakan citarasa masakan kampung Aceh. Makan di tepi sawah memang menyelerakan. Ayam kampung segar digoreng panas dengan daun kari memang TERBAIK. Mengikut kata pelayan di situ, semua ayam disembelih dan diproses di situ juga dan terus digoreng. Manakala semua gulai dimasak dengan menggunakan dapur kayu. Macam nak repeat jer.....lain kali.
Dah kenyang, mata pun mula meminta katil. Dalam jam 3.00pm, kami 'checked in' di Hotel Medan. Hotel ini memang strategik, terletak berhampiran sangat dengan pasar Aceh, medan selera dan juga pusat jualan barang cenderamata. Foto di atas menunjukkan Hotel Medan ketika bencana Tsunami.
Jamak Maghrib dan Isyak di Masjid Baiturrahim berhampiran Pantai Ulee Lheue. P Ramlee pernah mencipta lagu Ulee Lheue (cuba cari). Diceritakan oleh pekerja di masjid ini bahawa bencana Tsunami ini telah menghanyutkan sejauh 3km imam dan 8 jemaah yang lain. Arus laut itu juga telah menarik kembali mereka ke masjid tersebut. Foto di galeri masjid ini menunjukkan betapa kukuhnya struktur masjid dan rumah imam manakala rumah lain serta mangsa hilang begitu sahaja.
Lapar lagi. Hilang diet lagi. Jom makan di Rumah Makan Ayam Lepass. Yopi kata, pedas sangat sambal di sini. Coba rasa. Bagi aku simple je masakannya. Ayam kampung goreng, tauhu goreng dan tempe goreng. Boleh tahan. Habis licin semuanya.

 HARI KEDUA   
Tanggal 09.02.2017, Kembara Aceh menyusuri pula Kapal Terdampar di Desa Punge, Blancut. Ketika tsunami terjadi, kapal ini terseret gelombang setinggi 9 meter sehingga 5 kilometer dan hanya seorang sahaja terselamat.
























28.11.16

Ada Apa Dengan Johor

Meh.... makan apa yang sedap-sedap di negeri Johor Darul Takzim (JDT).

 RESTORAN SUP TULANG ZZ 
Makanan yang paling popular di sini adalah Mee Rebus Tulang Gearbox dan Sup Tulang Gearbox serta Sup Ayam dan Sup Daging. Selain itu ada juga masakan Thailand dan western. 
 PILIHAN 
Sup Tulang Gearbox Kambing - Fuhh!!! Pekat dan berempah.....memang berpeluhlah dahi sambil sedut sum-sum dengan straw. Harga pun boleh dikatakan berbaloi - RM10.50. 
Mee Rebus Tulang Gearbox Kambing - Pergh!!! Kuahnya memang pekat dan likat. Memang terasa kemanisan keledek. Berlainan daripada Mee Rebus Utara atau Mee Rebus Mamak. Harga pun tidaklah mahal sangat - RM10.50. 
 LOKASI  - Restoran ini terletak di No 20 Jalan Sungei Chat, Off Jalan Mamoodiah, Johor Bahru.
 WAKTU BISNES  - 7.00am sehingga 2.00am
 KOMENTAR  - Servis memang lambat dan kena banyak-banyak bersabar. Sambil tu cubalah otak-otak RM0.70 yang sedap 
 STEAMBOAT LOTUN VAN  
Medan selera ini amat unik yang mana semua peniaga menggunakan van latun dan suasana di situ amat meriah. Semua peniaga menjual menu yang sama iaitu hidangan yang popular ialah steamboat, beraneka jenis sup, cakoi bakar, tauhu bakar dan rojak buah.
 PILIHAN   
Steamboat - harga berbeza diantara RM1 sehingga RM3 mengikut warna lidi.
Cakoi dan Tauhu Bakar - sepinggan berharga RM7 dan boleh tahan rasanya.
Sup Berempah Gearbox - semangkuk sup ada 2 ketul gearbox dengan harga RM10.50
 LOKASI  - Terletak di Dataran Bandaraya JB yang agak meriah juga. 
 KOMENTAR  - jika hujan turun terpaksa angkat punggung.
 ASAM PEDAS JJ 
Asam pedas di sini memang terkenal sehinggakan Sultan Johor pun pernah singgah makan. Ketika saya sampai dah pukul 2.00pm, yang tinggal asam pedas ikan mayong, ikan merah, ikan sembilang dan ikan pari. Selain itu ada juga hidangan lauk-lauk kampung dan juga jemput-jemput nasi.
 PILIHAN   
Asam Pedas Ikan Mayong - Kuah asam pedasnya memang ummh!!! Sampai boleh hirup macam sup. Tak pedas sangat dan cukup rasa. Harga separuh kepala ikan mayong tu hanya RM10. 
Sayur Keladi Asam Pedas - Wow!! Sedapnya. Terasa cukup bahan-bahannya.
 LOKASI  - No 45, Jalan Junid, Muar, Johor (atau google map ke 2.03925,102.55205). Berhampiran juga dengan Medan Selera Tanjung Emas. Senang je cari.    .
 KOMENTAR  - Keadaan restoran ini tidak berapa kemas dan selesa. Kalau dicantikkan lagi. Satu Malaysia mesti datang.
 ROSLIN BERIANI HOUSE 
Nasi Beriani Gam memang amat popular di negeri Johor kerana di sinilah bermulanya resepi Nasi Beriani Gam. Tetapi untuk mencari restoran Nasi Beriani Gam yang sedap agak sukar juga dan di Roslin Beriani Gam adalah antara yang tersedap di JB.
 PILIHAN   
Nasi Beriani Kambing, Nasi Beriani Daging, Nasi Beriani Ayam - Memang puas hati kerana nasinya menggunakan beras basmathi panjang. Rasanya pula lembut dan tidak muak untuk dimakan. Lauk beriani yang pekat dan rasanya pula tidak mendukacitakan. Harga pun sekitar RM9 sehingga RM11 sahaja. 
 LOKASI  - Restoran ini terletak di No 14 Jalan Rebana, Kebun Teh, Johor Bahru (atau google map ke 1.495499,103.760123)
 WAKTU BISNES  - 8.00am sehingga 8.30pm (ahad tutup)




9.11.16

Sambal Tumis Ikan Bilis Yayah

Sambal Tumis Ikan Bilis adalah antara menu kegemaran anak aku yang pertamaSering ada permintaan daripadanya dan akan makan dengan penuh selera. Kenapa aku namakan SAMBAL TUMIS IKAN BILIS YAYAH? Sebab semasa kecilnya, dia memanggil aku dengan panggilan YAYAH. Yayah nak Yayan....
 1  KISAR
Bawang besar  2  biji
Bawang putih  3  biji

 2  TUMIS
Panaskan minyak masak di kuali.
Masukkan yang bahan yang telah dikisarkan sehingga naik minyak atau bau wangi
Masukkan  9  sudu besar cili kering yang telah dikisarkan sehingga naik minyak.
Masukkan  3  sudu besar gula perang sehingga kelihatan tumisan itu berkilat.
Masukkan  1  genggam ikan bilis gred terbaik dan gaul sehingga sebati.

 3  MASAK
Masukkan air panas 1 liter kepada hasil tumisan tadi.
Tambahkan  1  sudu besar serbuk perasa ikan bilis knorr (pengganti belacan)
Tambahkan   sudu besar asam jawa dan dibancuh dengan air.
Tambahkan   sudu kecil garam.
Masaklah dengan api sederhana sehingga sambal tumis ini menjadi pekat. 

Sambal tumis akan menjadi lebih sedap jika dimasak sehari sebelum dimakan. Contohnya masak pada malam dan boleh dimakan di siang hari keesokkannya. 
 
CUBA DAN CUBA YANG TERBAIK DAN TERBAIK DARIPADA INI 

12.9.16

Sup Tulang ADABI Raya Korban

Aidiladha tahun ini aku turut berkorban.
Tapi bukan korban lembu.
Berkorban dengan tidak bersama-sama ayah dan mak di pagi raya.
Kerana permintaan daripada AJK Surau untuk memasak sup tulang lembu korban.
Pertama kali mejadi chef dan terima kasih abang Lebai diatas tunjuk ajarnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEREBUS.
Seekor tulang lembu (semua bahagian) dibersihkan dan rebus di belanga.
2 kg halia China diketuk-ketuk kemudiannya dicampak ke belanga.
50 bungkus sup bunjut ADABI digoreng sekejap dan dicampak ke belanga.
Rebus sehingga sehingga mendidih selama 2 jam.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR.
1 kg bawang besar
1 kg bawang putih
1 kg halia

BAHAN-BAHAN UNTUK DITUMIS
1 kg bawang merah - dihiris
1 kg bawang putih - di hiris
1 kg rempah sup ADABI - dibancuh dengan air panas.
1 mangkuk rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga)

CARA-CARANYA
Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Tumis pula bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
Akhir sekali tumiskan rempah sup yang telah dibancuh sehingga naik minyak.
Apabila siap masukkan ke belanga yang sedang merebus tulang tadi.
Masukkan garam 3 senduk besar.
Masukkan serbuk perasa.
Didihkan selama 1 jam lagi ataupun sehingga daging dagingnya lembut.

HIASAN
1 cekak daun sup
1 cekak daun bawang
1 bungkus besar bawang goreng
dan juga sambal kicap (rujuk di resipi Bihun Sup Ayam ADABI)


4.9.16

Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 28

Festival Filem Malaysia ke 28 telah diadakan di Kuala Lumpur pada 3 September 2016.
Disenaraikan Filem-Filem Terbaik Malaysia di Festival Filem Malaysia sepanjang diadakan.
Penilaian bintang yang dibuat berdasarkan daripada sudut pandangan saya iaitu, 
***** - Mesti memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa yang berprestaj.
****  - Mendapat perhatian atau pencalonan akhir di Festival Filem Antarabangsa ataupun keluar daripada kebiasaan senima Malaysia.
***   - Merupakan yang terbaik di Malaysia sahaja.

2016 - FFM 28, MUNAFIK, Syamsul Yusof***
2015 - FFM 27, LELAKI HARAPAN DUNIA, Liew Seng Tat - ****
2014 - FFM 26, KILNik Amir Mustapha - ****
2013 - FFM 25, BUNOHANDain Iskandar Said - ****
2011 - FFM 24, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSAYusri - ***
2010 - FFM 23, MAGIKANorman - ***
2009 - FFM 22, PAPADOMAfdlin Shauki - ***
2008 - FFM 21, KALA MALAM BULAN MENGAMBANGMamat Khalid - ***
2007 - FFM 20, SEPIKhabir Bahtiar - ****
2006 - FFM 19, GUBRAYasmin Ahmad - ****
2005 - FFM 18, SEPETYasmin Ahmad - ****
2004 - FFM 17, PALOHAdman Salleh - ***
2003 - FFM 16, KL MENJERITBadaruddin Hj Azmi - ***
2002 - FFM 15, LEFTENAN ADNANAziz M Osman - ***
1999 - FFM 14, JOGHOU Wei Shaari - ****
1997 - FFM 13, LAYAR LARAShuhaimi Baba - ***
1995 - FFM 12, SAYANG SALMAHMahadi J Murad - ***
1994 - FFM 11, PEREMPUAN, ISTERI & .....U Wei Shaari - ****
1992 - FFM 10, SELUBUNG,  Shuhaimi Baba - *** dan BINTANG MALAM,  Adman Salleh - ***
1991 - FFM 09, HATI BUKAN KRISTALRaja Ahmad Alauddin - ***
1989 - FFM 08, Tiada Pemenang *
1987 - FFM 07, RAHSIAOthman Hafsham - ***
1986 - FFM 06, TSU FEH SOFIAHRahim Razali - ***
1984 - FFM 05, MATINYA SEORANG PATRIOTRahim Razali - ****
1983 - FFM 04, RANJAU SEPANJANG JALANJamil Sulong - ***
1982 - FFM 03, BUKIT KEPONGJins  Shamsuddin - ***
1981 - FFM 02, DIA IBUKUYassin Salleh - ***
1980 - FFM 01, TIADA ESOK BAGIMUJins  Shamsuddin - ***

27.8.16

Phuket 2016

03.06.16

Pertama kalinya aku menjadi seorang Kembara Solo (tapi mem. nak ikut!!!) dan DESTINASI ini pernah aku jejaki pada tahun 1994. 
Bagaimana ya..........setelah 22 tahun.
 PHUKET 
 PHUKET 
 PHUKET 

Dengan bajet yang sederhana tapi mau jalan....inilah pilihannya.
Tiket AirAsia RM252.08 pergi balik (promosi harga musim cuti sekolah).
Penginapan di @ White Patong Hotel rm182.80 (2 malam)
.
Penerbangan hanya 1 jam 15 minit sahaja dari KLIA2 ke Phuket International Airport. Tiba saja di Airport, aku segera ke kuanter Khidmat Kenderaan. Oleh kerana dompetnya tipis, aku cuma naik bas mini (van). Tiketnya  B180 seorang dan akan bergerak sehingga bas mini itu penuh sehingga 15 orang. Argh!!!  Terpaksalah menunggu 1 jam. Perjalanan ke Patong Beach pula mengambil masa 1 jam 30 minit.

Wow! Boleh tahan juga @ White Patong Hotel. Bilik selesa dan yang penting ada tingkap. Cuma... tak ada lift dan tak ada jug kettle. Tapi yang paling penting bersebelahan di Jungceylo Shopping Mall dan Bangla Road. Di lobi hotel itu ada kuanter pakej ke mana-mana destinasi pilihan di Phuket. Aku tertarik kepada pakej James Bond Island 5 in 1 tapi kena tengok harga di tempat lain dulu.  

Lapar...Lapar. Mana nak cari makanan yang halal ni. Selalunya ada masjid mesti ada kedai makan halal. Jom ke Masjid Nurul Islam di Jalan Prabaramee. Ahh! memang benar. Banyak sekali kedai makan halal di sini. Memang sedap sangat-sangat tomyam putih, tomyam merah, udang goreng dan daging masak halia di Restoran Islander ini. Harga pun murah.

Inilah masjid bagi umat Islam di Patong dan aku dapatlah solat maghrib berjemaah di sini. Mereka memberi salam dan menyambut dengan mesra kehadiran aku di masjid ini sebagai saudara seislam. Diharapkan kepada pelancong-pelancong Malaysia yang ke sini, singgahlah di masjid ini dan berilah sumbangan kepada masjid ini.

HARI KE 2 di Patong Beach. Banyaknya dugong di sini. Sambil makan maggie cup sambil tengok pemandangan yang cantik-cantik. Alamak! Ada anjing la pulak. Potong!!!!! Jom shopping apa yang ada di sini. Phuket bukanlah syurga membeli belah. Aku hanya membeli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan.


Akhirnya.... aku pilih agensi di lobi hotel. Macam-macam pakej ada tapi yang sempat bagi aku ialah pakej James Bond Island 5 in 1 berharga B1200 termasuk makan tengahari halal. Perjalanan ambil masa 2 jam ke destinasi pertama, iaitu Suwankuha Temple. Apa yang menariknya di sini. Entahlah...bagi penganut buddha memang teruja sangat-sangat. Monyet berekor-ekor bersepah-sepah.

Aku seorang sahaja ke? Orang Malaysia dalam bot ini. Huhuhu.....Layan jer lah. Perjalanan dari Jeti Kasom Pier ke Pulau Talu ambil masa 30 minit sahaja dan di sini aku menaiki kenu yang dikayuh oleh seorang Thai Islam yang peramah berbahasa isyarat. Gua-gua di pulau ini memang cantik-cantik. Allah yang ciptakan.

Selama 30 minit kami diberikan masa untuk mengelilingi pulau Talu ini dan ada 2 buag gua yang perlu kita berbaring di dalam kenu untuk memasukinya sebab lubang gua itu setinggi 24inci sahaja daripada paras air laut. Memang seronok. Memang pengalaman yang amat menarik. Si Pengayuh itu berceritalah mitos-mitos bentuk-bentuk batu yang menyerupai gajah.

Kemudian ke Pulau Jame's Bond. Hanya beberapa minit babak filem Jame's Bond di pulau ini dan dah dapat nama pulau ini. Terkenal pula tu. Tiada yang istimewa di sini. Setakat setongkol batu yang tercacak dalam air tu yang jadi rebutan berselfie. Belilah apa-apa di sini wahai pelancong Islam kerana semua peniaganya beragama Islam. Bantulah mereka.


Jam 3 petang baru dapat makan tengahari. Bayangkan selepas sarapan hanya makan kekacang pemberian pelancong India. Rombongan kami singgah di salah sebuah restoran di perkampungan nelayan Islam Koh Panyee. Wow!! Tomyam seafood, udang celop tepung, ayam masak halia dan sayur campur telah siap terhidang. Apa lagi, memang dah lapar. Geng-geng Arab, India dan Mat Salleh jeling-jeling tengok tahap aku makan dengan penuh selera. Tapi tak gelojoh tau! Tapi memang sedap terutama udang dan sotongnya yang segar. Di pulau ini memang tak dibenarkan membela anjing dan membawa babi. Halal.

HARI TERAKHIR - Penerbangan pulang jam 5.30pm dan mini bas akan menghantar aku ke airport jam 1.00pm dari lobi hotel. Sebelum itu, ronda-ronda di sekitar Patong Beach, tengok-tengok tempat-tempat maksiat di Bangla Road dan beli-beli sedikit FM, KC dan meggie cup Thailand yang halal (perasa Tomyam yang teramat pedas tapi sedapppp). 

Apa-apa pun Phuket memang menarik untuk diterokai tapi ini adalah yang terakhir kali aku ke sini. Dunia ini luas lagi....kan.