MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

14.4.14

Bangi Lama Ke Petaling Jaya

Jom cuba gunakan sistem pengangkutan awam di Malaysia.
KOMUTER
LRT
MONOREL
ERL
MRT (2016) 
Adakah sistem ini Pantas, Efisyen dan Selesa (PES) dan aku perlu sampai ke pejabat jam 8.15am.
Stesen Bangi berkonsepkan stesen terbuka dan mempunyai kemudahan agak lengkap walaupun keadaannya sederhana sahaja.
Keluar rumah pada jam 6.45am ke Stesen Komuter Bangi dan ambil masa 5minit dengan jarak 4km.
Kadar bayaran letak kereta cuma RM4.00 untuk sehari.
Tiket gunakan kad Touch N Go untuk jimat masa beratur di mesin tiket. Tiket Bangi - KL Sentral berjumlah RM3.70 sehala. Komuter tiba tepat jam 7.00am seperti yang dijadualkan. Tempoh perjalanan mengambil masa 45minit. Memang selesa dan nyaman. Boleh tidur sepanjang perjalanan. Hahaha!

Yeah! sudah sampai KL Sentral..... Hem! hampir tepat juga..... jam 7.45am dah sampai. Terkangkang jer pintu komuter, semua meluru keluar..... macam semut keluar lubang..... ada yang berjalan laju..... ada yang berlaga bahu..... semuanya mengejar masa.....dan aku pun berlari-lari anak dalam masa 5 minit untuk mengejar LRT ke Taman Jaya yang dijadualkan jam 7.50am.

LRT memang efisyen. Selang 2 minit LRT muncul. Tapi orang masih berkejar-kejar jugak. Tiket ke Taman Jaya hanya RM1.60 dan tempoh perjalanan dalam 11 minit sahaja...... jam 8.01am dah sampai stesen Taman Jaya.

Tu dia pejabat aku..... lebih kurang 400m dari stesen LRT. Seperti pelari jarak sederhana yang veteran aku boleh sampai dalam masa 5minit..... dan sampai ke pejabat sebelum 8.15am. Okeykan tu.

Gunakan pengangkutan awam = RM4.00 (medan kereta) + RM3.70(Komuter) + RM1.60(LRT) = RM9.30 (sehala) / Tiba 8.06am

Gunakan kenderaan sendiri = RM20.00 (petrol 97) + RM3.80 (Tol Sg Besi) + RM1.60 (Tol Pantai) + RM6 (medan kereta) = RM31.40 (sehala) / Tiba 8.00am

Mana yang menjadi pilihan?

20.3.14

Cameron Highland 2014

244km jarak dari Bandar Bukit Mahkota ke Cameron Highland.
1829m ketinggian dari paras laut.
18 C suhu
Hutan Lipur Lata Iskandar merupakan rekreasi air terjun yang menarik untuk di singgah sebentar sebelum sampai di puncak Brinchang, Cameron Highland. Di sini terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan makanan. Tetapi tandas di situ perlu diambil perhatian oleh pihak Majlis Perbandaran.

Meh! petik strawberi di Kampung Taman Sedia. Promote ni..... Inilah satu-satunya tanah rezab Melayu di Cameron Highland dan di sini terdapat banyak kebun strawberi dan chalet. Bestnya petik strawberi.... memang menyeronokan. 

Moh! petik daun teh pula..... di Ladang teh BOH, Ringlet. Apa itu BOH? Maksudnya "Best Of Highland". Jarak 6km dari jalan utama agak berliku-liku tapi sampai saja di situ..... Wow! Panorama ladang teh di situ memang terindah. Sebelum mendaki ladang teh, singgah dulu minum teh dengan sandwich segar. Fuh!

Minum teh lagi..... kali ni di Bharat Teh pula. Ladang teh BHARAT terletak di tepi perjalanan ke Tanah Rata, maka ramai yang singgah di sini. Tadi dah beli teh BOH dan kali ni beli teh BHARAT pula. Mana yang sedap. Tapi aku tetap pilih BOH.

Dah sampai Tanah Rata pun..... suhu semakin sejuk berbanding tadi. Pokok-pokok pine mula kelihatan. Di pekan kecil Tanah Rata semuanya ada. Kedai runcit, restoran dan hotel bajet bersepah-sepah di sini.

Taman Agro Teknologi MARDI di pekan Tanah Rata memang wajib datang jika ke Cameron Highlands. Tiket masuk sekadar RM3.00 saja untuk dewasa..... bagi support sikit. Kawasan penyelidikan MARDI ini sangat luas..... macam-macam ada..... nak tengok ladang teh ke.....kilang proses teh tertua.... taman bunga ke..... kebun sayur ke.... kebun strawberi ke..... memang setempat.

Sampai juga aku di Hong Kong..... Hong Kong Hotel terletak di tengah-tengah pekan Brinchang..... memang strategik..... nak ke pasar malam hanya 100m..... nak ke medan selera 50m..... nak ke masjid 50m..... nak ke kedai runcit 50m. Kadarnya cuma RM123 sebilik dan jika bukan cuti sekolah hanya RM78 sahaja. Bilik memang selesa cuma tak ada lift.... dan parking kereta terhad.

Kalau bawa majoritinya perempuan..... ini tempat nak di tuju...... Cameron Lavender Garden. Tiket masuk RM5 dewasa dan dapatlah tengok macam mana bentuk bunga lavender..... juga bunga-bunga yang lain.

Sebelum pulang ke Kota Bharu melalui Gua Musang aku singgah sekejap di sebuah kebun milik pekebun Cina berhampiran Kea Farm..... petik sendiri kobis..... besar giler dan cuma RM5 sebiji. Ke Gua Musang dari Cameron Highlands cuma ambil masa 2jam sahaja.

GUA MUSANG? Tak ada apa yang menarik tetapi akan menarik jika pemerintah memikirkan sesuatu tarikan di sini. Bukan sekadar tempat orang membuang lelah dan sisa, sebelum teruskan perjalanan ke Kota Bharu.

14.2.14

Padang & Bukit Tinggi '14

APA YANG ADA.
Bagi kaki makan - Nasi Padang memang terbaik kesedapannya.
Bagi kaki shopping - Textile bersulam memang terbaik kualitinya.

TERBANG
AirAsia - RM123, pergi balik

TRAVEL AGEN
PT Haftan Wisata Tour Travel
KPR 1 JL. Satu, No 30 Blok A Perawang KAB, Siak Riau 28772, Sumatera, Indonesia
Contact : Muhammad Afwan - HP +62 853 5529 5170, Email : afwan71@yahoo.co.id
RM400 termasuk :-
1. Grand Malindo Hotel, Bukit Tinggi - 2 malam
2. Hotel Rang Kayo Basa, Padang - 1 malam
3. Sarapan - 3 kali
4. Makan Siang - 3 kali
5. Makan Malam - 3 kali
6. Pengangkutan dan Supir - 4 hari 3 malam
7. Pengangkutan Airport dan Hotel - Pergi dan Balik

TUNGGU SAJA!
Semua sudah tersedia..... cuma tunggu aja pada 2 mac 2014 nanti....

DAY 1
08.00AM - Pesawat kami berjaya mendarat dengan selamat setelah menembusi jerubu yang memenuhi ruang angkasa antara Malaysia dan Sumatera. Sampai-sampai saja di Bandar Udara Minangkabau keadaan agak basah sebagai tanda jerubu akan menghilangkan dirinya dan penerokaan aku tiada halangan. Minangkabau bermaksud MINANG adalah menang dan KABAU adalah kerbau. Info awal yang perlu diketahui.
09.00AMSupir kami, Pak Id terus membawa kami bersarapan di Restoran Soto Angkasa yang berhampiran dengan Bandar Udara Minangkabau. Lontong dan Soto Nasi menjadi pilihan pagi itu. Semua di meja itu hanya RM17.10 sahaja.

09.45AM - Bergerak pula ke Pantai Air Manis, yang mana terjadinya kisah dongeng anak derhaka Si Malim Kundang yang di sumpah ibunya menjadi batu. Maka dibina replika batu sumpahan tersebut sebagai tanda teladan kepada penduduk di Padang.

12.00PM - Kembali semula ke Kota Padang dan singgah sebentar di Pasar Raya Padang yang menjual barang-barang keperluan bagi penduduk di Kota Padang..... Sambil menanti ketibaan Samberi sekeluarga sekitar jam 2.00 petang, kami beristirehat di stadium yang berhampiran sambil melihat perlawanan bolasepak.

03.30PM - Sememangnya sudah lewat untuk makan siang..... masing-masing sudah kelaparan. Rumah Makan Lamun Ombak yang menghidangkan masakan Nasi Padang yang sememangnya sungguh enak sekali. Seterusnya ke Bukit Tinggi yang berketinggian 930m dari paras laut. Jarak di antara Padang ke Bukit Tinggi adalah 90km dan di pertengahan perjalanan itu, kami singgah sebentar di Air Terjun Lembah Anai.

06.00PM - Bagi ibu-ibu, mereka terus meluru ke Karya Putri Minang untuk membeli kain-kain sulaman tetapi aku lebih teruja melihat pondok kecil di seberang jalannya. Dimana  proses membuat tepung beras diusahakan menggunakan cara-cara traditional dengan menggunakan tenaga daripada kincir air.

07.00PM - Seterusnya ke Perkampungan Pandai Sikek. Pekerjaan utama bagi kaum wanita di situ adalah membuat sulaman dan telah menjadi hasil kreatif sejak turun temurun lagi. Kami singgah di Butik Satu Karya dan 4 pasang kain sulaman aku sambar untuk anak-anak aku. Harganya agak mahal sedikit tetapi kualiti sulaman memang halus. Di situ juga boleh melihat pekerjanya membuat tenunan songket.

07.10PM - Sudah satu purnama orang-orang di Bukit Tinggi tidak dapat melihat Gunung Merapi disebabkan jerubu, kata Pak Id. Hampir sebulan tidak hujan.... hari ini hujan lebat dan aku bertuah kerana dapat melihat Gunung Merapi (2891m) dan Gunung Singgalang (2881m) dari Butik Satu Karya. Kali terakhir Gunung Merapi (2891m) meletus pada tahun 2004.

08.30PM - Kami semua makan malam dulu sebelum check in Hotel Grand Malindo..... disebabkan masih kekenyangan lagi, kami minta makanan yang ringan sahaja..... aku makan Bihun Soto dan Murtabak Mesir..... dan jus avocado..... dan yang lain semua makan nasi goreng spesial di Restoran Hayuda, Bukit Tinggi.

DAY 2
08.00AM - Hotel Grand Malindo pagi ini sediakan sarapan Nasi Goreng, Koay Teow Goreng, Bubur Pulut Hitam dan Roti Bakar..... Bolehlah rasanya. Selepas sahaja sarapan, kami terus sahaja ke Butik Cahaya Bordir dan aku sambar 2 pasang kain. Harganya memanglah mahal tetapi bagi aku di sinilah yang paling berkualitas sulamannya. Sangat-sangat halus dan teliti.

10.00AM - Kerepek memang perusahaan yang popular di Bukit Tinggi..... banyak kedai kerepek terdapat di sini dan kami dibawa melihat cara-cara memproses kerepek di Sanjai Ummi Aufa Hakim. Sebelum beli boleh dirasa sampelnya.... dan jika beli banyak boleh di bungkus di dalam kotak bagi memudahkan di bawa naik pesawat.

11.00AM - Shopping lagi di satu lagi butik sulaman iaitu Sulaman Hajjah Rosma. Di sini, kami semua melihat bagaimana sulaman dihasilkan dan aku membeli alas meja makan yang bersulam untuk Hari Raya nanti. Memang harganya mahal di sini tapi puas hati berbanding dari China tu....

12.10PM - Minum air daun kopi di dalam bekas tempurung dan digaul menggunakan kulit kayu manis..... memang unik dan ini hanya di Kiniko Enterprise..... macam-macam jenis kopi dijual di sini.

01.10PM -  Dah masa makan siang..... kita makan ikan talipia bakar yuk! Ikannya tidak hanyir dan enak sungguh..... dan restorannya pula diatas kolam ikan talipia dan sekitarnya sawah padi..... sisa-sisa makan yang tak habis campak ajer di kolam tu...... berebut-rebut ikan-ikan talipia membaham. 

02.30PM - Masing-masaing dah kenyang, kan..... Jom pergi ke Istano Basa Pagaruyung. Istana ini merupakan replika istana sebenar yang dibakar oleh Belanda pada tahun 1804 dan yang dibina semula pada 27 Disember 1976. Kemudian terbakar pada Februari 2007 akibat panahan petir dan dibina kembali pada tahun 2013..... inilah tragis sebuah istana bangsa Melayu. 

04.00PM - Meh! rehat-rehat sekejap di Danau Singkarak yang seluas 108m2 merupakan danau kedua besar selepas Danau Toba. Siapa-siapa yang peminat ikan kering, di sini banyak dijual ikan kering dari ikan tasik ini.

06.44PM - Akhirnya kembali ke Kota Bukit Tinggi dan lepak-lepak sekejap di Jam Gadang. Jika berminat naik kuda dipersilakan..... murah jer IDR40,000! aku tak berminat sangat..... jadi cuci mata di dataran Jam Gadang..... shopping cenderamata TS dan FM.

08.30PM - Kenyang makan siang tadi masih terasa makanya kami malam ini cuma makan ringan-ringan ajer..... Bakso dan Goreng Pisang Keju..... dan mata dah nak lena...... zzzzz.

DAY 3
08.30AM - Bergerak ke Muzium Buya Hamka yang terletak di Danau Maninjau (berkeluasan 100 m2) Jalan yang curam memang mencabar dan wajib melalui 44 keluk (selekoh tajam) dari atas hingga ke bawah untuk menuju ke danau..... sebenarnya Buya Hamka lebih dihargai karyanya serta falsafahnya di Malaysia dan baru-baru ini sahaja pemerintah Indonesia menghargai beliau..... kos membaiki rumah kelahiran beliau untuk dijadikan muzium adalah dibiayai oleh ABIM..... dan aku membeli sebuah buku Tengelamnya Kapal Van Wijk (karya 1937).

Inilah Danau Maninjau yang diambil dari pesawat...... di dalam kawah inilah tempat kelahiran Buya Hamka di Kampung Tanah Sirah, Nagari Batang Maninjau..... menurut Pak Id danau ini terhasil daripada kawah gunung berapi dan dikatakan masih lagi aktif.


02.00PM - Makan Nasi Padang buat yang terakhir di Rumah Makan Sederhana, Bukit Tinggi..... selepas solat Jamak, kami kembali shopping untuk yang terakhir di.....
1. Silver Work Welisyar, Koto Gadang
2. Pasar Atas, Koto Bukit Tinggi
3. Sulaman dan Bodiran Annisa, Koto Bukit Tinggi
4. Satu Karya, Kampung Pandai Sikek

08.00PM - Kembali semula ke Koto Padang..... Oleh kerana nak tukar menu..... kami memilih makan di sebuah restoran makanan seafood cara di Padang..... udang sweetsour, ikan talipia terbang, ayam sweetsour, sayur campur dan kangkung cilipadi. 

DAY 4
06.00AM -  Sebelum berangkat pulang dengan flight AK7031 pukul 8.30AM..... kami sempat sarapan di HOTEL RANG KAYO BASA (istilah Bahasa Malaysia HOTEL ORANG KAYA BESAR)...... hahahaha..... sampai ketemu kembali sahabatku Afwan dan Idrus.

JOM JIMAT JELAJAH 4H 3M
Flight + Hotel + Meals + Transport + Entrance Fees + Indonesia Tax = IDR 1,888,783.00 @ MYR 655.83 / pax (without shopping)

|

|

|

SELAMAT JALAN PADANG