MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

1.11.13

Pencapaian Filem Malaysia di APFF

Festival Filem Asia Pasifik yang pertama telah diadakan pada tahun 1954 di Hong Kong. Pencapaian filem-filem Malaysia di festival ini tidaklah membanggakan berbanding dengan pencapaian filem-filem Japan, Korea, Taiwan, Hong Kong, India, Indonesia dan Iran. Kebanyakkan pengkritik filem di Malaysia beranggapan festival ini tidak lagi relevan dan sepatutnya memandang kearah festival yang lebih berprestij. 

Sekiranya dikaji pencapaian filem Malaysia di APFF, kelihatan agak sukar juga filem Malaysia merangkul anugerah utama. Pada zaman kegemilangan industri filem di Jalan Ampas pun agak terkial-kial untuk memenangi anugerah utama walaupun telah menghasilkan filem yang terbaik sehingga kini seperti Ibu Mertuaku, Hang Tuah, Anakku Sazali dan banyak lagi. 

Oleh yang demikian, Festival Filem Asia Pasifik masih lagi relevan bagi industri filem Malaysia untuk dipertandingan di peringkat Asia Pasifik sebelum melangkau jauh ke festival-festival filem di Cannes, Berlin, Tokya, Busan dan Oscar.

PENGARAH FILM TERBAIK
2010 - Mua'alaf, Yasmin Ahmad

AKTOR TERBAIK
1957 - Anakku Sazali, P Ramlee
1998 - Jugho, Khalid Salleh

AKTOR PEMBANTU TERBAIK
1996 - Sayang Salmah, Sidi Oraza
1999 - Lenjan, Roysham Noor

AKTRES TERBAIK
2004 - Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin
2005 - Puteri Gunung Ledang, Tiara

AKTRES PEMBANTU TERBAIK
1956 - Hang Tuah, Zaiton
1980 - Adik Manja, Shasha
2002 - Embun, Khatijah Tan

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
1956 - Mega Mendung, Wan Hussien
1957 - Anakku Sazali, Tony Castello
1959 - Satay, Eddy Ali
1960 - Lela Manja, Bat Latif
1964 - Gerhana, Bat Latif
1976 - Sayang Anakku Sayang, Aziz M Osman

PELAKON HARAPAN TERBAIK
1982 - Abang, Fauziah Ahmad Daud

SENIMATOGRAFI TERBAIK
1958 - Sumpah Orang Minyak, A Bakar Ali
1963 - Ibu Mertuaku, A Bakar Ali
2004 - Berlari Ke Langit, Mohd Azla Kamaruddin

SUNTINGAN TERBAIK
1978 - Loceng Maut, Sallehan Shamsuddin
1986 - Jasmin 2, Johari Ibrahim

SKOR MUZIK TERBAIK
1956 - Hang Tuah, P Ramlee
2005 - Qaisy Dan Laila, Ayob Ibrahim

KESAN BUNYI TERBAIK
1979 - Dendang Perantau, Peter Lim/Zulkifli Salleh
2000 - Leftenan Adnan, Azman Abu Hassan

FILEM KOMIDI TERBAIK
1959 - Pendekar Bujang Lapok, P Ramlee
1960 - Nujum Pak Belalang, P Ramlee
1961 - Pak Mamat Parang Tumpul, L Krishnan
1964 - Madu Tiga, P Ramlee
1979 - Panglima Badul, Hussien Abu Hassan

ANUGERAH PENGHARGAAN
1959 - Mahsuri, B N Roa - Cerita Rakyat Digambarkan Dengan Berkesan
1962 - Dang Anum, Hussain Hanif - Cerita Rakyat Digambarkan Dengan Berkesan
1963 - Ibu Mertuaku, P Ramlee - Aktor Cemerlang Dalam Filem
1973 - Satu Titik Di Garisan, M Amin - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1975 - Permintaan Terakhir, Jamil Sulong - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1976 - Jiwa Remaja, Jamil Sulong - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1976 - Hapuslah Airmatamu, Sharifah Aini - Artis Yang Menjanjikan Perkembangan Seni
1978 - Loceng Maut, Naz Achnaz - Keseluruhan Yang Sempurna
1980 - Adik Manja, Othman Hafsham - Komidi Yang Mempunyai Pengajaran
1980 - Esok Masih Ada, Jins Shamsuddin - Tema Terbaik Perpaduan Masyarakat
1980 - Sumber Ilhamku, Aziz Jaafar - Cerita Tentang Kegigihan Artis Yang Berkesan
1982 - Pemburu, Ahmad Yatim - Penonjolan Watak Yang Kuat
1983 - Ranjau Sepanjang Jalan, Jamil Sulong - Kisah Masyarakat Luar Bandar Yang Berkesan
1988 - Antara Dua Hati, Rosnani Jamil - Kisah Drama Masyarakat Yang Berkesan
1989 - Tuah, Anuar Jamil - Memaparkan Interprestasi Baru Sebuah Lagenda
1990 - Hati Bukan Kristal, Raja Ahmad Alauddin - Pengarah Muda Berbakat
1991 - Bintang Malam, Adman Salleh - Menonjolkan Isu Sosial Dengan Berkesan
2000 - Leftenan Adnan, Aziz M Osman - Memaparkan Nilai-nilai Patriotik
2003 - Paloh, Adman Salleh - Memaparkan Kisah Sejarah Yang Berkesan

1 ulasan:

Dr Singa berkata...

oh..
saya masih ingat lagi cerita Sayang Anakku Sayang!
sedih cerita tu..

ada Mak Enon
ada Aziz M Osman lompat dari menara Stesen Keretapi KL