MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

6.5.14

Tokyo Story (Japan Film, 1953)


THE 100 BEST FILMS OF WORLD, The greatest film not in the English language.
16th place : Tokyo Story, by Yasujiro Ozu, Japan

Hadiah sempena hari ibu sebuah filem klasik dari Jepun, Tokyo Story.
Mengisahkan sepasang ibubapa yang telah tua, tinggal di bandar Onomichi, Jepun bersama dengan seorang anak perempuan bongsu yang belum berkahwin. Mereka mempunyai 5 orang anak dan seorang anak lelakinya telah meninggal dunia. Pasangan ini pergi ke Tokyo untuk melawat anak lelaki dan anak perempuan serta bekas menantu yang telah menjanda.

Anak sulung lelaki mereka adalah pakar kanak-kanak dan telah berkahwin serta mempunyai dua anak lelaki, Manakala anak sulung perempuan mereka juga telah berkahwin dan mempunyai salun dandanan rambut. Kedua-duanya sibuk dengan kerja dan keluarga mereka, dan tidak mempunyai banyak masa untuk ibu bapa mereka. Hanya bekas menantunya yang membawa bersiar-siar untuk menghiburkan mereka di Tokyo.

Dalam pada itu, anak lelaki dan perempuannya menghantar ibubapa mereka menginap di spa air panas, Atami. Tetapi ibubapa meraka pulang awal kerana kehidupan malam di hotel itu mengganggu tidur mereka. Apabila mereka kembali, anak lelakinya menjelaskan bahawa dia menghantar mereka ke Atami kerana mahu menggunakan bilik tidur mereka untuk mesyuarat. Dengan itu, ibunya pergi untuk tinggal bersama bekas menantunya yang kehilangan suaminya, 8 tahun lalu dalam peperangan dan menasihatinya untuk berkahwin semula. Sementara itu, bapanya pula mabuk dengan beberapa teman-teman lama, kemudian kembali ke salon anak perempuannya .

Pasangan itu merasakan anak-anak mereka telah berubah, dan mereka pun meninggalkan rumah anak-anaknya. Sepanjang perjalanan ibunya sakit, dan tanpa perancangan ingin berhenti di Osaka untuk bertemu anak lelaki bonsu mereka tetapi membatal rancangan itu dan pulang semula ke Onomichi. Penyakit ibunya semakin kritikal. Ketiga-tiga anaknya di Tokya pulang ke Onomichi setelah menerima telegram. Tidak lama selepas itu ibu mereka meninggal dunia. Anak lelaki bongsunya tiba lewat kerana bekerja di luar kawasan.

Selepas pengebumian, kesemua anak-anak mereka memutuskan pulang semula ke Tokyo serta-merta, kecuali bekas menantunya. Anak perempuan bongsu serta janda menantu mengatakan adik beradiknya mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa. Tetapi janda menantu itu menyatakan bahawa semua orang mempunyai kehidupan dan tanggunjawap kepada keluarga mereka sendiri  dan situasi ini tidak dapat dielakkan.

Apabila cuti sekolah anak perempuan bongsu bermula, janda menantu itu memberitahu bapa mertuanya bahawa dia mesti kembali ke Tokyo pada petang itu. Bapa mertua memberitahu bahawa beliau begitu baik melayan bekas ibu mertuanya sehinggakan kedua-dua mereka memuji wanita itu sangat baik hati berbanding anak mereka sendiri walaupun tiada perkaitan darah. Dia memberikan sebuah jam tangan daripada arwah anaknya sebagai cenderahati dan menasihati beliau untuk berkahwin semula. Bekas menantu itu menangis dan mengaku beliau kesunyian. Pada akhirnya, kereta api yang dinaiki janda menantu itu berangkat dari Onomichi ke Tokyo, meninggalkan mereka berdua.

Ibubapa telah digambarkan sebagai seorang yang suka senyum dalam apa jua situasi dan masalah. Dia digambarkan begitu bersih hati sebagai seorang ibu dan bapa yang menyayangi anak-anak mereka dan tidak mahu menunjukkan perasaan pedih yang ada di dalamnya.
Oleh itu, selagi ibu kita masih hidup buatlah apa sahaja untuk menggembirakannya sebelum dia meninggalkan kita.

Tiada ulasan: