MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

12.9.16

Sup Tulang ADABI Raya Korban

Aidiladha tahun ini aku turut berkorban.
Tapi bukan korban lembu.
Berkorban dengan tidak bersama-sama ayah dan mak di pagi raya.
Kerana permintaan daripada AJK Surau untuk memasak sup tulang lembu korban.
Pertama kali mejadi chef dan terima kasih abang Lebai diatas tunjuk ajarnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEREBUS.
Seekor tulang lembu (semua bahagian) dibersihkan dan rebus di belanga.
2 kg halia China diketuk-ketuk kemudiannya dicampak ke belanga.
50 bungkus sup bunjut ADABI digoreng sekejap dan dicampak ke belanga.
Rebus sehingga sehingga mendidih selama 2 jam.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR.
1 kg bawang besar
1 kg bawang putih
1 kg halia

BAHAN-BAHAN UNTUK DITUMIS
1 kg bawang merah - dihiris
1 kg bawang putih - di hiris
1 kg rempah sup ADABI - dibancuh dengan air panas.
1 mangkuk rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga)

CARA-CARANYA
Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Tumis pula bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
Akhir sekali tumiskan rempah sup yang telah dibancuh sehingga naik minyak.
Apabila siap masukkan ke belanga yang sedang merebus tulang tadi.
Masukkan garam 3 senduk besar.
Masukkan serbuk perasa.
Didihkan selama 1 jam lagi ataupun sehingga daging dagingnya lembut.

HIASAN
1 cekak daun sup
1 cekak daun bawang
1 bungkus besar bawang goreng
dan juga sambal kicap (rujuk di resipi Bihun Sup Ayam ADABI)


Tiada ulasan: