MELANCONG SATU IBADAH

Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)

29.4.20

Ikan Patin Masak Tempoyak - PKP

Ikan Patin Masak Tempoyak memang terkenal di negeri Perak dan juga Pahang. Mungkin disebabkan ikan Patin ini banyak terdapat di Sungai Perak dan Sungai Pahang. Keenakkan masakan ini bergantung kepada kesegaran ikan itu sendiri dan juga kualiti tempoyak itu. Ada sedikit perbezaan cara masakan di antara kedua-dua negeri ini. Apa dia? Hah! Ini saya nak tunjuk cara negeri Perak.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan Patin segar
1 biji cili merah
9 biji cili api kampung (bergantung tahap kepedasan)
1 inci kunyit hidup
2 batang serai diketuk
5 sudu besar tempoyak (ini bahan terpenting)
3 mug air
1 sudu besar garam
1 keping asam keping

CARA-CARANYA
Tumbuk dengan lesung (blender pun boleh) dimulai dengan kunyit hidup, cili merah, cili api dan garam. Serai diketuk-ketuk. Semua bahan-bahan ini digaul-gaul dengan tempoyak dan masuk ke dalam periuk bersama air dan juga asam keping. Apabila kuah nak panas, barulah masukkan ikan Patin supaya ikan tidak hancur. Mendidih saja bolehlah tutup api. Senangkan. Tak payah jauh-jauh pergi Temerloh.

Hah! Apa perbezaannya.

Tiada ulasan: