Aidiladha tahun ini aku turut berkorban.
Tapi bukan korban lembu.
Berkorban dengan tidak bersama-sama ayah dan mak di pagi raya.
Kerana permintaan daripada AJK Surau untuk memasak sup tulang lembu korban.
Pertama kali mejadi chef dan terima kasih abang Lebai diatas tunjuk ajarnya.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEREBUS.
Seekor tulang lembu (semua bahagian) dibersihkan dan rebus di belanga.
2 kg halia China diketuk-ketuk kemudiannya dicampak ke belanga.
50 bungkus sup bunjut ADABI digoreng sekejap dan dicampak ke belanga.
Rebus sehingga sehingga mendidih selama 2 jam.
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR.
1 kg bawang besar
1 kg bawang putih
1 kg halia
BAHAN-BAHAN UNTUK DITUMIS
1 kg bawang merah - dihiris
1 kg bawang putih - di hiris
1 kg rempah sup ADABI - dibancuh dengan air panas.
1 mangkuk rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga)
CARA-CARANYA
Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Tumis pula bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
Akhir sekali tumiskan rempah sup yang telah dibancuh sehingga naik minyak.
Apabila siap masukkan ke belanga yang sedang merebus tulang tadi.
Masukkan garam 3 senduk besar.
Masukkan serbuk perasa.
Didihkan selama 1 jam lagi ataupun sehingga daging dagingnya lembut.
HIASAN
1 cekak daun sup
1 cekak daun bawang
1 bungkus besar bawang goreng
dan juga sambal kicap (rujuk di resipi Bihun Sup Ayam ADABI)
MELANCONG SATU IBADAH
Firman Allah : "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al An-Kabut : 20)
12.9.16
4.9.16
Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 28
Festival Filem Malaysia ke 28 telah diadakan di Kuala Lumpur pada 3 September 2016.
Disenaraikan Filem-Filem Terbaik Malaysia di Festival Filem Malaysia sepanjang diadakan.
Penilaian bintang yang dibuat berdasarkan daripada sudut pandangan saya iaitu,

***** - Mesti memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa yang berprestaj.
**** - Mendapat perhatian atau pencalonan akhir di Festival Filem Antarabangsa ataupun keluar daripada kebiasaan senima Malaysia.
*** - Merupakan yang terbaik di Malaysia sahaja.
2016 - FFM 28, MUNAFIK, Syamsul Yusof - ***
2015 - FFM 27, LELAKI HARAPAN DUNIA, Liew Seng Tat - ****
2014 - FFM 26, KIL, Nik Amir Mustapha - ****
2013 - FFM 25, BUNOHAN, Dain Iskandar Said - ****2015 - FFM 27, LELAKI HARAPAN DUNIA, Liew Seng Tat - ****
2014 - FFM 26, KIL, Nik Amir Mustapha - ****
2011 - FFM 24, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, Yusri - ***
2010 - FFM 23, MAGIKA, Norman - ***
2009 - FFM 22, PAPADOM, Afdlin Shauki - ***
2008 - FFM 21, KALA MALAM BULAN MENGAMBANG, Mamat Khalid - ***
2007 - FFM 20, SEPI, Khabir Bahtiar - ****
2006 - FFM 19, GUBRA, Yasmin Ahmad - ****
2005 - FFM 18, SEPET, Yasmin Ahmad - ****
2004 - FFM 17, PALOH, Adman Salleh - ***
2003 - FFM 16, KL MENJERIT, Badaruddin Hj Azmi - ***
2002 - FFM 15, LEFTENAN ADNAN, Aziz M Osman - ***
1999 - FFM 14, JOGHO, U Wei Shaari - ****
1997 - FFM 13, LAYAR LARA, Shuhaimi Baba - ***
1995 - FFM 12, SAYANG SALMAH, Mahadi J Murad - ***
1994 - FFM 11, PEREMPUAN, ISTERI & ....., U Wei Shaari - ****
1992 - FFM 10, SELUBUNG, Shuhaimi Baba - *** dan BINTANG MALAM, Adman Salleh - ***
1991 - FFM 09, HATI BUKAN KRISTAL, Raja Ahmad Alauddin - ***
1989 - FFM 08, Tiada Pemenang *
1987 - FFM 07, RAHSIA, Othman Hafsham - ***
1986 - FFM 06, TSU FEH SOFIAH, Rahim Razali - ***
1984 - FFM 05, MATINYA SEORANG PATRIOT, Rahim Razali - ****
1983 - FFM 04, RANJAU SEPANJANG JALAN, Jamil Sulong - ***
1982 - FFM 03, BUKIT KEPONG, Jins Shamsuddin - ***
1981 - FFM 02, DIA IBUKU, Yassin Salleh - ***
1980 - FFM 01, TIADA ESOK BAGIMU, Jins Shamsuddin - ***

27.8.16
Phuket 2016
03.06.16
Pertama kalinya aku menjadi seorang Kembara Solo (tapi mem. nak ikut!!!) dan DESTINASI ini pernah aku jejaki pada tahun 1994.
Bagaimana ya..........setelah 22 tahun.
PHUKET Pertama kalinya aku menjadi seorang Kembara Solo (tapi mem. nak ikut!!!) dan DESTINASI ini pernah aku jejaki pada tahun 1994.
Bagaimana ya..........setelah 22 tahun.
PHUKET
PHUKET
Dengan bajet yang sederhana tapi mau jalan....inilah pilihannya.
Tiket AirAsia RM252.08 pergi balik (promosi harga musim cuti sekolah).
Penginapan di @ White Patong Hotel rm182.80 (2 malam)
.
Penerbangan hanya 1 jam 15 minit sahaja dari KLIA2 ke Phuket International Airport. Tiba saja di Airport, aku segera ke kuanter Khidmat Kenderaan. Oleh kerana dompetnya tipis, aku cuma naik bas mini (van). Tiketnya B180 seorang dan akan bergerak sehingga bas mini itu penuh sehingga 15 orang. Argh!!! Terpaksalah menunggu 1 jam. Perjalanan ke Patong Beach pula mengambil masa 1 jam 30 minit.
Wow! Boleh tahan juga @ White Patong Hotel. Bilik selesa dan yang penting ada tingkap. Cuma... tak ada lift dan tak ada jug kettle. Tapi yang paling penting bersebelahan di Jungceylo Shopping Mall dan Bangla Road. Di lobi hotel itu ada kuanter pakej ke mana-mana destinasi pilihan di Phuket. Aku tertarik kepada pakej James Bond Island 5 in 1 tapi kena tengok harga di tempat lain dulu.
Lapar...Lapar. Mana nak cari makanan yang halal ni. Selalunya ada masjid mesti ada kedai makan halal. Jom ke Masjid Nurul Islam di Jalan Prabaramee. Ahh! memang benar. Banyak sekali kedai makan halal di sini. Memang sedap sangat-sangat tomyam putih, tomyam merah, udang goreng dan daging masak halia di Restoran Islander ini. Harga pun murah.
Inilah masjid bagi umat Islam di Patong dan aku dapatlah solat maghrib berjemaah di sini. Mereka memberi salam dan menyambut dengan mesra kehadiran aku di masjid ini sebagai saudara seislam. Diharapkan kepada pelancong-pelancong Malaysia yang ke sini, singgahlah di masjid ini dan berilah sumbangan kepada masjid ini.
HARI KE 2 di Patong Beach. Banyaknya dugong di sini. Sambil makan maggie cup sambil tengok pemandangan yang cantik-cantik. Alamak! Ada anjing la pulak. Potong!!!!! Jom shopping apa yang ada di sini. Phuket bukanlah syurga membeli belah. Aku hanya membeli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan.
Akhirnya.... aku pilih agensi di lobi hotel. Macam-macam pakej ada tapi yang sempat bagi aku ialah pakej James Bond Island 5 in 1 berharga B1200 termasuk makan tengahari halal. Perjalanan ambil masa 2 jam ke destinasi pertama, iaitu Suwankuha Temple. Apa yang menariknya di sini. Entahlah...bagi penganut buddha memang teruja sangat-sangat. Monyet berekor-ekor bersepah-sepah.
Aku seorang sahaja ke? Orang Malaysia dalam bot ini. Huhuhu.....Layan jer lah. Perjalanan dari Jeti Kasom Pier ke Pulau Talu ambil masa 30 minit sahaja dan di sini aku menaiki kenu yang dikayuh oleh seorang Thai Islam yang peramah berbahasa isyarat. Gua-gua di pulau ini memang cantik-cantik. Allah yang ciptakan.
Selama 30 minit kami diberikan masa untuk mengelilingi pulau Talu ini dan ada 2 buag gua yang perlu kita berbaring di dalam kenu untuk memasukinya sebab lubang gua itu setinggi 24inci sahaja daripada paras air laut. Memang seronok. Memang pengalaman yang amat menarik. Si Pengayuh itu berceritalah mitos-mitos bentuk-bentuk batu yang menyerupai gajah.
Kemudian ke Pulau Jame's Bond. Hanya beberapa minit babak filem Jame's Bond di pulau ini dan dah dapat nama pulau ini. Terkenal pula tu. Tiada yang istimewa di sini. Setakat setongkol batu yang tercacak dalam air tu yang jadi rebutan berselfie. Belilah apa-apa di sini wahai pelancong Islam kerana semua peniaganya beragama Islam. Bantulah mereka.
Jam 3 petang baru dapat makan tengahari. Bayangkan selepas sarapan hanya makan kekacang pemberian pelancong India. Rombongan kami singgah di salah sebuah restoran di perkampungan nelayan Islam Koh Panyee. Wow!! Tomyam seafood, udang celop tepung, ayam masak halia dan sayur campur telah siap terhidang. Apa lagi, memang dah lapar. Geng-geng Arab, India dan Mat Salleh jeling-jeling tengok tahap aku makan dengan penuh selera. Tapi tak gelojoh tau! Tapi memang sedap terutama udang dan sotongnya yang segar. Di pulau ini memang tak dibenarkan membela anjing dan membawa babi. Halal.

HARI TERAKHIR - Penerbangan pulang jam 5.30pm dan mini bas akan menghantar aku ke airport jam 1.00pm dari lobi hotel. Sebelum itu, ronda-ronda di sekitar Patong Beach, tengok-tengok tempat-tempat maksiat di Bangla Road dan beli-beli sedikit FM, KC dan meggie cup Thailand yang halal (perasa Tomyam yang teramat pedas tapi sedapppp).
Apa-apa pun Phuket memang menarik untuk diterokai tapi ini adalah yang terakhir kali aku ke sini. Dunia ini luas lagi....kan.

Soul of Seoul 남쪽 한국 '16
14.03.16
ASSALAMUALAIKUM.
KLIA2 - INCHEON Tiket AirAsia pergi balik RM778.08 seorang (termasuk tempat duduk, makanan dan beg 20kg) pada tarikh 14-18 Mac 2016. Cuti sekolah bulan Mac tu.
ASSALAMUALAIKUM.
Bercuti di Korea memang seronok. Tapi kos yang tinggi menyebabkan percutian di Korea lambat menjadi kenyataan. Bajet trip ini harap-harap dapat membantu percutian ke Korea ini menjadi realiti walaupun dengan bajet yang terhad.
KOS PERBELANJAAN
KOS PERBELANJAAN
KLIA2 - INCHEON Tiket AirAsia pergi balik RM778.08 seorang (termasuk tempat duduk, makanan dan beg 20kg) pada tarikh 14-18 Mac 2016. Cuti sekolah bulan Mac tu.
ITAEWON INN Tempah di Agoda dan kadar RM770.06 (bilik untuk berdua termasuk kelengkapan dapur memasak) selama 4 malam.
www.smrt.co.kr Amat mudah jalan-jalan di Seoul dengan Sistem Pengangkutan Awam seperti MRT dan keretapi ekpress. Dapatkan laluan rel di Seoul dengan melawati web ini. Disyorkan beli T-MONEY (seperti kad Touch N Go) dalam W35.000 (RM123.20) dan ini cukup untuk menggunakan semua pengangkutan awam di Korea selama 5 hari (berpandukan itenarari saya).
NAMI TOUR TRIP BUS Hanya bayar W6.000 (RM42.24) dan tiket ini boleh digunakan untuk turun dan naik di mana sahaja sepanjang hari di Nami. Tapi jangan dihilangkan tiket.
TIKET LAWATAN Everland W38.000 (RM133.76). Hangang River Cruise W14.250 (RM50.16). Nami Island Ferry W8.000 (RM28.16). Namsan Tower W10.500 (RM36.96). Deosugung Palace W1.000 (RM3.52).
MAKAN MAKAN Saya hanya makan malam 2 kali sahaja di restoran, makanan ringan dan kuih-muih Korea dengan anggaran W57.425 (RM202.14). Makanan banyak dibawa dari Malaysia seperti beras, serunding dan makanan dalam tin seperti Kari Ayam ADABI, Kurma Ayam ADABI, Sup Kambing ADABI dan Tuna Mayonis.
Kos perbelanjaan bagi saya seorang sahaja dianggarkan RM1,178.25 (tidak termasuk membeli-belah).
HARI 1
KLIA2 - INCHEON Berlepas 8.00am (waktu Malaysia) dan tiba di Incheon International Airport pada 3.00pm (waktu Korea). Keluar saja daripada perut AirAsia untuk ke bangunan terminal, ucapan alu-aluan terpapar di skrin. Urusan di imigresen amat lancar dan banyak membantu.
Annyeonghaseyo.
Keluar sahaja daripada balai ketibaan, perkara pertama sekali adalah mencari Book Store untuk membeli T-Money. Selepas itu, lihat papan tanda penunjuk arah ke stesen keretapi AREX yang terletak di tingkat bawah. Setiap destinasi, saya akan tunjukkan dengan terperinci pengangkutan awam yang dinaiki.
arex INCHEON AIRPORT Line A10
mrt GONGDEOK Line A10 / Line 6
mrt ITAEWON Line 6 - Exit 4
TEMPOH MASA 70 Minit
Keluar sahaja daripada stesen SMRT Itaewon, perlu berjalan kaki sejauh 300m untuk sampai ke ITAEWON INN . Alhamdulillah, bilik 403 ini sungguh selesa dan tersedia kelengkapan dapur. Tetapi tanpa lift, terpaksalah angkut beg seberat 13.5kg.
Hari pertama di Seoul, apa kata kita makan malam dengan masakan Korea. Memang banyak kedai makanan Arab di sini tetapi kita berada di Korea.... kan. RESTORAN MURREE HALAL KOREAN MUSLIM FOOD berhampiran Masjid Itaewon, merupakan antara restoran pilihan pelancong Malaysia dan menjadi pilahan kami juga. Set menu kami W37.000 memang sedap.
BUL GO GI antara menu orang Korea yang popular iaitu hirisan daging yang dicampur kicap, minyak bijan, lada hitam, bawang putih, bawang besar, halia dan gula dimasak sehingga 4 jam.
GAL BI TANG pula adalah sup tulang lembu yang dicampur herba (ada kurma, cendawan dan lain-lain).
HARI 2
Selepas subuh, tanak nasi sekejap dengan periuk nasi yang dipikul dari Malaysia. Lauknya serunding dan kurma ayam ADABI dalam tin. Lunch Box ke Everland Resort nanti. Sarapan hanya makan roti cicah kurma ayam ADABI dalam tin. Memang stok makanan yang dibawa ke Korea cukup untuk 4 hari. Langkah jimat cermat.
GERAK 7.30 pagi
mrt ITAEWON Line 6
mrt YAKSU Line 6 / Line 3
mrt SEOUL UNIVERCITY Line 3 / Line 2
mrt GANGNAM Line 2 - Exit 7
TEMPOH MASA 40 Minit
BUS NO 5002 Berhampiran UQLO dan Burger King
TEMPOH MASA 50 Minit
Bas akan berhenti di hentian akhir dan bas transit Everland (percuma) akan membawa ke pintu masuk EVERLAND RESORT . Di pintu masuk terdapat kuanter tiket tetapi ada sebuah kuanter tiket untuk pelancong luar di sebalah kanan dan kita akan dapat tiket diskaun 30% daripada W48.000. Everland ini merupakan taman tema yang paling besar di Korea dan jika datang di musim bunga memang indah dan cantik dengan bunga-bunga tulip. Bagi kanak-kanak dan remaja memang tempat ini amat sesuai sekali, ianya seperti di Univesal Studio Singapore. T-Express adalah wooden roller coaster yang paling mencabar di sini.
Jangan tinggal solat sebab di Everland ada surau untuk kemudahan pelancong Islam. Tidak susah mencarinya, bersebelahan dengan Mystery Mansion. Selepas solat jamak, kami pun makan tengahari dengan Lunch Box yang dibawa dalam beg. Setelah puas, kami bergerak pulang dan window shopping di GANGNAM STREET . Mahal.
BUS NO 5002 Terminal bas Everland
TEMPOH MASA 50 Minit
mrt GANGNAM Line 2 - Exit 10
mrt SADANG Line 2 / Line 4
mrt MYEONG-DONG Line 4 - Exit 6
TEMPOH MASA 40 Minit
Dah pun sampai di MYEONGDONG 8-GIL . Pergh! memang meriah.....Sana-sini bangsa Malaysia. Kiri kanan lorong ini penuh dengan butik-butik kosmetik. Perempuan-perempuan mesti rambang mata. Harga barang-barang di gerai-gerai tepi jalan adalah diantara W10.000 dan W20.000. Tapi aku hanya membeli baju untuk anak-anak aku..... Untuk aku? Oh! Sendatnya. Sejuk-sejuk ni memang lapar yang bertahap-tahap. Alhamdulillah, ada gerai halal.
TAIYAKI ini berbentuk ikan emas dan sedap dimakan panas-panas. Harga W3.000 sebiji. Rasanya seperti pan kek yang ranggup dan didalamnya ada cheese, kentang atau kacang. Kaki dah nak longlai. Jawapannya.
mrt MYEONG-DONG Line 4
mrt SAMGAKJI Line 4 / Line 6
mrt ITAEWON Line 6 - Exit 4
TEMPOH MASA 25 Minit
Good Night Seoul.
HARI 3
Hmmm...Lunch Box untuk hari ini dah siap.....nasi putih, telor goreng, kari ayam dan timun. Sarapan pun dengan roti dengan telor goreng. Okey! Jom ke NAMI ISLAND hari ini
GERAK 7.30 pagi
mrt ITAEWON Line 6
mrt TAEREUNG Line 6 / Line 7
mrt SANGBONG Line 6 / Line P1
ko-rail GAPYEONG Line PI
TEMPOH MASA 100 Minit
BUS NO 5 Bas Nami Tour - yang ini tak boleh guna T-Money. Tiket W6.000 pergi balik
FERI yang akan ke Pulau Nami - yang ini tak boleh guna T-Money. Tiket W8.000 pergi balik
TEMPOH MASA 30 Minit
Suhu di Pulau Nami mencecah 6 celcius. Memang sejuk sangat-sangat. Apa yang menarik di sini, aku pun tak faham. Tapi yang aku faham, Korea memang kreatif. Daripada tempat ini tak ada apa-apa. Telah dijadikan lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang popular di seluruh dunia. Cuma yang ada pokok pine yang di tanam berbaris-baris tetapi kecantikan alam semulajadinya memang tak boleh dinafikan. Tapi yang tak boleh tahan, bangga melihat bendera Malaysia dan perkataan bahasa Melayu ada di sini selain China, Singapore dan Indonesia.
Sebelum balik, jom solat jamak dulu. Korean Tourism memang perihatin dengan pelancong Islam. Surau di Pulau Nami terletak di dalam bangunan Picture Book Library. Lepas solat makan dulu Lunch Box yang dibawa. Jom ke HANGANG PARK pula dan naik cruise.
FERI ulang alik ke Pulau Nami setiap 15 minit
BUS NO 5 dari Jeti ke stesen Gapyeong
ko-rail GAPYEONG Line PI
mrt SANGBONG Line P1 / Line 6
mrt YEOUINARU Line 6 - Exit 3
TEMPOH MASA 120 Minit
Tiba di Hangang Park dan hampir senja. Di sini, ada yang berbasikal, ada yang berkelah dan ada berdua-dua. Tempat ini juga popular sebab menjadi lokasi drama dan filem Korea. Selain itu, terdapat E-Land Cruise yang menyusuri sungai Han selama 1 jam. E-Land Cruise ini juga pernah menjadi lokasi bagi drama dan filem romantik Korea. Aku naik E-Land Cruise yang ada pakej persembahan live band pada jam 7.30pm. Harga tiket W28.500 untuk 2 orang. Pengalaman menarik kerana dapat menikmati suasana kotaraya Seoul di waktu malam dengan lampu-lampu bangunannya. Dah puas hati, kami bergegas pulang. Dah penat seharian.
mrt YEOUINARU Line 6
mrt ITAEWON Line 6 - Exit 4
TEMPOH MASA 30 Minit
Lepas sembahyang jamak. Good Night Seoul. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
HARI 4
Sarapan hari ini nasi putih, telor goreng cheese, kari ayam ADABI dalam tin dan timun. Meggie cup bawa untuk bekal. Jumpa 7E ada air panas boleh makan untuk tengahari nanti. Itenarari hari ini, melawat tempat bersejarah di Seoul dan sekitarnya serta membeli buah tangan dari Korea. Mula-mula pergi ke NAMSAN TOWER . Sebelum itu, apa kata singgah MASJID ITEAWON dulu. Masjid ini terletak di atas bukit di Itaewon dan masjid paling besar di Seoul ketika ini. Senibina menarik dan cantik.
GERAK 8.30 pagi
mrt ITAEWON Line 6
mrt SAMGAKJI Line 6 / Line 4
mrt MYEONG-DONG Line 4 - Exit 3
TEMPOH MASA 20 Minit
BUS NO 5-NAMSAN TOWER Hentian bas yang hampir Exit 3
TEMPOH MASA 20 Minit
Bas akan tiba di Terminal Bas Namsan Tower dan kena mendaki bukit lebih kurang 200m untuk sampai Namsan Tower. Kuanter tiket buka 10.00am dan akulah orang pertama membeli tiket. W21.000 untuk 2 orang termasuk Pop Corn Giant Saiz dan air Fanta. Hampir sejam juga melihat kotaraya Seoul keseluruhannya daripada ketinggian 236m . Weh! bas dah ada.
BUS NO 5
TEMPOH MASA 10 Minit
Sampai di NAMDAEMUNSIJANG 6-GIL terus saja ke bangunan E-World. Ada 3 bangunan yang berangkai dengannya dan itulah NAMDAEMUN MARKET . Disinilah tempat yang paling perempuan suka, bayangkan semua bangunan tu menjual perhiasan wanita seperti brouch, clip rambut dan macam-macam lagi. Si Anjumaa tu nak berposing dengan aku sebab borong cenderamata dari kedai dia. Memang murah Anjumaa ni bagi diskaun berbanding di Myeongdong dan Itaewon. Bagi percuma lagi. Disebabkan aku berbahasa Korea serba sedikit, dia sematkan pin bendera Korea di dada aku.
Mulakan aktiviti berjalan kaki di sekitar Seoul.
10 min WALK @ 250m Namdaemun Street - Sungnyemun Gate
35 min WALK @ 700m Sungnyemun Gate - Deoksugung Palace
20 min WALK @ 550m Deoksugung Palace - Cheonggyecheon Stream
25 min WALK @ 400m Cheonggyecheon Stream - Statue of king Sejong
10 min WALK @ 250m Statue of King Sejong - Gyeongbokgung Palace
Fuhh! Rupa-rupanya lebih 2,150m aku berjalan kaki pada hari ini.
SUNGNYEMUN GATE (foto kiri) adalah salah satu daripada 8 pintu gerbang bagi kubu yang mengelilingi Seoul dan telah dibina semasa Dinasti Joseon pada tahun 1398. Walaupun tak ada apa-apa tetapi tetap menjadi kenangan bila berada di sini. Hanya 250m saja dari Namdaemun Market.
DEOKSUGUNG PALACE (foto kanan) adalah salah satu daripada 5 istana semasa Dinasti Joseon. Pernah menjadi kediaman beberapa pemimpin Dinasti Joseon sehingga penjajahan Jepun. Tiket masuk cuma W1.000 (RM3.50).
CHEONGGYECHEON STREAM (foto kiri) sebelum ini sungai ini amat kotor tetapi kerajaan Korea telah membelanjakan berbilion Won untuk mencantikkan dan menjernihkan sungai ini. Di sini pun sering telah dijadikan lokasi drama dan filem Korea.
STATUE OF KING SEJONG (foto kanan) tugu Raja Sejong yang termasyhur semasa Dinasti Joseon dan ianya baru dibina oleh kerajaan Seoul pada tahun 2009.
GYEONGBOKGUNG PALACE (foto kiri) adalah istana utama dan terbesar Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395. Perkarangan istana ini memang besar dan taman-taman yang ada di dalam istana ini memang cantik. Kalau nak masuk percuma ke sini kena pakai pakaian traditional Korea. Ada Berani? Ini lawatan ilmiah terakhir di Kota Seoul. Jom ke Namdaemun Night Market pula.
mrt GYEONGBOKSUNG Line 3
mrt CHUNGMURO Line 3 / Line 4
mrt HEOHYEON Line 4 - Exit 3
TEMPOH MASA 20 Minit
NAMDAEMUN NIGHT MARKET disyorkan ke sini, jika hendak membeli T-Shirt, FM, keychain atau barang cenderamata Korea dengan harga yang murah-murah. Di situ juga, ada gerai-gerai halal dan aku hanya merasa gula-gula cramel dalam W1.000 saja. Jom ke Myeongdong Night Market lagi.
mrt HEOHYEON Line 4
mrt MYEONG-DONG Line 4 - Exit 3
TEMPOH MASA 10 Minit
MYEONGDONG NIGHT MARKET sampai saja perut dah lapar. Hah! Pan Cake halal. Penjualnya berbangsa Arab. Sejuk-sejuk ni..... makan panas-panas..... Pergh! memang nikmat. La hai! tutup pulak, gerai jual baju W10,000 dapat 2 helai. Kelmarin buka, nak beli lagi sebab fesyen gerai tu lain daripada yang lain. Huhuhu!....Tak ade rezeki.
"Dari Malaysia?" Si penjual cuba tarik perhatian aku dan sekumpulan di sebelah aku. "Tak....kami dari Singapore.", jawap mereka. "Kami berdua saja dari Malaysia" aku mencelah. "Ini kuih zaman raja Korea.....saya akan tunjuk." Agak fasih juga si penjual itu. Kuih ini dibuat daripada tepung yang diadun dan ditarik-tarik sehingga menjadi sehalus helaian rambut. Kemudian di isi dengan kacang, choklat atau almond dan digulungkan. Harganya W7,000 sekotak. "Ambil satu kawan....Najib pun beli, Rosmah, Mahatdzir, Siti Nurhaliza...ambil satu...murah-murah." Sambil bagi aku rasa seketul . Sedap jugak. "Satu...saya mau bagi Rosmah". "Kenal Rosmah?" sambil hulur wang baki. "Kawan saya." Aku pun belah dari situ. Dah penat. Nak balik doo.
mrt MYEONG-DONG Line 4
mrt SAMGAKJI Line 4 / Line 6
mrt ITAEWON Line 6
TEMPOH MASA 20 Minit
Hari ini, malam terakhir di Seoul. Jom makan malam di MAKAN RESTAURANT KOREAN HALAL FOOD . Lokasinya tak jauh dari Masjid Itaewon. Menu yang kami nak cuba cuma W15.000 untuk berdua.
OJINGEO BULGOGI Sotong dengan ricecakes yang dimasak dengan ramuan bercili dan dimasak secara grill. Memang pedas dan sedikit masam. Set ini disediakan bersama nasi, kimchi, taugeh, bilis goreng, salad, rumpai laut dan bergedil ikan.
Memang sedap dan siap bungkus lagi untuk sarapan esok. Lepas sembahyang. Arghh! Penatnya. Good Night Seoul. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
HARI 5
Dah menjadi rutin pulak. Buat roti macam subway untuk bekal makan di airport nanti. Letak tuna dengan mayonis, cheese, telor, timun dan daun salad segar dari ladang. Untuk sarapan, panaskan di microwave OJINGEO BULGOGI yang dibeli semalam. Jam 7.00am buat urusan check out dengan petugas Itaewon Inn. Deposit W10,000 dipulangkan semula.
GERAK 7.30 pagi
mrt ITAEWON Line 6
mrt GONGDEOK Line 6 / Line A10
arex INCHEON AIRPORT Line A10
TEMPOH MASA 70 Minit
Sampai sahaja di Incheon International Airport, dengan pantas kami terus ke kuanter AirAsia. Memang panjang beratur. Ambil masa 30 minit juga. Selepas itu makan sandwich homemade. Sejuk-sejuk.....Lapar lagi. Dah kenyang terus ke Balai Pelepasan untuk urusan imigresen. Ambil masa 30 minit juga. Ada masa 30 minit lagi sebelum AirAsia suruh masuk perutnya. Saja tinjau-tinjau bangunan terminalnya. Alhamdulillah, ada surau tetapi mengambil wuduk kena ke tandas. Papan tanda ada menunjukkan arah ke Prayer Room.
Gamsahabnida.
감사합니다!

Langgan:
Catatan (Atom)